Permaisuri Agong bertitah di hadapan pelajar, ini pesanannya kepada ibu bapa

S1
Permaisuri Agong bertitah di hadapan pelajar, ini pesanannya kepada ibu bapa

Kalau ditanya tentang alam persekolahan, selalunya benda pertama yang kita akan ingat adalah kenangan bersama kawan-kawan kita. Kami rasa bukan kami je yang rindukan alam persekolahan, kebanyakan korang pun ada perasaan yang sama kan? Lebih-lebih lagi kalau kat sekolah korang ada kawan baik, mesti terasa rindu dengan diorang. Kalau korang perasan, kita takdelah terlalu ingat pasa gred peperiksaan kita.

Muka kami bila gagal exam. Via Giphy

Lebih-lebih lagi kalau bukan peperiksaan besar macam UPSR, SRP/PMR/PT3 atau SPM. Kalau tak percaya, cuba korang ingat apa gred untuk subjek Pendidikan Jasmani peperiksaan pertengahan penggal masa korang darjah 3. Kami yakin mesti tak dapat ingat punya. Sebab sekolah bukanlah semata-mata untuk peperiksaan, dan baru-baru ni ada seruan supaya tak terlalu tekan pelajar…

Raja Permaisuri Agong kata jangan terlalu tekan anak, nanti diorang tertekan dan depresi…

Ibu bapa dan guru disaran untuk tak tekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh beri kesan psikologi kepada anak tu. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kata perkara tu dibimbangi akan menyebabkan pelajar mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.

S1
Via PerakToday

Seri Paduka bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.

“Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu… tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja. Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dengan Bah kerana asyik belajar sahaja,” titah Seri Paduka,” – Raja Permaisuri Agong, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Ini ‘pressure’ lain. Via Giphy

Raja Permaisuri Agong kata macam tu semasa berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah kat Indera Mahkota. Majlis tu turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Ibu bapa walaupun sibuk, perlu sentiasa pantau pergerakan anak, jangan lupa tanggungjawab…

Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan mencemar duli mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145 penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 dan 11 anugerah Tokoh Murid.

S1
Anak-anak haram bangsa. Via FMT

Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang berada kat hadapan baginda kata – semasa kecil, anakanda bongsu tu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan untuk tak ke sekolah pada hari tertentu.

Ibu bapa walaupun sibuk, perlu sentiasa pantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.

Via Giphy

“Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut. Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini,” – Raja Permaisuri Agong, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Berikan kanak-kanak rasa seronok ketika belajar, diorang pasti akan mencintai ilmu

Kami masih teringat dengan satu movie Bollywood ni, 3 Idiots. Walaupun filem nampak terlalu idealistik, tapi sekurang-kurangnya ada pengajaran yang besar daripadanya. Sekolah ni tempat belajar, sepatutnya jadi tempat yang setiap hari pelajar rasa tak sabar nak pergi. Cukup malang kalau ada ibu bapa atau sekolah yang terlalu menekan pelajar.

3 Idiots. Via Giphy

Akhirnya nanti – yang dikenang cumalah tekanan ketika berada kat sekolah, bukan keseronokan belajar dan menjadi kanak-kanak. Sesuatu yang akan dirindui oleh mereka yang telah dewasa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top