Menjelang PRK Tanjung Piai, gula-gula mula nak ditabur?

Ccsaddiq170519

Kami rasa korang mesti dah tahu tentang pemergian ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham, 42 tahun, merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 pagi pada 21 September kat Hospital Pontian.

Budaya tabur ‘gula-gula’ masa dekat pilihan raya ni memang selalu berlaku sejak dulu lagi. Selalunya kalau kat tempat tu ada pilihan raya, mesti Government of the day (GOT) akan beri apa-apa peruntukan atau ‘hadiah’ kepada rakyat. Korang patut tahu dalam politik ni, amat jarang berlaku ‘kebetulan’. Selalunya tindakan yang diambil adalah berasaskan agenda atau objektif. Contohnya, kali ni kerajaan beri…

Kementerian Belia dan Sukan umumkan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk Tanjung Piai…

Beberapa hari lepas, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman umumkan peruntukan persekutuan RM4 juta untuk naik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tanjung Piai. Saddiq Syed dipetik Malay Mail kata – jumlah ni sebahagian daripada peruntukan RM14.6 juta yang dipohon Anggota Parlimen Tanjung Piai Dr Md Farid Md Rafik.

Ss1
Via The Star

“Kami hanya memenuhi permintaan Md Farid memandangkan pembangunan semula kemudahan sukan di Tanjung Piai adalah permintaan peribadi oleh beliau. Sepanjang beliau menjadi ahli parlimen, beliau sentiasa menegaskan keperluan untuk pembangunan di Tanjung Piai dengan kementerian yang beliau temui,” – Syed Saddiq, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

Sementara tu, Syed Saddiq jugak umumkan kempen ‘listening tours’ sebagai cara terbaik untuk dekati masyarakat kat Tanjung Piai.

Dia kata diorang dah bekerjasama dengan bilik gerakan Parlimen Tanjung Piai sejak dua minggu lepas dan kalau boleh, diorang nak rancakkan sebanyak mungkin dan Syed Sadiq dah maklumkan kepada pimpinan pemuda PH. Cara terbaik (dekati masyarakat) adalah menerusi ‘listening tours’ di mana kita jangan tidur di hotel atau hostel.

Via Giphy

Sebenarnya, kalau betul-betul ikhlas nak berikan bantuan kepada rakyat kat Tanjung Piai, boleh je Syed Saddiq umumkan peruntukan ni selepas PRK kat sana berlaku. Tak kisahlah sesiapa yang menang kat sana, kalau betul berhajat nak penuhi janji terhadap allayarham MP Tanjung Piai, beri je selepas PRK, ia akan kurang isu. Cuma bila dia bagi dekat-dekat PRK, jelas-jelas ia sebenarnya ‘gula-gula’.

Kalau Kementerian Belia dan Sukan bagi RM4 juta, Salahuddin pulak bagi RM3 juta…

Bagi Datuk Seri Salahuddin Ayub pulak, dia pertahankan tindakannya untuk umumkan peruntukkan RM3 juta bagi projek naik taraf tiga jeti nelayan di Parlimen Tanjung Piai, walaupun dapat kecaman dari pelbagai pihak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tu tegaskan sebagai menteri dia ada hak untuk buat sebarang pengumuman berdasarkan peruntukan diberikan kerajaan kepada kementeriannya, asalkan ia dapat bantu dan gembirakan rakyat.

Dia kata, kalau nelayan jatuh kat jeti runtuh macam mana? Peruntukan dah sampai maka dia katanya kena umumkan. Takkanlah nak tunggu, saya tak alergi atau takut hendak umumkan peruntukan bila berlakunya pilihan raya.

Gula-gula. Via Giphy

“Tugas menteri sentiasa mengumumkan peruntukan dan perolehan yang terjamin, polisi kepada rakyat dan saya akan lakukan sepanjang masa. Saya tak tunggu waktu tertentu,” – Datuk Seri Salahuddin Ayub, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Tambahnya, dia yang sering ke Tanjung Piai turut dihujani dengan keluh kesah rakyat yang turut jadi perhatian penyandang kerusi itu, Dr Md Farid Md Rafik. Setiap minggu lepas balik dari Pulai, dia akan tidur kat rumahnya. Setiap pagi kadang-kadang rakyat jumpa dia untuk nyatakan isu dan masalah mereka.

Pembangkang kata awat bagi sekarang, boleh je kan bagi sebelum atau selepas PRK…

Kerajaan diminta tak gunakan kedudukan dan kuasa bagi raih undi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor, 16 November depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata tindakan beberapa menteri mengumumkan peruntukan jutaan ringgit di Tanjung Piai ketika ini didakwa membelakangkan janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Katanya, kerajaan boleh mengumumkan peruntukan itu selepas PRK berkenaan dan bukan menjelang kempen.

“Nampaknya mereka sudah mula membeli undi. Pergi ke sana dan umum RM4 juta dan sebagainya, untuk apa? Kenapa sekarang? Kenapa bukan sebelum pilihan raya? Sudah setahun setengah mereka menang, sepatutnya sudah umum apa yang nak diumum tapi sebaliknya tunggu sebelum pilihan raya.

Kita tahu je kerajaan sebelum ni selalu buat benda yang sama, tapi kenapa nak tiru diorang?

Salah satu benda yang kami tak suka dengan beberapa pimpinan kerajaan hari ni adalah – diorang suka kata – alah, kerajaan lepas pun buat benda yang sama. Benda ni bermasalah sebab kerajaan yang ada hari ni janji nak lakukan reformasi untuk membawa Malaysia lebih jauh ke hadapan. Kalau asyik nak ‘tiru’ apa yang kerajaan dulu buat, takde maknanya rakyat ambik keputusan untuk tukar kerajaan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.