Ramai yang terus percaya dengan ujian personaliti, ini 5 mitos tentangnya

Mitos Personaliti
Ramai yang terus percaya dengan ujian personaliti, ini 5 mitos tentangnya

Pernah tak korang disuruh isi ujian personaliti masa kat sekolah dulu? Ataupun korang saje-saje nak isi kebosanan dengan jawab kuiz-kuiz personaliti kat Internet… termasuklah Facebook, laman web psikologi, Buzzfeed? Ala biasalah, memang dah lumrah bahawa manusia ni sentiasa suka belajar dan mencari tahu terutamanya pasal diri.

Ia suatu yang baik, sebab kuiz-kuiz personaliti ni macam boleh buatkan kita faham pasal sifat, potensi dan bakat kita.

Tapi korang tak pernah terfikir ke, sejauh mana benarnya kuiz personaliti yang korang main isi-isi tu? Haa… kami senaraikan lima mitos popular pasal ujian personaliti ni. Ye, kami faham… walaupun korang tak ambil kisah sangat pun pasal keputusan ujian tu, tapi tak ramai yang macam korang. Syarikat-syarikat besar sendiri turut pakai ujian personaliti untuk tapis para pemohon.

Via Giphy

1. Dah lahir macam tu, nak buat macam mana?

Ramai betul-betul percaya hasil daripada sistem yang digunakan dalam ujian tu. Antara ujian personaliti yang popular adalah ujian Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). Kalau korang tak kenal pun nama panjang MBTI ni, sesiapa yang pernah ambil kuiz yang guna indikator ni akan dibahagikan kepada 16 jenis personaliti.

Dari mana sebenarnya idea ujian ni? Rupanya, pencetus idea yang formulasikan ujian ni bukanlah mereka yang belajar psikologi. Sebaliknya, ia dicipta pada 1942 oleh Katharine Cook Brigs bersama anaknya, Isabel Briggs Myers. Mereka ni sekadar suri rumah, tapi mereka percaya bahawa dengan bertanya soalan yang betul mengenai diri sendiri, kita boleh faham sifat kita dengan lebih baik. Selain tu, ujian personaliti sepatutnya boleh bantu orang cari kerja yang bersesuaian dengan sifat dirinya.

Via FB

Walaupun ujian personaliti ni sangat popular sampai sekarang, ramai ahli psikologi mengkritik bagaimana sistem ujian tu direka. Seorang profesor Oxford bernama Merve Emre sampai tulis sebuah buku bertajuk The Personality Brokers: The Strange History of Myers-Briggs nak kritik sejauh mana kesahihan ujian sebegini. Kelemahan paling utama dalam ujian sebegini adalah setiap personaliti ‘dipukul rata’ sepertimana personaliti yang lain.

Maksudnya, kita tak boleh nilai personaliti seseorang macam warna hitam atau putih. Personaliti kita unik sebenarnya, sebab kita berkembang ikut keadaan sekeliling, pengalaman diri dan latar belakang peribadi. Kepelbagaian latar belakang pula boleh tengok dari segi pendidikan, keluarga dan norma masyarakat sekeliling kita.

Kalau betul lah analisis MBTI ni, tak hairanlah kalau setiap personaliti daripada 16 pilihan kotak yang ada akan bertindak dengan corak yang sama seluruh dunia. Entah-entah suka orang yang sama? Hmm…

“Wow kita sama lah!” Via Giphy

2. Ujian personaliti boleh percaya sebab seluruh dunia guna

Ni juga mitos yang perlu dibongkar. Tak semestinya orang selalu guna tu bererti ia benar. Walaupun ujian personaliti tu dicipta ataupun terinspirasi daripada tokoh-tokoh terkenal seperti Carl Jung, Dostoevsky dan Hermann Melville; tak bermakna kredibiliti sesebuah ujian personaliti tu sudah betul-betul sahih dan relevan tak kira zaman dan lokasi budaya ujian tu diambil.

Merve Emre dalam artikelnya di Washington Post mempertikai kesahihan ujian-ujian ni sebab orang yang reka bentuk ujian tersebut bukanlah orang-orang yang terlatih dalam bidang psikologi. Seperti ujian MBTI tadi, satu lagi ujian personaliti yang selalu digunakan secara meluas adalah Humm-Wadsworth Temperament Scale.

Ada Orang Masih Suka Humm
Macam tak adil je nak cop orang sebagai psikopat semudah tu. Via Slideshare

Dalam ujian tu, ada 5 skala utama yang menentukan ‘kelayakan’ sifat mereka untuk diambil bekerja iaitu normal, hysteroid (anti-sosial), cycloid (fasa murung atau mania), schizoid (autistik atau paranoid) dan epileptoid. Tapi cuma Doncaster Humm je psikologis, manakala Guy Wadsworth Jr adalah eksekutif pemasaran.

Tujuan ujian ni pula hanyalah untuk kegunaan industri semata-mata. Bukan untuk nak kenal diri sendiri. Naya juga tu kalau korang terus dianggap ‘bukan normal’ oleh majikan.

Malah, budaya pun mainkan peranan penting dalam menilai psikologi sesebuah masyarakat. Jadi tak semua ujian personaliti tu sesuai untuk analisis sifat dan sikap semua orang terutamanya yang korang dok seronok jawab kuiz-kuiz tu. Contohnya, kalau kat tempat kita, makan nasi kena licin supaya tak membazir.

Namun lain pula kat China, dimana korang kena tinggalkan sikit sisa makanan sebagai ‘pujian’.

Tak adil juga kalau hasil ujian kata kita ni tak sabar hanya sebab korang habiskan makanan kat pinggan, betul tak? Via Giphy

Ujian macam ni pun bermasalah juga buat golongan wanita yang nak cari kerja. Rupanya, ada kes seorang calon wanita, walaupun dah layak dari segi syarat dan kriteria kemahiran yang diperlukan, tetap gagal kerana tak lepas ‘definisi’ kepimpinan yang biasanya ada kat lelaki je. Akhirnya, jawatan tu secara tak langsung merupakan diskriminasi terhadap golongan wanita pula.

3. Situasi dalam ujian tu memang situasi yang biasa dialami

Konsep MBTI ni kerapkali digunakan semula oleh orang yang suka buat kuiz-kuiz personaliti, macam Rachel McMahon pada 2017. Rachel ni cuma seorang budak perempuan berusia 17 tahun yang suka buat kuiz-kuiz di Buzzfeed berbentuk situasi. Kalau korang memang seorang yang tegar jawab soalan kuiz personaliti, korang mesti tahu punya.

Tapi masa korang tengah jawab tu, takkanlah korang tak pernah terfikir jika pilihan jawapan tu korang sendiri pun tak tahu? Contohnya macam ni:

Personaliti Joker Di Zimbio
“Alamak… apa benda dia tanya ni?” Via Zimbio

Soalan ni buktikan hanya sebilangan je yang faham. Ada orang tak pernah tengok rancangan sitkom Friends, ada juga yang tak suka makan pizza langsung, bahkan ada juga yang memang tak tahu langsung pasal semua ni terutamanya orang Malaysia. Kita makan nasi lebih banyak dari pizza. Kalau tanya pasal nasi lemak atau roti canai tu lainlah, betul tak? Betullah kata Merve Emre:

The scenarios they depict are impenetrably bourgeois; many people have never had the money, the leisure time or the opportunity to make these kinds of decisions.

4. Ujian psikologi ni memang sentiasa tepat tiap kali diambil

Tak semua kuiz personaliti yang korang ambil tu boleh dikatakan tepat. Hampir semua ujian personaliti yang popular ni mesti ada kritikan dari ahli psikologi sendiri. Misalnya, Angus Chen dalam artikelnya kupas sikit-sikit pasal ujian personaliti ni sentiasa tepat.

Ketepatan yang dimaksudkan ni bukanlah yang korang main-main jawab pilihan yang sama. Simine Vazire, seorang pengkaji personaliti dari Universiti California kata:

“In a way, it’s disappointing. It just means that personality tests can only tell you what you tell it.” You won’t learn anything that you didn’t already know about yourself…and its accuracy comes entirely from how honest and self-reflective you were with your answers.”

Ketepatan tiap soalan tu terpulang dari macam mana korang jawab benda tu. Malah, banyak pengaruh luaran dan dalaman yang boleh ‘ganggu’ konsentrasi dan kejujuran korang masa jawab tu. Jadi, hasil ujian personaliti tu nak beritahu personaliti korang hanya dari pilihan-pilihan jawapan korang. Nanti korang tak boleh belajar benda baharu pun pasal diri korang.

Via Giphy

Teknik nak analisis personaliti pun bukannya senang. Salah satu syarat nak dapatkan hasil ujian personaliti yang tepat adalah penjelasan yang korang dapat daripada hasil ujian tu mestilah rasional. Atas sebab nilah, astrologi biasanya tak dianggap sebagai ‘tepat’ atau betul-betul ‘saintifik’. Kenapa orang nak juga percaya? Haa… benda-benda ramalan ni selalunya akan pakai kenyataan yang tak terlalu kabur, tak juga terlalu ‘kena’.

Prof. Christopher French, pakar psikologi di University of London jelaskan bahawa sebenarnya para peramal ni guna ‘Barnum effect’. Mereka akan bagi korang ramalan yang paling umum dan koranglah sendiri yang secara tak langsung akan cari makna dan sesuaikan ikut pengalaman peribadi korang.

5. Semua orang tahu benda kuiz ni tak betul, takyah percaya ler…

Dah tahu tak betul dan tak percaya, kenapa nak guna? Kalau korang tak guna, syarikat-syarikat besar ni pula yang guna. Alasan utama mereka adalah supaya korang boleh cari kerja yang ikut personaliti korang. Sekilas pandang, nampak baik kan?

Cuba korang ingat-ingat balik mitos kat atas tu. Ujian personaliti yang digunakan tu tak dapat gambarkan korang ni betul-betul layak dan menyeluruh untuk sesebuah jawatan tu. Harvard Business Review siap hurai panjang lagi pasal kelemahan dari segi pengambilan kerja kalau mereka masih guna ujian personaliti sebagai salah satu pengukur utama nak pilih calon.

Via Giphy

Biasanya syarikat akan guna ujian personaliti jenis Four Quadrant (4-Q) dan MBTI. Sepertimana yang kami dah cerita kat atas, ujian-ujian ni kurang sesuai nak pastikan sama ada korang ni miliki kualiti tenaga kerja yang sesebuah syarikat perlukan. Apatah lagi bila syarikat-syarikat ni pun berbeza gaya dan budaya kerja, jadi mestilah mereka nak yang betul-betul senang ‘masuk’ dalam persekitaran kerja kat syarikat tu.

Jika korang ni majikan, atau bos yang nak upah orang… jangan risau, ada alternatif yang lebih baik dari sekadar ujian personaliti yang mudah didapati kat Internet tu. Society for Industrial and Organizational Psychology (2017) dalam artikel yang tersedia kat laman University Concordia, Texas yakin bahawa employee assessment test lebih baik untuk ukur kualiti calon pekerja serta para pekerja lama. Baru adil, ye dak?

Hmm… silap-silap ujian personaliti pun orang nak tiru. Via Giphy

Kena percaya pada kebolehan diri dan selalu perbaiki diri

Kami faham, ujian personaliti ni ada kebaikannya yang tersendiri. Kalau korang nak kenali diri sendiri, ujian-ujian kat Internet tu lah jadi benda pertama korang nak uji dan ketahui hasilnya. Tapi korang kena ingat, personaliti kita ni sentiasa berkembang ikut pengalaman hidup yang korang tempuhi. Jadi boleh jadi 10 tahun lalu, hasil ujian personaliti tu kata korang ni introvert… tup tup jadi pulak banyak bercakap sebab dah yakin diri nak berucap depan orang.

Hasil ujian personaliti tu tak harus kita percaya melebihi potensi dan keupayaan diri korang. Apapun hasilnya, jadikanlah ia sebagai landasan untuk korang perbaiki diri dan suatu motivasi agar dapat jadi manusia yang bernilai tinggi dan bermoral. Betul tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top