Pakatan Harapan hilang Tanjung Piai, ini 4 benda yang diorang kena buat…

S1
Pakatan Harapan hilang Tanjung Piai, ini 4 benda yang diorang kena buat…

Sabtu lepas, Pakatan Harapan kehilangan Parlimen Tanjung Piai, Johor. Keputusan PRK Parlimen Tanjung Piai tu menyaksikan Jeck Seng berjaya ketepikan persaingan daripada lima calon lain selepas dua minggu tempoh berkempen dengan majoriti sebanyak 15,086 undi.

S1
Keputusan PRK Tanjung Piai. Via Berita Harian

Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai tu berjaya memperoleh 25,466 undi mengatasi Karmaine Sardini (PH) yang dapat 10,380 undi, Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707 undi dan Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) 850 undi. Dua lagi calon bebas, Dr Ang Chuan Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghafar pula masing-masing hanya dapat 380 undi dan 32 undi.

Ramai yang dah tulis tentang punca kekalahan PH, jadi kami fikir nak tulis tentang apa yang sepatutnya dilakukan oleh PH untuk cuba memenangi semula hati rakyat.

1. Pemimpin PH jangan kuat merepek, dan fokus pada kerja…

Kalau tahun pertama dahulu boleh dikatakan pemimpin-pemimpin PH ni tengah belajar nak jadi kerajaan, tapi dah dekat dua tahun ni, diorang sepatutnya memiliki ‘standard’ yang tinggi. Malangnya, kami tengok masih ada segelintir pemimpin PH yang suka cari gaduh dengan member sendiri, tak pun macam budak-budak kat media sosial. Bahasa senangnya, mudah koyak.

S2
KABINET. Tapi ini KABINET dapur ye. Via Harian Metro

Mungkin dah tiba masanya jugak Tun Mahathir lihat mana-mana menteri untuk digantikan atau ditukarkan portfolio. Kita kena ingat – kebolehan menteri bukan dinilai dari sekuat mana dia mengampu Perdana Menteri, tapi pada prestasi yang ditunjukkan. Selalunya prestasi ni berkadar langsung dengan imej kepada rakyat. Maksudnya, kalau menteri tu function teroks, orang akan suka.

Kalau asyik sembang pasal kereta terbang, tak mampu tarik pelabur, atau hilang daripada radar, macam mana rakyat nak ada tanggapan baik pada diorang? Inilah yang kami maksudkan pimpinan PH kena fokus pada kerja-kerja jadi kerajaan, bukan kerja-kerja ‘cybertrooper’ atau ahli komedi. Rombakan ahli Kabinet akan beri gambaran ada ‘angin baru’ dalam kepimpinan PH.

S1
Goku ada awan terbang, Malaysia ada kereta terbang. Via AMANZ

Kalau pimpinan PH buat kerja main-main, tak kisahlah berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk menjaga imej diorang, mesti tak akan berjaya. Sebab prestasi diorang dinilai secara langsung dengan keadaan hidup rakyat. Kalau ‘kesejahteraan ekonomi dan kehidupan’ tak dirasai melalui polisi-polisi yang diperkenalkan PH, memang susahlah nak pikat hati rakyat.

2. Sudah masanya tarikh pertukaran PM ditetapkan, supaya kita boleh move on

Negara tak boleh tersekat hanya kerana isu peralihan kuasa PM. Memandangkan persetujuan untuk peralihan kuasa dah dinoktahkan oleh pimpinan utama PH, perlu ada tarikh untuk penukaran PM ni berlaku. Tarikh ni penting – pertama sekali untuk kembalikan kepercayaan dalam kalangan ahli-ahli PH, kemudian untuk elakkan ada orang cakap benda ni tak akan berlaku.

S1
Kita lepak mana lepas ni? Via Awani

Itu kita belum sembang lagi bab orang nak sailang-menyailang. Dah macam awek cun pulak orang sailangkan. Pengumuman tarikh ni jugak penting untuk Anwar Ibrahim menyiapkan diri dan pasukan untuk mencatur strategi untuk membawa Malaysia bergerak ke hadapan. Selagi tarikh ni takde, selagi itulah kita akan terus bergaduh bab nak tukar PM, benda ni tak baik untuk negara.

Via Giphy

Kami yakin keputusan PRK Tanjung Piai sedikit sebanyak akan beri kesedaran pada pasukan PH untuk segera menetapkan tarikh peralihan kuasa ni. Diorang kena ingat, kemenangan PH pada PRU14 bukanlah disebabkan individu semata-mata, tapi rasa muak rakyat pada BN yang korup. Oleh sebab tu perbincangan ‘individu’ ni patutnya tak patut ambik spotlight perbincangan. Ada banyak lagi isu yang penting yang perlu diselesaikan.

3. Kuda-kuda perang PH sepatutnya kena diseru, masuk fasa ‘panik’

Sebenarnya banyak lagi kuda-kuda perang PH yang tak digunakan atau diberi peluang untuk memainkan peranan semaksimanya. Apabila bincang soal strategi ni, kami tak boleh mengelak untuk sebut Rafizi Ramli. Ya, korang boleh je ada benda yang tak setuju dengan dia, kami pun sama. Cuma kita tak boleh nafikan betapa hebatnya dia menyusun strategi.

S1
Rafizi. Via The Edge Market

Benda ni yang kami nampak kurang pada PH, takde strategist yang betul-betul mahir baca game politik kat Malaysia. Salah satu sebab kekalahan PH kat Tanjung Piai adalah kerana penyusunan strategi kempen yang tak berkesan. Kami pun tak tahu siapa diorang punya kepala strategi, contoh paling simple kami perhatikan – calon lawan MCA, tapi diorang banyak habiskan masa attack PAS.

Kami jugak yakin ramai je kuda-kuda perang PH yang ada, cuma belum diberikan jawatan atau kepercayaan. Kalau tengok backbencher yang ada PH pun, ramai yang ada potensi untuk jadi kuda perang. PH jugak kena mula buang orang yang tak kompeten, jadi kawan bolehlah, tapi jangan bagi jawatan. Masalah betul kalau orang dapat jawatan sebab member-member ni. Selalunya kerja tak jalan.

Jangan ambik kuda ni ye. Via Giphy

Cuma itulah, tentang Rafizi tadi, baru-baru ni kami ada tulis pasal dia. Dalam artikel tu dia kata yang dia nak berehat kejap. Kami harap adalah orang yang pujuk dia untuk mainkan peranan penting, kalau tak ketuai pun, bagilah dia peluang untuk pantau jadi dia ada masa jugak untuk dihabiskan bersama keluarga.

4. Semangat manifesto kena dihormati, ia umpama kepercayaan rakyat

Ingat tak sebelum PRK Tanjung Piai berlangsung? Ada beberapa kementerian mula nak tabur gula-gula kat sana? Kami ada tulis jugak pasal benda ni. Ingat, sebelum kemenangan PRU14, PH anti gila-gila dengan benda macam ni, lepas menang, diorang pulak buat benda yang sama? Kami harap benda macam ni tak akan berlaku lagi.

S1
Via The Malaysian Times

Selain tu, pimpinan utama PH kena mula cari jalan untuk laksanakan manifesto PRU14, terutamanya janji-janji besar. Kalau tanya kenapa ramai yang kecewa pada PH, kebanyakan orang akan jawab yang PH ‘kencing’ pasal manifesto diorang. Kita semua akui yang manifesto bukanlah kitab sesuci Al-Quran, namun ramai yang memilih PH kerana ‘tawaran’ mereka akan menguntungkan rakyat.

Sebenarnya banyak je manifesto dah ditunaikan, cuma dari segi ‘komunikasi’ PH tak war-warkan benda ni. Setiap segmen rakyat ada kaedah penyampaiannya yang tersendiri. Pasukan komunikasi PH kena kaji setiap segmen masyarakat yang diorang nak tembusi untuk sampaikan maklumat, kerana setiap segmen ada kaedahnya yang tersendiri.

Percayalah, kalau PH kelihatan betul-betul serius nak laksanakan manifesto, ramai yang hatinya terluka akan terpujuk. Pimpinan PH kena mulalah berhenti cakap bukan-bukan pasal manifesto. Pasukan PH kena bergerak bersama untuk laksanakan manifesto ni, kalau diorang ada hajat nak jadi kerajaan lagi lepas PRU15.

Jangan denial, dan sentimen perkauman bukanlah ubatnya…

Perkara yang paling penting untuk dilakukan oleh PH adalah bermuhasabah. Cuba fikir elok-elok mengapa diorang boleh kalah dengan begitu teruknya pada PRK kali ni. Majoriti tu bukan main-main banyak weh. Kami tengok ada je pimpinan PH mula salahkan satu sama lain, mungkin cermin dah habis kat kedai kot.

Bekerjalah sebagai satu pasukan. Via Giphy

Ada pulak orang yang menyeru PH untuk mula bermain isu perkauman sebab BN dan PAS mahir main game tu. Benda ni jelas-jelas salah. Pertamanya, kalau korang perhatikan game BERSATU masa nak PRK Tanjung Piai ni, diorang ada je main sentimen perkauman, tapi tak jalan jugak. Keduanya, kalau diorang ambik jalan tu – bermakna kita bukan melangkah ke hadapan, tapi melangkah jauh ke belakang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top