Tak tahu nak sambung belajar kat mana? Sertai e-Ekspo ini dan menang hadiah!

F1

Ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, kebanyakan aktiviti secara fizikal tak dapat dilakukan kerana kebimbangan virus ini akan menular. Salah satu aktiviti fizikal yang dirindui oleh kebanyakan orang adalah ekspo pendidikan. Yalah, melalui ekspo pendidikan; kita akan dapat banyak maklumat berkenaan peluang pelajaran, pembiayaan dan kadang-kadang ekspo kerjaya turut beritahu kita peluang pekerjaan yang ada.

Dengan situasi COVID-19 yang berlaku di Malaysia, hampir mustahil untuk adakan ekspo kerjaya macam yang kami sebutkan ni. Mesti ramai kumpulan pelajar, terutamanya mereka yang baru lepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan rasa pening nak sambung belajar kat mana.

Keadaan risau pelajar lepas SPM apabila tak tahu diorang nak sambung belajar kat mana. Via Giphy

Mujurlah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) datang dengan satu idea untuk adakan ekspo kerjaya dalam atas talian. Dengan melakukan ekso ni dalam atas talian; kita tak perlu takut dengan masalah COVID-19, tapi dalam masa yang sama kita boleh dapat maklumat yang bermanfaat. Apa lebih mengujakan, korang boleh siap dapat hadiah lumayan!

Bukan setakat untuk beri korang informasi berguna, diorang juga tawarkan hadiah yang menarik

Pada 5 sehingga 8 Oktober 2020 ni, Kementerian Pembangunan Luar Bandar ni akan anjurkan e-Ekspo Insititusi Pendidikan TVET@KPLB 2020. Korang boleh hadiri e-eskpo ini secara atas talian melalui PAUTAN INI atau pergi je dekat Facebook Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Sepanjang empat hari e-eskpo ini berlangsung, ada pelbagai aktiviti yang menarik tersedia untuk anda.

Di antara aktiviti yang menarik pada e-ekspo kali ini, korang boleh ikuti live webinars oleh Institusi Pendidikan TVET@KPLB dengan topik-topik menarik seperti “Buat Apa beli Kalau Boleh Buat Bro…”, “Oh! My TVET”, “Dapur Berasap Kolej KEDA” dan pelbagai lagi topik yang menarik. Korang juga boleh dapatkan khidmat nasihat tentang peluang pekerjaan, dan sertai kuiz yang disediakan! Terutamanya kepada mereka yang pening nak buat apa selepas SPM.

5w3i6qudincr3angzhvjfoql7y
Jom kita sertai! Via Facebook UNIKL

Kalau kami jadi korang, kami tak akan lepaskan peluang untuk turut serta dalam Video Kuiz e-Ekspo Insititusi Pendidikan TVET@KPLB 2020. Sebabnya simple; diorang tawarkan hadiah yang menarik. Kat mana lagi korang boleh tengok video dan menang hadiah? Tempat pertama dalam video kuiz ini akan memenangi RM1,000, diikuti dengan RM750 dan RM500. Kalau benda ni tak boleh yakinkan korang, diorang siap nak bagi RM100 sebagai saguhati kepada 27 orang taw!

5f64995d323fc4001e0d70bb
Kami yakin kalau korang ikut video kuiz ni, paling tak pun korang akan dapat RM100. Via Portal Rasmi e-Ekspo

Kami saja bagi korang rasa teruja apabila dengar aktiviti-aktiviti yang menarik ni. Ada satu lagi benda yang menarik; melalui e-ekspo ni, korang juga boleh tengok video-video kemahiran. Di antara yang menarik adalah video tentang kemahiran dalam bidang automatif, kulinari, lanskap, jahitan dan banyak lagi. Kata orang, tak kenal maka tak cinta, apabila korang dan kenal dengan kemahiran-kemahiran ni; mesti korang akan jatuh cinta punya!

e-Ekspo ini mendapat kerjasama dari enam agensi utama di bawah KPLB

Penganjuran e-Ekspo Insititusi Pendidikan TVET@KPLB 2020 kali ni dapat kerjasama dari enam agensi utama di bawah KPLB. Ia meliputi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Untuk majlis penutupan pulak, ia akan dirasmikan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar dan akan menyaksikan penyerahan jalinan kerjasama industri/Majlis Tandatangan MoU dan penyampaian sijil melibatkan peserta WorldSkill Competition (WSC). Nampaknya e-ekspo selama empat hari ini betul-betul ada pengisian yang padat dan berguna, terutamanya kepada mereka yang tengah pening nak sambung belajar.

Okay, bagi mereka yang nak ikuti e-ekspo tu, korang boleh pergi ke FACEBOOK RASMI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR atau korang boleh daftar kat PORTAL e-EKSPO TEVET@KPLB. Nanti kalau korang dah menang hadiah tu, jangan lupa ambik selfie dan bagi kitorang ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *