Bimbang sukar nak dapat kerja? Sertai bidang TVET yang kini menjadi rebutan industri

F1

Melihat keadaan ramai siswazah yang sukar mendapat pekerjaan, semakin ramai orang percaya yang TVET (Technical and Vocational Education and Training) adalah jawapan untuk menjadikan seseorang tu relevan di industri. Bagi mereka yang tak tahu, TVET ni gunakan pendidikan dan latihan yang berikan pengetahuan dan kemahiran untuk pekerjaan. TVET menggunakan pembelajaran teori dan amali untuk memberikan kemahiran dan ilmu kepada pelajar. TVET penting untuk pasaran buruh sesebuah negara, kerana ramai pekerja dalam sektor yang penting akan lahir dari TVET.

Pada awal bulan ni, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah mengadakan satu ekspo di atas talian untuk menerangkan kepada orang ramai tentang program-program TVET yang diorang tawarkan. Program tu cukup menarik, kami ada tulis sikit tentangnya. Bagi mereka yang terlepas  ekspo tu, jangan risau – hari ini kami akan bincangkan sikit program-program yang ada di bawah program TVET@KPLB ni. Diorang ada tawarkan 15 bidang yang korang boleh pilih, cuba tengok gambar kat bawah ni:

Li21
Korang nak pilih yang mana ni?

Setiap kursus yang ditawarkan dalam program TVET@KPLB ni ada sijil yang ada akreditasi

Mari kita mulakan penerangan hari ini dengan program-program yang ada di peringkat sijil. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program TVET@KPLB di peringkat sijil, ada lima tempat yang korang boleh pergi – Akademi Kemahiran KEMAS, PERDA-TECH, GIATMARA, Institusi Kemahiran MARA (IKM), dan Kolej KEDA.

1b
Via Harian Metro

Ada banyak bidang yang ditawarkan di peringkat sijil, kami tak boleh cerita semua, korang kena pergi tengok sendiri dekat website ni. Cuma, kami akan cerita beberapa bidang yang kami rasa menarik untuk korang sertai. Contohnya bidang ‘fashion and garment’. Ini cuma dua bidang yang menarik perhatian kami, sebenarnya ada banyak lagi yang korang boleh sertai.

Untuk bidang ‘fashion and garment’, ia menawarkan Sijil Pembuat Pakaian Lelaki untuk tahap satu sehingga tiga, dan Sijil Pembuat Pakaian Wanita untuk tahap dua dan tiga. Program ni bermula sejak April 2011. Pelatih kursus yang dipilih terdiri daripada anak muda yang mengikuti kelas jahitan di setiap daerah masing-masing yang berusia di antara 19-30 tahun.

Li21
Via RU

Kelayakan kemahiran ni terletak di bawah kawal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Proses penilaian dan pentauliahan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pembangunan Kemahiran sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) serta peraturan di bawahnya. Kelayakan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan didaftar selaras dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).

Setelah menyemak semua bidang yang ditawarkan di peringkat sijil ni, kita dapat lihat kesemuanya ada akreditasi dan sejarah yang panjang. Dalam erti kata lain, korang tak perlu risau dengan sijil yang korang akan dapat nanti, sebab ia dah dapat perakuan akreditasi.

Bukan setakat peringkat sijil je, ada jugak untuk diploma dan ijazah

Program-program di bawah TVET@KPLB bukan setakat sijil je, diorang ada tawarkan program-program di peringkat diploma dan ijazah jugak. Macam yang kami kata tadi, graduan TVET merupakan graduan yang mudah mendapat tempat di industri. Ada beberapa tempat pengajian yang korang boleh pilih kalau ingin menyambung pengajian di peringkat diploma dan ijazah.

Antara tempat yang korang boleh sambung belajar adalah Akademi Kemahiran KEMAS, PERDA-TECH, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Institusi Kemahiran MARA (IKM), German-Malaysian Institute (GMI), dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Ada beberapa bidang di peringkat diploma adalah lanjutan daripada bidang-bidang di peringkat sijil. Contohnya ‘fashion and garment’ yang kami sebutkan tadi.

Salah satu ijazah yang menarik dan sangat diperlukan sekarang adalah bidang ‘biomedical science’ yang ditawarkan di bawah program ijazah TVET@KPLB. Program ini dirancang untuk memenuhi keperluan pekerja terlatih yang semakin meningkat dalam industri penjagaan kesihatan. Lagi-lagi sekarang tengah COVID-19 kan. Kursus pengajian ini disusun untuk beri pengetahuan teori yang baik dari asas sains biologi hingga aspek pemikiran kritis dan penggunaan peralataan makmal terkini.

Emphasis Large
Via STEM

Selain daripada program ini, ada beberapa lagi program di peringkat diploma dan ijazahyang korang kena tengok dan pertimbangkan untuk mohon.

Apa tunggu lagi? Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menjadi pelajar TVET

Bagi mereka yang masih tak tahu nak sambung belajar dekat mana, sekarang adalah masa yang sesuai untuk korang memilih TVET. Dengan pelbagai program yang ditawarkan, korang boleh memilih mengikut minat dan perancangan karier korang. Bagi mereka yang berminat, korang boleh pergi ke sini untuk mendapatkan maklumat dan melihat kursus-kursus yang ditawarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *