Disebabkan takut dengan COVID-19, pasukan bola sepak German kalah 37-0

26250571105 Ab378cc0c8 B

Pasti ramai penyokong setia Barcelona rasa pedih bila kalah teruk 2-8 kepada Bayern Munich masa suku akhir Liga Juara-Juara tempoh hari. Skuad Blaugrana dibenam Bayern yang cukup ampuh dengan barisan bintang yang sedang berada dalam prestasi terbaik. Ini merupakan kali pertama dalam 74 tahun Barca melepaskan 8 gol dalam satu perlawanan.

Pada 1940an, diorang pernah kalah 0-8 kepada Sevilla dan 1-11 kepada musuh dalam perseteruan El Clasico, Real Madrid. Itu cerita Barca, tapi ada kelab yang lagi tragis kekalahan dia. Sebuah kelab amatur kat Jerman mengalami kekalahan yang mengaibkan sebab mempraktikkan penjarakan sosial (sebenarnya fizikal) masa perlawanan penghujung Ogos lepas.

Eh ada orang cakap pasal aku ke? Via Giphy

Kelab tu namanya SG Ripdorf/Molzen, dan diorang beraksi dalam Divisyen 11 bola sepak Jerman. Diorang kalah 0-37 sebab risau terjangkit virus corona daripada lawan diorang.

Disebabkan para pemain takut dengan Covid-19, diorang lepak tepi padang je masa perlawanan

Ripdorf bermain lawan SV Holdenstedt II pada 30 Ogos lepas, tetapi tersebar berita angin yang ada pemain Holdenstedt yang telah lakukan kontak dengan seseorang yang terjangkit dengan Covid-19. Alhasil, pemain Ripdorf yang risau dan was-was terpaksa menjaga jarak fizikal dengan pemain Holdenstedt II sepanjang perlawanan tu.

Buat apa main bola kalau boleh lepak? Via Giphy

Presiden klub Ripdorf, Patrik Ristow, mengatakan bahawa kalau diorang ada pemain yang berjangkit dengan Covid-19, dah tentu pemain kelab Eddelstorf yang diorang lawan sebelumnya pun terjangkit sama. Skuad Holdenstedt sebenarnya disahkan negatif Covid-19, tapi Ripdorf tetap tak puas hati dengan hasil tu, sebab diorang beraksi sebelum tempoh isolasi 14 hari selesai.

Ripdorf telah mohon supaya perlawanan dibatalkan, tapi ditolak. Jurulatih kelab Holdenstedt, Florian Schierwater, mengatakan kepada media Jerman, Altmark Zeitung, tak ada alasan untuk membatalkan perlawanan tu sebab tak ada pun pemain diorang yang melakukan kontak dengan orang yang terinfeksi dengan Covid-19.

Disebabkan takut didenda, pasukan ni main je dengan tujuh pemain dan sanggup disembelih

Kalau tak turun masa lawan Holdenstedt, kelab Ripdorf akan berdepan denda 200 euro (RM976), banyak tuuu untuk kelab kecik. Jadi, disebabkan nak elakkan kena bayar denda, 7 orang pemain Ripdorf sanggup turun bermain. Masalahnya, diorang jaga betul jarak 2 meter daripada pemain lawan sepanjang 90 minit tu. Dah macam galah Panjang jadinya, kena sentuh kalah. Dah tak sentuh macam mana nak bents dan kekang pemain lawan, nak rampas bola semua, kan? Memang lain macam.

Dengan penuh yakin, jurulatih Ripdorf, Ristow turunkan 7 orang pemain tu tanpa sebarang perbincangan taktikal. Maknanya, macam serah leher untuk kena sembelih, sebab diorang lagi fokus kepada keselamatan daripada perlawanan tu. Dan terima kasih kepada amalan penjarakan fizikal yang diamalkan Ripdorf, Holdenstedt menggegar gawang Ripdorf 37 kali tanpa balas. Memang padu pergi dia.

Tanpa sebarang belas kasihan, Holdenstedt menjaringkan satu gol hampir setiap dua minit, tatkala para pemain Ripdorf memerhatikan dari jauh, seterusnya melakukan ‘ball watching’ secara literal kat dalam padang tu. Waduhh. Malah, masa sepak mula dibuat, salah-seorang pemain kelab tu siap buat hantaran bola kepada pemain lawan, dan semua pemain Ripdorf kemudian pergi tepi padang, dah macam penjaga garisan gayanya. Benda ni asalnya membuatkan pemain Holdenstedt bingung, tapi lepas tu diorang lenjan je bola, selagi boleh gol.

5f64995d323fc4001e0d70bb
Penjarakan sosial ye. Via Insider

Nak salahkan Ripdorf 100% pun tak boleh jugak, sebab Jerman sekarang ni mencatat lebih 250,000 kes Covid-19, dengan statistik 10,000 kematian. Tinggi tuuu. Penjarakan fizikal/sosial tak diamalkan dalam Bundesliga, tapi persatuan bola kat sana melakukan siri ujian Covid-19 yang ketat untuk pastikan musim liga berjalan dengan lancar, sepanjang tempoh pandemik. Covid-19 masih lagi jadi perkara yang sangat menakutkan bagi pelbagai lapisan masyarakat, pastinya sebab boleh sebabkan kematian.

Dan itu jugaklah yang berlaku kepada SG Ripdorf, yang disebabkan takut Covid-19, maka diorang taknak ambik risiko tinggi dan menyerah kepada lawan diorang dengan skor akhir 37-0. Pendek cerita, diorang sanggup korbankan pertahanan yang ampuh kat dalam padang, demi penjarakan fizikal dan keselamatan masing-masing.

Kalau korang rasa jaringan ini dah teruk, ini kami bawakan tiga lagi perlawanan dengan jumlah jaringan besar

Sebenarnya banyak lagi perlawanan besar lain yang membabitkan jumlah jaringan besar, malah oleh pasukan bertaraf negara. Kat sini kami senaraikan tiga perlawanan epik tu:

American Samoa 0-31 Australia, FIFA terpaksa tukar peraturan berkaitan kelayakan Piala Dunia

Disebabkan perlawanan ni, FIFA terpaksa tukar peraturan berkaitan kelayakan Piala Dunia. Berlangsung pada 11 April 2001 kat Stadium Sukan Antarabangsa Australia, New South Wales. Perlawanan ni digambarkan sebagai kekalahan terbesar dalam sejarah perlawanan antarabangsa. Pemain Socceroos, Archie Thompson menjaringkan 13 gol, memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa oleh seseorang pemain. Baru separuh masa pertama, Australia dah jaringkan 16 gol, sampai papan markah tersalah letak 32-0 bila tamat permainan.

https://www.youtube.com/watch?v=0HSQsYL6RO4

Longford AFC (England), siap minta bekas pemain England yang berusia 53 tahun main sekali dengan diorang

Sekitar musim 2015-16, sebuah kelab dengan nama Longford AFC menjadi pasukan dengan catatan rekod buruk: kalah 22 perlawanan berturut-turut dalam saingan Gloucestershire Northern Senior League Two. Diorang kalah 0-10 kepada Bredon; 0-13 kepada 13-0 kepada Chalford; 0-14 kepada Woolaston; dan paling padu, tewas 0-17 kepada Bibury FC kat gelanggang sendiri.

Setelah penat berfikir, akhirnya, diorang memujuk legenda England, Stuart Pearce untuk keluar daripada persaraan dia. Dengan status sebagai bekas pemain Coventry City dan Nottingham Forest, selain pengalaman beraksi sebagai pertahanan dalam separuh akhir Piala Dunia 1990, kehadiran Pearce yag digelar ‘Psycho’ dilihat membawa cahaya di hujung terowong buat Longford.

5w3i6qudincr3angzhvjfoql7y
Stuart Pearce di zaman kegemilangannya. Via Shropshire

Tapi masalahnya, Pearce dah berusia 53 tahun dan walaupun berhempas pulas, para pemain muda Longford tetap kalah 0-1 kepada Wotton Rovers dalam aksi pertama bekas pemain kebangsaan England tu. Namun, untuk pengurus kelab yang berpengkalan kat Gloucestershire tu, Nick Dawe, diorang kena berfikiran positif, sebab ‘gelas selalunya separuh penuh’. Positif sangat ni!

SO L’Emyrne 0-149 AS Adema (Madagascar), jaringan paling besar yang kami pernah dengar dalam sejarah

Pada 31 Oktober 2002, Stade Olympique de L’Emyrne (SO L’Emyrne) tewas 0-149 kepada Adema Analamanga (AS Adema) dalam satu perlawanan THB Champions League kat Antananarivo, Madagascar. Guinness Book of Records mencatatkan perlawanan ni sebagai rekod perlawanan dengan jumlah jaringan paling besar. Sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan sedang bersaing untuk merebut kejuaraan liga.

Asalnya, dalam perlawanan terdahulu dengan DSA Antananarivo, pengurus SO L’Emyrne memprotes keputusan pengadil, Benjamina Razafintsalam sebab bagi penalti yang meragukan kepada lawan. Ini menyebabkan pasukan dia gagal mendapat kejuaraan, yang terlepas ke musuh tradisi, AS Adema. Disebabkan marah, dalam perlawanan untuk sekadar melengkapkan jadual lawan Adema, dia arahkan pemain pasukan dia jaringkan sendiri gol sebanyak 149 kali.

Tatkala penyokong SO L’Emyrne mengamuk nak duit tiket diorang dikembalikan, persekutuan bola Madagascar pun menggantung pengurus tu selama 3 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *