Kes CABUL pelajar tahfiz digugurkan, ini sebab diberikan Peguam Negara

P2

Sejak beberapa hari lepas, viral luahan seorang ibu yang dakwa kes pencabulan anaknya di pusat tahfiz sengaja ditutup oleh tangan-tangan halus. Kami ambik keputusan tak paparkan tulisan ibu pelajar tahfiz tu, sebab nampaknya dia dah padam, dan sedar dia dah buat kenyataan yang salah. Kami pun cubalah korek mana yang patut, tengah sedap ‘mengorek’, Peguam Negara bagi penjelasan panjang lebar tentang kes ni.

Timbalan Pendakwa Raya keluarkan arahan “Tiada Tindakan Lanjut” (NFA) pada September 2016…

Jabatan Peguam Negara (AGC) tak dakwa suspek-suspek yang didakwa cabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10 tahun kerana tidak cukup bukti untuk membuktikan kes prima facie terhadap mereka, kata Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Dia kata, kepentingan awam dalam perkara tu perlukan fakta-fakta sahih untuk dikemukakan.

P1
Peguam Negara. Via Sinar Harian

“Siasatan polis dalam kes ini bermula dengan ibu kepada pelajar tersebut membuat laporan polis pada 14 Ogos 2016 mendakwa anaknya ketika itu berusia 10 tahun, (dikatakan telah diliwat oleh tiga pelajar senior, berusia antara 12 tahun hingga 18 tahun (suspek), di sekolah mereka di Manjoi, Perak,” – Tommy Thomas, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Peguam Negara turut kata polis lakukan siasatan dengan menemubual mangsa, suspek-suspek dan saksi; guru, kakitangan dan rakan sebilik mangsa dan rakan-rakan sekolah yang lain. Mangsa dah jalani pemeriksaan perubatan kat hospital awam dan kenyataan yang direkodkan oleh polis dan laporan perubatan itu menjadi sebahagian daripada kertas siasatan (IP) yang biasanya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan.

Dia kata, kertas siasatan dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang ditugas mengendalikan kes itu berpendapat bahawa takde kesalahan dilakukan.

Via Giphy

Oleh sebab takde bukti lain ketika tu untuk polis jalankan siasatan lanjut, Timbalan Pendakwa Raya keluarkan arahan “Tiada Tindakan Lanjut” (NFA) pada September 2016.

Timbalan pendakwa raya dalam kes itu kaji setiap bukti yang tersedia oleh polis termasuk bukti baru. Oleh sebab tak cukup bukti untuk buktikan kes prima facie terhadap suspek-suspek atau orang lain, Timbalan Pendakwa Raya membuat kesimpulan buat kali kedua pada Februari 2018 bahawa siasatan tak perlu diteruskan.

Aduan yang kata takde siasatan dijalankan  polis pada tahun 2016 adalah tak benar

Peguam Negara kata surat aduan bertarikh 3 Jun 2019 dah dihantar oleh ibu pelajar tu kepada Majistret yang mengadu bahawa takde tindakan telah diambil terhadap pelaku walaupun dia telah membuat dua laporan polis pada 2016.

“Majistret memutuskan untuk mengambil maklum mengenai aduan ibu mangsa. Pada 5 Ogos 2019, Majistret menyerahkan kepada Pejabat Pendakwa Negeri Perak notis menyatakan bahawa kes ini telah ditetapkan untuk disebut pada 9 Oktober 2019 di hadapan Majistret untuk ibu mangsa diperiksa berhubung dengan surat aduannya.

Pemeriksaan akan dijalankan oleh Majistret dalam menjalankan kuasa Majistret di bawah Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah (CPC),”- Peguam Negara, seperti dilaporkan Sinar Harian

S1
Via Sinar Harian

Pejabat Pendakwa Perak beri respon kepada Majistret melalui surat bertarikh 27 Ogos 2019 dengan memberikan maklumat mengenai status sebenar siasatan dan menjelaskan bahawa NFA telah diarahkan.

Pejabat Pendakwa Negeri Perak jelaskan bahawa ibu mangsa tak seharusnya memfailkan aduan di bawah Seksyen 133 CPC kerana polis dah buka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa ibu pada 2016, perkara tu disiasat dan keputusan NFA telah dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Minggu lepas, ada media melaporkan bahawa Majistret menolak permohonan ibu mangsa di bawah Seksyen 133 CPC. Sebuah portal berita laporkan pada 14 Oktober 2019 – Majistret buat keputusan selepas mahkamah terima surat dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perak yang memperincikan arahan bertulis di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Ayuh kecam! Via Giphy

Menurut Peguam Negara, laporan tu tak benar. Takde arahan tertulis yang dikeluarkan olehnya dan sebenarnya lanagsung tak disebut dalam surat Pejabat Pendakwa Negeri Perak kepada Majistret. Thomas kata, laporan yang sama juga nyatakan bahawa portal tu sedang mendapatkan penjelasan daripada beliau tentang mengapa kes itu diarah untuk dibuang.

“Sekali lagi, ini tidak benar. Pejabat perhubungan raya Jabatan Peguam Negara ataupun saya sendiri tidak menerima sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan dari mereka. Laporan yang tidak tepat itu pada 14 Oktober dikutip oleh banyak portal lain, ” Peguam Negara, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Menurutnya, dalam undang-undang, Majistret tak seharusnya mengambil maklum di bawah Seksyen 133. Dia kata, aduan ibu mangsa bahawa tiada siasatan dijalankan berhubung laporan polis yang dibuatnya pada 2016 adalah tidak benar.

https://www.youtube.com/watch?v=j3SMmoDPOxg

Majistret hanya boleh jalankan kuasa untuk memeriksa pengadu di bawah Seksyen 133 CPC, jika takde siasatan dilakukan oleh pihak polis. Dia kata, keputusan Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes tu adalah selaras dalam menjalankan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam macam ni, seperti ribuan kes lain, kuasa untuk tak mulakan prosiding jenayah/NFA telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Pendakwa Raya.

Kita kena fahami undang-undang sebelum nak buat sesuatu…

Benda kalau libatkan undang-undang atau siasatan ni memang kompleks, sebab banyak benda yang kita kena ambik tahu. Kami sendiri pun selalu ada masalah nak fahami benda-benda pasal perundangan, mujurlah kami ada kawan yang selalu jelaskan benda-benda pasal undang-undang secara ringkas. Jadi, kalau korang nak protes atau bantah sesuatu, pastikan korang tahu undang-undang yee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *