Nak buat akuan berkanun (SD) untuk sokong Tun M? Ini respon Tun M

F1
Nak buat akuan berkanun (SD) untuk sokong Tun M? Ini respon Tun M

Cukup malang bagi kita apabila kerajaan yang ada hari ni banyak drama melibatkan peralihan kuasa. Setelah satu drama selesai, muncul pulak drama baru. Ia umpama menonton sinetron dari Indonesia; satu episod akan membawa kepada episod yang lain, tak akan habis. Kami dah pernah cakap benda ni simple gila nak selesaikan – letakkan tarikh peralihan kuasa, selesai.

Kalau isu ni dah selesai, bolehlah kerajaan mula fokus untuk memperkasakan ekonomi dan bekerja untuk rakyat. Baru-baru ni muncul pulak satu ‘kumpulan’ yang mendakwa diorang dah buat akuan berkanun untuk Ali Parlimen. Akuan berkanun (SD) ni dibuat untuk menunjukkan sokongan kepada Tun Mahathir sehingga habis penggal. Dalam erti kata lain, diorang tak nak peralihan kuasa berlaku.

Tun Mahathir kata dia tak lama lagi berumur 95 tahun, mana boleh tahan…

Berhubung dengan isu tu, baru-baru ni Tun Mahathir Mohamad tegaskan dia akan berundur selepas November tahun ini.

S1
Tun Mahathir. Via The Coverage

“Saya dengar cerita macam-macam, nak suruh saya kekal 22 tahun lagi. Saya sudah 94 tahun. Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan. Saya janji akan letak jawatan selepas Apec, itu saya pegang kepada janji saya. Saya tidak terlibat dengan yang lain (SD), cuma janji letak jawatan (dan) akan letak jawatan,” – Mahathir, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Beberapa hari lepas Anwar kata PM tak terlibat dengan usaha memujuk anggota parlimen menyediakan akuan berkanun (SD) bagi menyokong kepimpinannya sehingga habis penggal. Dia cakap benda ni selepas mengadakan pertemuan dengan Mahathir.

KENYATAAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERA13 Februari 2020Saya bertemu Perdana Menteri di Putrajaya sekembalinya saya dari…

Posted by Anwar Ibrahim on Khamis, 13 Februari 2020

Sarawak Report minggu ni pulak kata anggota Parlimen UMNO, PAS, BERSATU dan PKR yang memihak kepada Azmin Ali digesa datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong kepimpinan Mahathir sehingga habis penggal. Katanya ia akan dibawa untuk sokongan Yang di-Pertuan Agong jika berjaya memperoleh bilangan cukup. Tapi, Zuraida Kamaruddin yang satu kem dengan Azmin dah nafikan laporan tu.

Ada ahli akademik kata kombinasi terbaik adalah Anwar dan Muhyiddin…

Jika kita andaikan peralihan berkuasa ni berlaku, sudah tentu persoalan utama yang bermain di fikiran kita – macam mana struktur Kabinet yang akan dipilih Anwar? Seperti yang kami pernah tulis dulu, ramai ‘orang berkuasa’ hari ni tak mahu peralihan kuasa berlaku kerana mereka bimbang akan hilang kedudukan. Siapa yang tak nak gaji sedap, tapi buat kerja sikitkan?

S1
Kabinet PH, hanya Dr Maszlee yang telah letak jawatan. Via Berita Harian

Perdana Menteri ada kuasa mutlak untuk tentukan siapa TPM dan menteri Kabinet seperti kebiasaannya, cuma bagi PH ia sedikit berbeza, sebabnya keputusan besar bakal ditentukan menerusi konsesus parti dalam pakatan tu.

Menurut Profesor Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed, penganalisis politik dari UPM, individu yang bakal dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri perlu dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Kalau kita lihat Timbalan Perdana Menteri sekarang ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beliau ialah isteri kepada Anwar, juga Ahli Parlimen daripada PKR. Saya jangkakan lantikan Timbalan Perdana Menteri berlangsung serentak sekiranya Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Sebab itu, saya kata perkara tersebut penting untuk dibincangkan dan ditentukan sekarang,” – Anuar Shah, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

S1
Via MyNewsHub

Bagi Dr Anuar Shah, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dilantik sebagai TPM berdasarkan jumlah kerusi dan kedudukan dalam parti. Sukar untuk pemimpin dari DAP jadi TPM walaupun diorang ada kerusi yang banyak, sebab ia akan timbulkan polemik dan rasa tak puas hati rakyat terutama orang Melayu, tambahnya.

PH dah tentu akan cuba elakkan isu-isu macam ni sebab ia akan beri kesan kepada sokongan rakyat lebih-lebih lagi pada PRU15.

Via Giphy

Katanya, cadangan Anwar terlibat secara langsung dalam pentadbiran bermula sekarang supaya proses peralihan kuasa berjalan lancar adalah cadangan yang baik, tapi keberadaan Wan Azizah dalam Kabinet tak benarkan perkara tu berlaku.

Sebenarnya PH nak dikenang sebagai apa? Diorang kena fokus tadbir negara

Kami pun tak tahu PH nak diingat sebagai koalisi politik apa; adakah sebagai gabungan politik yang cuma berminat mahu bermain drama? Jika isu ini tak diselesaikan – ia akan melarat sehingga PRU15. Jika ditakdirkan diorang kalah pada PRU15, sudah tentu sukar untuk melihat mereka sebagai kerajaan lagi. Sebab rakyat dah bagi amanah pada PRU14, penuh dengan harapan supaya diorang jadi kerajaan yang baik – bukan main Game of Thrones.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top