Suka menyusahkan pelajar, ramai minta Menteri KPT letak jawatan

F1
Suka menyusahkan pelajar, ramai minta Menteri KPT letak jawatan

Sejak tiga hari lepas, ia merupakan hari yang menyedihkan bagi mahasiswa yang dah beli tiket atau datang ke kampus. Bagi mereka yang mungkin tak tahu, ada sesetengah universiti membenarkan proses pendaftaran secara fizikal dan kelas fizikal diadakan pada bulan ini. Akibat kes COVID-19 yang naik menggila, Kementerian Pengajian Pengajian Tinggi secara tiba-tiba buat pengumuman untuk tangguhkan proses orientasi pelajar.

Dia macam ni, kes dah terang-terang meningkat secara mendadak sejak awal bulan September, masalahnya KPT suka buat kerja last minute. Bah kata sebuah twitter satira; mungkin KPT suka buat benda last minute sebab nak ikut rentak pelajar kot. Pelajar kan suka hantar assignment last minute.

Suka buat pengumuman pada saat-saat akhir, pelajar luahkan kemarahan kepada KPT

Menurut MalaysiaKini, keputusan pada saat-saat akhir untuk nak tangguhkan proses pendaftaran dan orientasi mencetuskan kemarahan dan kekecewaan selepas banyak pelajar telah tiba di kampus. Kementerian Pengajian Tinggi dua hari lepas umumkan bahawa pihaknya galakkan universiti awam untuk menangguhkan sebarang pendaftaran fizikal susulan lonjakan jumlah kes Covid-19. Arahan ini dikeluarkan untuk pelajar baru dan lama.

Sebilangan besar pelajar menyatakan kekecewaan mereka di media sosial (seperti yang dilaporkan MalaysiaKini);

“Kenapa suka buat kenyataan last minit dan U-turn menyusahkan student ni datuk? Tahu tak berapa banyak duit parent dan student kena burn,” kata Abraham Amin.

“Dah sampai dari Johor ke Kelantan baru tahu. Kesian lah kami…semua dah siap….banyak duit kami habis nak masuk sekolah anak. Fikirlah sikit perasaan kami ibu bapa ni,” kata Noorizwanie Jamil.

“Jangan jadi bodoh. Ini bukan pertama kali anda susahkan ramai pelajar dan ibu bapa dengan pengumuman saat akhir. Ingat ni gimik ke?” katanya Hani Abd Latif.

Kenapalah suka susahkan pelajar! Via Giphy

Pengumuman saat akhir itu menyebabkan banyak kumpulan dan individu tampil memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang perlu pulang. Ia sekali lagi memperlihatkan konsep kita jaga kita yang kuat; cuma kali ini rakyat lebih selesa dengan ungkapan – rakyat jaga rakyat. Ia disebabkan ramai ahli politik yang buat hal semasa pandemik COVID-19 ni tengah menguji Malaysia.

Masalah KPT ni, diorang suka buat kesalahan yang sama. Benda ni dah pernah berlaku pada Mac 2020

Editor ORANGKATA turut bagi pandangan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Noraini dan pasukannya. Untuk memahami kecelaruan yang dialami mahasiswa pada hari ini akibat pengumuman drastik Noraini, kita perlu kembali melihat isu yang berlaku pada Mac 2020. PKP bermula pada 18 Mac 2020. Pada 17 Mac, berlaku kecelaruan yang besar di beberapa universiti. Ada universiti yang ‘menghalau’ pelajar mereka pulang ke kampung masing-masing, akibatnya suasana panik berlaku.

Pada hari itu TBS dibanjiri pelajar. Mujurlah tiada kluster yang wujud dari kecelaruan ini. Bagi pelajar yang gagal pulang atau masih keliru dengan arahan; mereka terpaksa tinggal di asrama/rumah sewa. Semua ini berlaku kerana tiada arahan yang jelas dari KPT kepada institusi pengajian tinggi tentang status pelajar. Akhirnya ada universiti yang panik, dan mengusir pelajar.

Apa yang sepatutnya dilakukan pada waktu itu adalah – meminta semua institusi pengajian tinggi memberi arahan kepada pelajar untuk tinggal di asrama; supaya penghantaran pulang secara berperingkat dapat diaturkan. Bagi mereka yang bergejala, penempatan khusus perlu disediakan.

5w3i6qudincr3angzhvjfoql7y
Keadaan yang sesak berlaku di TBS tempoh hari. Via MalaysiaKini

Sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini adalah kesilapan yang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada Mac. Pasukan Noraini tidak menyediakan Plan B dan memberikan universiti melakukan keputusan untuk pendaftaran dan kelas fizikal. Pasukan Noraini tidak memikirkan apa langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku peningkatan kes yang mendadak; dan ada pelajar yang sudah tiba di universiti.

Larangan secara terus seperti yang dilakukan baru-baru ini memperlihatkan aspek ini tidak dilihat, atau tidak diambil peduli. Akhirnya wujud kumpulan mahasiswa yang terkandas. Sebelum mengeluarkan arahan, perlu dibincangkan implikasinya secara kritikal.

Apa yang patut dilakukan oleh pasukan Noraini adalah – melakukan pengumuman ini dengan mengatakan mahasiswa yang telah sampai dibenarkan mendaftar ke asrama khusus (kuarantin) dan bagi mereka yang telah membeli tiket, KPT atau universiti akan menggantikan tiket yang telah hangus.

Sekurang-kurangnya hal ini akan memberi kelegaan kepada mahasiswa. Jika kelas fizikal tidak dapat dilakukan, proses penghantaran berperingkat seperti Mac lepas boleh dilaksanakan sekali lagi. Kalau difkirkan secara serius, ia adalah hal-hal yang mudah, bukan serumit roket sains. Ia semudah melakukan video Tik Tok.

Mujurlah banyak kumpulan siswa dan ada individu yang sudi menghulurkan bantuan kepada mahasiswa yang terkandas. Jika mengharapkan bantuan KPT, nampaknya siswa-siswa ini akan terbiar begitu sahaja.

Cukup pelik apabila KPT yang dibanjiri oleh orang-orang bijak tak reti buat kerja

Untuk seseorang melakukan kesalahan sekali tu benda biasa, ia adalah proses pembelajaran. Cuma untuk ada kementerian yang jaga orang-orang bijak macam Kementerian Pengajian Tinggi ini, ia adalah sesuatu yang tak boleh dimaafkan apabila buat kesalahan yang sama sebanyak dua kali. Akibat daripada tindakan menterik Tik Tok ini, ramai yang meminta untuk dia meletakkan jawatan. Kami rasa jawatan menteri KPT ini agak puaka – sebab selalu buat benda yang bukan-bukan, dari zaman BN, PH, dan sekarang PN.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top