Bandar TIKAL yang dikatakan tiba-tiba hilang, akhirnya ia kini telah terjawab

F32

Sebut je tamadun Maya, ramai membayangkan kuil tinggi dan bangunan-bangunan usang yang telah pun ditinggalkan di tengah belantara hijau. Misteri tamadun Maya ni pun bukanlah misteri sangat sebenarnya, tetapi ramai yang dah rajin kemukakan pelbagai spekulasi, konspirasi dan teori-teori yang menambahkan lagi aura eksotik dan pelik tu.

Ketika pelbagai spekulasi dan teori dah diutarakan, saintis dan pakar arkeologi pulak dahpun turun padang untuk melihat dan mengkaji sendiri apa yang menyebabkan salah sebuah bandar besar Maya, iaitu Tikal tiba-tiba ‘lesap’. Yang ni barulah pengkaji sebenar, membawakan sebab sebenar untuk runtuhkan teori konspirasi dan spekulasi.

Bandar besar yang lama kosong ditinggalkan, penjajah Sepanyol pun tak sedar sehinggalah pertengahan abad ke-19

Penjajah Sepanyol yang datang ke kawasan Amerika Selatan benar-benar menghilangkan sebahagian besar sejarah tamadun tua ni, khususnya pasal tamadun Maya. Rekod catatan dan ilmu yang ditulis dalamnya hangus dibakar manakala penduduk yang masih tinggal dipaksa untuk menerima ajaran agama. Ada yang dipaksa untuk serahkan emas yang mereka ada, lalu dibunuh dan diseksa.

Emas Peru
Antara emas Pra-Columbia yang dijarah dulu, kini disimpan dalam muzuim.. Via Wikipedia

Nasib baiklah tak semua hilang dan diruntuhkan oleh Conquistador dulu, jadi kita masih boleh buat penyelidikan dan renungan terhadap sejarah tamadun tua yang kini dianggap ramai sebagai antara misteri dunia jugak. Tikal adalah salah satu bandar besar dulu yang sangat kuat, dan dicatatkan pernah didiami oleh penduduknya seramai 60,000 orang. Fuh ramai tu.

Di dalam Tikal tu jugak, History.com melaporkan, wujudnya sebuah lagi ibu kota yang menempatkan lebih dari 3,000 struktur binaan iaitu Yax Mutal. Yax Mutal ni antara kerajaan terkuat dalam sejarah tamadun lama tu, iaitu kira-kira pada 200-900 Masihi. Kita ni dah masuk abad ke-21, iaitu dalam lingkungan 2020 Masihi. Memang dah lama sangat sejarah kegemilangan Yax Mutal ni.

Walau bagaimanapun, sebelum munculnya kerajaan terkuat tersebut, kebanyakan bangunan ni dahpun didirikan lebih awal iaitu ketika abad ke-4 sebelum Masihi. Manakala dari segi pembangunan masyarakat dan teknologi yang ada, saintis dan pakar arkeologi pulak menganggarkan penduduk Tikal dah hidup di sana sejak 1,000 tahun sebelum Masihi lagi. Mereka dikatakan baru ‘sampai’ ke zaman pembuatan seramik pada 700 sebelum Masihi.

Tikal
Dah mula bina bangunan pulak kira-kira 300 SM.. Via Head Over Heels

Apa yang tinggal sekarang ni di Tikal dipercayai merupakan pusat kotanya. Nama kota Yax Mutal tu pun diambil sempena pemimpin terdahulunya yang banyak berjasa bangunkan kawasan mereka tu. Lepas Yax Mutal, pemimpin seterusnya iaitu Chak Tok Ich’aak yang kemudian menumpukan pembinaan teknologi perairan dan pertahanan yang boleh menyekat serangan serta melindungi kesejahteraan rakyat termasuklah di kawasan pertanian. Inisiatif tersebut diteruskan lagi sehingga dalam puncak zamannya, lebih dari 90,000 orang tinggal di Tikal.

Tahun 900 Masihi menandakan kejatuhan kerajaan Yax Mutal dan keseluruhan Tikal. Keterlibatan Yax Mutal dalam beberapa siri peperangan menjadi salah satu faktor keruntuhannya, namun apa sebab paling utama yang buatkan mereka nak tinggalkan bandar besar dan mewah ni?

Mexico Tikal
Tikal kalah dan diserap masuk ke Empayar Teotihuacan pada abad ke-4 Masihi.. Via Science Mag

Bertahun-tahun lamanya dihuni orang luar hingga muncul pelbagai spekulasi, akhirnya kajian terbaharu buktikan kehilangan mereka ada kaitan dengan air

Bandar tersebut sebenarnya dah kosong lama sebelum dihuni oleh para petani dari bandar lain pulak. Takde siapa tahu ke mana perginya penduduk asal Tikal dan para pemimpin Yax Mutal, sehinggakan wujud pulak teori ada ritual korbankan manusia. Sepertimana yang kita maklum, Tikal tak lagi di bawah empayar Maya dan diperintah oleh empayar Teotihuacan pada lingkungan 300 Masihi. Meskipun diperintah oleh empayar lain, pemerintah tempatan masih ada kuasa tersendiri.

Ni membolehkan Tikal hidup macam biasa, yang penting beri imbuhan atau ‘ufti’ je dengan empayar pemerintah. Jadi apabila Tikal dikosongkan, ia menimbulkan persoalan yang sangat besar dan menarik perhatian ramai. Beberapa teori yang popular adalah kemarau, kekurangan makanan akibat populasi yang terlalu ramai dan penebangan pokok yang keterlaluan.

Tikal Latin Temple
Via Brewminate

Mengikut dapatan terbaharu yang dilaporkan pada Jun tahun ni, rupanya sebab utama yang mendesak penduduk asal Tikal ni ‘lari’ adalah salah mereka sendiri. Pada mulanya, salah satu teori berkenaan air memang dah wujud di minda para pengkaji ni iaitu pencemaran air disebabkan merkuri. Lepas kaji perigi dan tempat simpanan air mereka, para pengkaji mendapati wujud sisa merkuri yang tinggi selain dari kadar alga yang tinggi.

Mula-mula kumpulan penyelidik dari Universiti Cincinnati yang diketuai oleh sorang ahli biologi, David Lentz dan dibantu oleh pakar arkeologi-geologi, Kenneth Tankersly ni ingatkan pencemaran merkuri ni datangnya dari faktor semula jadi. Mereka ingat merkuri ni datangnya dari debu volkanik atau lapisan tanah kat bawah sumber air mereka, namun teori tu meleset sama sekali.

Tikal Perigi Sumber
Pengkaji uji sampel dari salah sebuah perigi air Tikal.. Via Science Alert

Kata Tankersly, warna amat penting dalam kebudayaan Tikal dan ia banyak digunakan dalam lukisan mural mereka. Mereka turut gunakan warna merah untuk cat bangunan-bangunan mereka, untuk upacara pengebumian serta turut dicampurkan dengan oksida ferum (iron oxide) untuk dapat pelbagai jenis spekturm warna merah tu.

Malangnya, bahan asal untuk dapatkan warna merah tu sebenarnya bahan yang berbahaya, iaitu cinnabar, sebuah bahan mineral yang mengandungi merkuri dan memang toksik. Walaupun mereka mungkin dah kendalikan bahan tu dengan baik, mereka tak perasan bahawa cat merah yang digunakan dari bahan tersebut sebenarnya dah larut dalam takungan air mereka ketika waktu hujan.

Peta Tikal Air
Peta model Tikal dan sumber airnya.. Via Science Alert

Lama-lama, kebanyakan rakyat mereka termasuklah kaum elit dan pemimpin kerajaan yang tinggal dekat kuil tu menjadi sakit apabila mereka gunakan air tu untuk kegunaan seharian. Cuci kain, penyediaan makanan dan minuman serta mandi pun guna saluran air yang sama jugak. Ditambah lagi dengan kemarau dan keadaan alam sekitar yang semakin teruk, kekurangan air segar dan bersih daripada merkuri ni, ramai anggap ni tanda dewa mereka tak suka dengan kerajaan tersebut lalu meninggalkan Tikal.

Kena jaga alam sekitar dan lebih fokus pada kelestarian sumber, bukan hanya tunggu masalah untuk diselesaikan

Sekadar menunggu masalah untuk diselesaikan bukanlah cara yang sesuai untuk dianggap sebagai cara memajukan kawasan. Tu pun kena tunggu orang lapor barulah ada tindakan dan pergerakan dari pihak bertanggungjawab. Bila kita sebut nak majukan kawasan, kita harus mengambil kira faktor keselamatan dan kelestarian sumber alam tu, bukannya nak bagi je pengusaha alam tu gunakan tanah tersebut dengan harapan nanti je baru betulkan balik.

C1
Via Sinar Harian

Kelestarian pun tak semestinya hanya fokus pada perkara-perkara kecil dan yang dirasakan mudah untuk dikerjakan. Sebaliknya kita kena fikir semula bagaimana kita gunakan tenaga bakat para penyelidik alam sekitar sendiri, dimana banyak je rekaan dan idea-idea menarik tentang kelestarian alam yang boleh diusulkan dan diimplementasikan oleh kerajaan. Buat apa bagi kempen, pertandingan, pendidikan dan kesedaran pada anak muda je kalau akhirnya bila anak muda buat kerja, kerajaan tolak jugak akhirnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *