Rafizi bebas hukuman penjara 30 bulan, belum berhajat pegang jawatan penting

F6

Bulan lepas kami ada tulis tentang kemungkinan Rafizi Ramli akan ke penjara disebabkan tuduhan mendedahkan data perbankan dari akaun NFC. Semasa benda ni berlaku, ramai gila orang tak puas hati – sebab sepatutnya orang yang ‘mencuri’ kena tangkap, alih-alih orang yang laporkan ‘kecurian’ pulak yang nak disumbat dalam penjara.

Sebab dedah skandal lembu NFC dulu, Rafizi mungkin akan ke penjara…

Kalau Rafizi kalah dalam kes ni, dia akan dipenjarakan selama 30 bulan. Namun akhirnya Mahkamah hari ni putuskan dia dibebaskan…

Hari ni Mahkamah Tinggi Shah Alam putuskan Rafizi dan bekas kerani bank tak bersalah…

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ni ketepikan sabitan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad kerana langgar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) dan bebaskan diorang dari hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan sebelum ni. Katanya orang siap tepuk tangan masa keputusan ni dibacakan.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Yazid Mustafa sampaikan keputusan tu pada akhir rayuan Rafizi dan Johari terhadap sabitan berhubung pendedahan data perbankan dari akaun National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail pada tahun 2012.

Mohd Yazid putuskan bahawa dia benarkan permohonan Rafizi kerana pendakwaan gagal kemukakan dokumen asal sebagai keterangan dalam perbicaraan, yang merupakan syarat di bawah Seksyen 61 Akta Keterangan.

F1
Rafizi. Via FMT

Rafizi, yang merupakan bekas ahli parlimen Pandan dan Johari dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari 2018 selepas Hakim Zamri Bakar dapati diorang bersalah sebab dedahkan data perbankan dari akaun NFC.

Hakim Zamri dalam penghakimannya tahun lalu kata pendakwaan telah buktikan bahawa Rafizi dan Johari telah melanggar Akta Bafia. Bagi yang tak tahu lagi, Bafia telah dimansuhkan pada tahun 2013. Diorang didakwa pada 2012 kerana langgar Seksyen 97 Bafia bagi pendedahan empat akaun milik NFC dan Mohd Salleh, yang merupakan suami bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

F2
NFC. Via SelangorKini

Setelah menang, Rafizi tak berhajat untuk pegang apa-apa jawatan penting…

Rafizi Ramli tak berminat untuk kembali menyertai politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan buat masa ini. Katanya dia mahu berehat dalam tempoh dua hingga empat tahun dan jadi orang biasa serta menumpukan kepada keluarga kerana banyak masa dihabiskan ketika aktif politik.

“Sebenarnya mana-mana ahli politik tidak kira Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) jika menang, kehidupan mereka tidak seperti orang biasa dan terpisah dari dunia sebenar dan ada ketikanya lupa daratan. Jadi pada zaman PH berkuasa ini, biarlah saya luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga serta berehat daripada politik,” – Rafizi Ramli, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Sementara tu, ditanya jika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bantuannya dalam usaha mantapkan kerajaan, Rafizi kata; itu hak Anwar dan diorang dah mengetahui sebab dia menyertai politik sebelum ini.

F3
Via MalayMail

“Sebenarnya misi kita 10 tahun lalu mahu tukar kerajaan dan bukan untuk menentang kerajaan terdahulu. Lagipun tukar kerajaan bukan penamat dunia dan kita telah buktikan kerajaan PH mampu. Tapi memang buat masa ini biarlah saya dan beliau (Anwar) yang bincang berkenaan hal ini walau apa pun keputusannya. Buat masa ini biarlah saya menjadi kawan dan bukan atas dasar politik,” – Rafizi Ramli, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Pakatan Harapan tak boleh lupa bagaimana diorang mampu kalahkan Barisan Nasional…

Salah perkara yang Pakatan Harapan perlu selalu ingat adalah – bagaimana susahnya nak kalahkan Barisan Nasional sebelum ni. Sebagai rakyat biasa, kami tengok ada banyak penindasan yang dilakukan terhadap orang-orang yang vokal mengkritik kerajaan.  Pakatan Harapan tak patut lupa jasa dan pengorbanan individu-individu yang hilang banyak benda sebab berjuang.

F4
Via Youtube

Cara paling baik untuk balas jasa-jasa ni adalah dengan jadi kerajaan yang lebih baik, tak menekan individu-individu yang lantang mengkritik kerajaan. Pakatan Harapan jugak kena ambik semula hati rakyat dengan semampunya menunaikan semua janji-janji PRU14 diorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *