Walaupun berdepan 33 kes tuduhan CURANG, Nasharudin tetap ahli PAS

Jknashmacc
Walaupun berdepan 33 kes tuduhan CURANG, Nasharudin tetap ahli PAS

Isu 90 juta dan PAS ni bukanlah isu yang baru, benda ni dah lama kita dengar – ia berlaku sebelum PRU14 lagi. Secara jujur, kami pun tertanya-tanya dengan benda ni; sebab kami bukan jenis yang cepat percaya dengan apa-apa dakwaan terhadap individu atau organisasi yang terlibat dengan politik.

Beberapa hari lepas, soalan tu hampir terjawab apabila salah seorang ahli PAS ditahan oleh SPRM berhubung dengan isu ni. Dia bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan berhubung kes mengubah wang dan rasuah…

Akhirnya bekas Timbalan Presiden PAS ditahan, akan dihadapkan ke mahkamah…

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dah tahan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa beberapa hari lepas bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

A1
Via FMT

SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan dah menahan Nasharudin kat Ibu Pejabat diorang selepas dia hadir untuk lengkapkan proses siasatan akhir.

“SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” – Kenyataan SPRM, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Menurut kenyataan tu lagi, Nasharudin kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM. Kesemua maklumat berkaitan kes ni akan dimaklumkan selepas pertuduhan dibacakan.

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya diterbitkan portalnya sebelum ni dakwa ada pemimpin tertinggi Pas mungkin terima RM90 juta bagi dorong parti tu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Isu tu timbul semula apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1 Februari tahun ni apabila diorang buat keputusan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle.

Kemudiannya pada 8 Februari lalu Nasharudin tampil serahkan beberapa dokumen dan penyata kewangan bagi bantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemimpin Pas terima dana RM90 juta yang dikatakan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dia turut menyerahkan maklumat kewangan peribadi serta beberapa penyata bank lain yang diminta termasuk akaun kewangan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang dia jadi Pengerusi Eksekutif selepas beri keterangan lebih empat jam kat Ibu Pejabat SPRM.

Bukan main banyak lagi kes dia kena hadap, sampai 33 kes…

Selepas dia dibawa ke mahkamah, barulah kita tahu yang dia akan didakwa ke atas 33 pertuduhan kes pengubahan wang haram dan pecah amanah sejak 2015 hingga tahun ni berjumlah RM4 juta. Dia hadir kat Mahkamah Seysen Shah Alam mengaku tak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Via Giphy

Mengikut tiga pertuduhan, Nasharuddin didakwa bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 antara November 2018 hingga Disember 2018 dengan jumlah wang bernilai RM302,069.60.

Bagi pertuduhan di bawah AMLATFPUAA hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan daripada aktiviti haram atau denda RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Via Giphy

Nasharudin juga berdepan 30 pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan antara 2015 hingga 2018 berjumlah RM3,721,683,80. Bagi pertuduhan tu, hukuman maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut 27 pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, tertuduh yang juga Pengerusi Yayasan Nassar didakwa dengan curang melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta syarikat itu dengan membuat pembayaran kepada beberapa individu dan individu pada 8 Januari hingga 9 September 2015 berjumlah RM1.12 juta.

Berapa lama nak duduk penjara? Via Giphy

Tiga lagi pertuduhan di bawah akta yang sama, Nashrudin yang juga Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) didakwa melakukan pecah amanah jenayah secara curang memberi kepada syarikat Wasatiyah Centre For Peace Geran Penyelidikan berjumlah RM2.6 juta.

Hakim Rozilah benarkan jaminan sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah. Rozilah juga menetapkan 28 November ini untuk serahan dokumen.

Walaupun Nasharudin dituduh dengan pelbagai tuduhan, dia tetap ahli PAS…

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang hadapi pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah, masih lagi ahli PAS, kata Naib Presiden parti itu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

M3
Via SAYS

Mohd Amar kata PAS ambil pendirian tidak akan menggugurkan keahlian Nasharudin sebagai ahli parti itu selagi tiada keputusan mahkamah.

“Dalam kes Nasharudin, beliau baru dituduh dan tidak tahu lagi sama ada beliau bersalah atau tidak. PAS tetap menganggap Nasharudin belum bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah,” – Mohd Amar, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dia kata benda ni sama dengan kes Lim Guan Eng, (Datuk Seri) Najib atau pemimpin UMNO lain. Namun, sekiranya Nasharudin didapati bersalah diorang akan serahkan kepada parti sama ada memecat atau mengekalkan keahliannya.

Adakah kita bakal saksikan bekas Timbalan Presiden PAS masuk penjara?

Fuh, bukan main banyak lagi brother tu kena hadapi kes pertuduhan, kami pun ambik pendekatan tak akan hukum seseorang sebelum ia diputuskan oleh mahkamah. Cuma, selalunya kalau pertuduhan dah banyak gila macam tu – kes tu ada basis yang kuat.

Kami nasihatkan kepada semua penyokong PAS, simple je; bawak bertenang dan biar mahkamah buat kerja. Agak-agaknya apalah jawapan korangkan kalau terbukti brother ni bersalahkan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top