Sebab dedah skandal lembu NFC dulu, Rafizi mungkin akan ke penjara…

B1
Sebab dedah skandal lembu NFC dulu, Rafizi mungkin akan ke penjara…

Semalam rayuan kes Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Keputusan rayuan sabitan dan hukuman Rafizi dan kerani bank, Johari Mohamad akan dibuat pada 15 November ini.

Rafizi Ramli Interview
Rafizi Ramli. Via The Star

Februari 2018 lepas, hakim Mahkamah Sesyen jatuhkan hukuman penjara 30 bulan kepada Rafizi dan Johari kerana dedahkan akaun-akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation dan pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Rafizi antara orang yang berani untuk dedahkan kes-kes rasuah secara terperinci…

Takkan korang tak ingat kot NFC? Alah, kes lembu dan kondo tu. Salleh ni suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, bekas Menteri dan Ketua Wanita UMNO. Tiga anak diorang jadi pengarah NFC. Kerajaan bagi diorang ni pinjam RM250 juta, tapi 2011 dulu Ketua Audit Negara kata diorang hanya capai 4 peratus target.

Rafizi kemudian dedahkan pembelian kondo mewah oleh NFC di Bangsar dan Singapura. Setahun lepas pendedahan Rafizi, Shahrizat letak jawatan sebagai Menteri Kabinet.

Dia juga pernah buat akuan berkanun menamakan Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS, sebagai penerima dana dari SRC International, anak syarikat 1MDB. Kami baru cerita pasal kes Nasharudin yang berselfie di SPRM kena dakwa dengan 33 kes isu wang haram. Dia ni dulu kata nak saman Rafizi, tapi sampai hari ni tak saman-saman.

Kami saja cerita balik cerita Rafizi supaya kita tak lupa sumbangan dia dalam jatuhkan Barisan Nasional. Sekarang ya lah, orang UMNO termasuk wakil rakyat berduyun-duyun nak masuk Pakatan Harapan tapi dulu mana berani kan?

Sssa
Via FMT

Selain kes NFC, Rafizi ada banyak kes lain. Antara kes besar yang dia dihukum penjara adalah disebabkan dia dedahkan dokumen rahsia 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Rafizi pernah tanya adakah kelewatan pembayaran pampasan Veteran Angkatan Tentera dengan penglibatan LTAT dalam urusniaga 1MDB yang bermasalah. Untuk kes ini Rafizi asalnya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Tapi akhirnya Mahkamah Rayuan mengenepikan hukuman penjara yang sepatutnya dia kena hadap tu.

Dedahkan harta kepada umum, dan pernah satu sekolah dengan Loque…

Kalau Datuk Seri Najib Razak masih PM, dah tentu Rafizi kena masuk dalam. Bukan setakat tu, Rafizi buat INVOKE dan confident Pakatan boleh menang tanpa PAS. Apa paling kami suka adalah dia mulakan amalan pengisytiharan harta, Pakatan Harapan hanya buat benda ni lepas diorang menang PRU14. Tapi, pengisytiharan harta diorang takdelah details sangat pun. Setakat jumlah pendapatan dan nilai harta je.

Kalau ikutkan, kami rasa Rafizi ni lebih layak jadi menteri daripada beberapa menteri bertaraf ‘mangkuk’. Bila kita dah ada menteri yang entah apa-apa sikap dan prestasi, dan tentu dengan mudah Rafizi boleh jadi lebih baik daripada orang tu. Kalau tengok latar belakang dia, asalnya dia ni Ketua Pelajar dan Pelajar Terbaik di MCKK.

Dia pernah jugak jadi Pembahas terbaik Piala Perdana Menteri waktu tingkatan 3 dan 4. Rakan sekelas dia Loque Butterfingers.

C2
Contoh kabinet yang perlu diganti. Via AB

Lepas tu dia dapat biasiswa Petronas ke UK. Ijazah pertama dia kejuruteraan elektrik kat Universiti Leeds. Kalau korang ingat buat engineering je susah, habis tu dia buat pula sijil profesional akauntan ICAEW sambil bekerja di London.

Kat UK pulak dia jadi Presiden UKEC, gabungan pelajar-pelajar Malaysia. Waktu kegawatan ekonomi 1997 dan kerajaan bercadang nak suruh pelajar yang di UK pulang balik ke Malaysia kerana soal kewangan, dia minta pelajar-pelajar yang sedia ada dibenarkan tamat belajar.

Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai TPM pada 1998 dan gerakan Reformasi muncul, Rafizi antara penggerak mahasiswa. Dia jadi antara Exco Pemuda Keadilan (sekarang AMK) yang awal dan pada umur 20-an dan jadi ahli Majlis Tertinggi Keadilan.

Not Bad. Via Gihpy

Jadi kalau budak-budak tajaan kerajaan/GLC biasa takut nak terlibat dalam politik pembangkang zaman tu (kalau Kelab UMNO Luar Negara tak ada masalah), Rafizi ni kategori lain lah. Dia rasa benda tak betul, dia tak guna scholarship sebagai alasan.

Penting untuk kita akui dan harga pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang…

Selepas tu dia kerja kat Petronas, seterusnya Pharmaniaga. Kalau korang tertanya-tanya kenapa kami macam tengah jilat habis kasut Rafizi ni, sebenarnya kami nak bawak satu persoalan yang penting tentang; bagaimana Malaysia Baharu sering melupakan ‘pejuang-pejuang’ sebenar yang banyak lakukan pengorbanan sebelum BN berjaya dikalahkan.

Macam kenal. Via Giphy

Ramai gila individu yang ada dalam kerajaan hari ni sebenarnya tak pernah pun rasa perit susah melawan kerajaan, apa yang diorang tahu; jadi pembangkang kejap, kemudian jadi menteri atau pegang jawatan besar. Ini belum cerita lagi dengan geng-geng yang lompat kerana ‘rakyat’. Rafizi adalah salah satu individu tu; orang yang banyak berkorban, tapi ramai yang pilih untuk lupakan pengorbanannya.

Bagi kami, tak kiralah anda sokong atau tidak pada Pakatan Harapan, sudah tentu anda tak menafikan peranan besar yang Rafizi lakukan sehingga rakyat Malaysia memilih untuk menukar kerajaan…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top