Khalid Jamlus jual kasut emas miliknya, beri gambaran kasut itu akan terbang ke Sabah

F1
Khalid Jamlus jual kasut emas miliknya, beri gambaran kasut itu akan terbang ke Sabah

Baru-baru ini bekas bintang bola sepak Perak, Khalid Jamlus, melelong beberapa barang peribadi termasuk kasut emas yang pernah dimenanginya. Ia menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat. Khalid melakukan lelongan itu dalam satu sesi Facebook Live, dan berjaya tarik lebih dari 1,000 penonton. Kasut emas tu dimenangi Khalid pada tahun 2002, sebagai penjaring terbanyak tempatan dengan menjaringkan 17 gol. Selain kasut emas, turut dilelong ialah pingat dan jersi.

Ada yang persoalkan tindakan Khalid kerana barang-barang tu ada nilai sentimental yang tinggi. Khalid beritahu dia terpaksa buat macam tu sebagai langkah survival selepas tiga tahun takde pekerjaan tetap. Bagi mereka yang takde pekerjaan dalam tempoh masa yang lama, keadaan macam ni mungkin akan berlaku. Ketiadaan sumber pendapatan akan menyebabkan seseorang mampu melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.

Sebenarnya sudah tiga tahun Khalid takde kerja tetap, apa yang dilakukan ni untuk survival

Khalid kata tindakannya tak menyalahi undang-undang kerana dia cuba buat apa dirasakan sesuai untuk terus survive. Tegasnya, apa yang dilakukan itu adalah berlandaskan situasi kehidupan yang dilaluinya sekarang dan ia tidak salah di sisi undang-undang.

“Secara jujurnya, benda ini berlaku berpunca daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 ini. Sebelum ini, memang saya ada terlibat menjadi duta produk, yang mana, abang ipar saya sendiri banyak membantu. Namun, sampai bila saya ingin mengharapkan bantuan orang? Barang-barang itu (yang dilelong) hak milik saya, bukan saya jual barangan orang lain,” – Khalid, seperti yang dilaporkan AWANI

Jelas Khalid, 43 tahun, apa yang dilakukannya adalah satu faktor kehidupan, memandangkan dia takde punca pendapatan dan berasa terdesak dengan situasi yang dilalui ketika ini.

107603231 10158668681252387 7046801420571537272 O
Khalid. Via Inikan Bola

“Apa yang boleh kita jangkakan kalau tiga tahun tidak bekerja? Saya juga ketua keluarga, saya rasa terdesak. Saya bukan hanya berdiam diri, saya sudah menyuarakan hasrat saya untuk menjadi jurulatih di Perak, begitu juga di Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tetapi, saya tidak nampak peluang itu,” – Khalid, seperti yang dilaporkan AWANI

Khalid melelong kasut emas yang dimenanginya selepas jadi juara Liga Perdana pada tahun 2002 dengan harga bidaan RM10,500 menerusi sesi Facebook Live. Cuma, dia belum serahkan barangan tu kepada pembida yang berjaya kerana menunggu untuk berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Khalid tetap akan jual kasut emas, mungkin kasut emas tu akan terbang ke Sabah

Muhamad Khalid Jamlus tegaskan dia akan tetap jual kasut emas miliknya yang dilelong dalam media sosialnya baru-baru ni. Tambah legenda pasukan Perak tu, keputusan sukar tu perlu dibuat demi kelangsungan hidupnya. Nampaknya pertemuan dengan Wan Ahmad Fayhsal tak berikan apa-apa jaminan yang boleh meyakinkan Khalid untuk menyimpan kasut tu. Yalah, bila dah terdesak, kadang-kadang barang yang kita sayang pun terpaksa dilepaskan.

“Saya tak peduli apa orang cakap, masa saya susah tiada siapa yang bantu. Saya buat itu bukan nak salahkan sesiapa, saya buat ini untuk masa depan saya,” – Khalid, seperti yang dilaporkan AWANI

Menurutnya, setakat ini dia dah terima bidaan mencecah RM50,000 daripada pembeli di Sabah dan Pantai Timur. Tegasnya, sekiranya tiada bidaan lebih baik diterima khususnya dari Perak dalam minggu ini, bermakna Kasut Emas bekas penjaring terbanyak Liga Perdana 1 tahun 2002 itu akan ‘terbang ke Sabah’.

“Kalau tiada pertanyaan dalam minggu ini, kalau contoh dari Perak, kalau mungkin ada nak buka muzium untuk barang seperti ini dengan nilai yang betul, saya boleh berikan kepada mereka. Kasut Emas itu buruk saja tapi nilainya memang tinggi. Pada waktu itu, saya bersaing dengan pemain import Gred A dari pasukan lain. Terpulang bagaimana nak nilaikan kasut itu tapi kalau tiada permintaan dalam minggu ini, saya akan hantar kasut itu ke Sabah,” – Khalid, seperti yang dilaporkan AWANI

107603231 10158668681252387 7046801420571537272 O
Khalid bertemu dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Via Awani

Muhamad Khalid dah adakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di pejabatnya pada Rabu. Dia tidak perincikan topik perbincangan tersebut, tapi dia beritahu ia masih berkaitan dengan bola sepak. Kami harap Khalid ni diberikanlah bantuan dan dalam masa yang sama dia boleh mencurahkan pengalaman yang dia ada keapda generasi muda.

Sudah masanya kita perkenalkan program untuk mempermudahkan atlet memulakan kerjaya baru selepas bersara

Ini bukanlah cerita pertama yang kita dengar berhubung atlet yang menghadapi kesukaran setelah bersara. Kami rasa kerajaan perlu perkenalkan satu program yang khusus kepada atlet untuk membantu mereka membina kerjaya setelah menghabiskan zaman kegemilangan sebagai atlet. Dengan adanya program seperti itu, sekurang-kurangnya kita dapat membantu atlet-atlet yang mempunyai karier yang pendek (kerana faktor umur) untuk mencuba karier baru setelah bersara.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top