Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Wqwq
BeritaTeknologi

Laman e-bayar UM digodam, data-data penting ini dipaparkan…

By Subeditor
October 21, 2019 3 Min Read
Comments Off on Laman e-bayar UM digodam, data-data penting ini dipaparkan…

Ramai orang tengah berdebat tentang aksi seorang mahasiswa Universiti Malaya yang melakukan protes ketika menghadiri graduasi. Macam biasalah; ramai yang tak bersetuju dengan tindakan brother tu, dan ramai pulak yang kata ia adalah bentuk protes biasa dalam konteks kebebasan suara dan demokrasi.

Awani1
Via Astro Awani

Graduan tu protes sebab dia rasa ada ucapan Naib Canselor semasa perhimpunan Maruah Melayu bersifat rasis, oleh sebab tu diorang mulakan kempen Undur Naib Canselor UM. Bagi yang rasa protes tu tak sesuai pulak – diorang gunakan hujah tempat dan waktu protes tu tak sesuai. Jadi kami sarankan korang baca pandangan kedua-dua pihak.

Nampaknya gerakan ni semakin dapat perhatian apabila ada pihak ceroboh laman e-bayar UM…

Sejumlah data peribadi kakitangan Universiti Malaya (UM) dibocorkan kat Internet selepas beberapa jam pautan pembayaran atas talian (e-bayar) milik universiti tu digodam. Pautan e-bayar yang ada kat dalam laman web rasmi UM tu digodam pada tengah malam Khamis minggu lepas menyebabkan nama pengguna serta kata laluan dibocorkan.

Cuba bayangkan kalau ada orang gunakan nama pengguna dan password e-bayar UM untuk akaun diorang yang lain, tak pasal-pasal kantoi.

Lolo1
Via MalaysiaKini

Perbuatan tu sebabkan maklumat gaji ahli akademik dan bukan akademik termasuk nama dan akaun bank individu, nombor cukai pekerja, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, maklumat jabatan dan pangkat terdedah kepada umum.

Kalau ikut cerita dari portal teknologi lowyat.net, sejumlah besar maklumat peribadi milik staf akademik dan bukan akademik UM dibuang daripada dalam talian. Katanya, hampir 24,000 emel ID login dan kata laluan dipercayai daripada pautan pembayaran e-bayar tu dibocorkan.

Via Giphy

“Sehingga Jun 2019, UM dilaporkan memiliki seramai 2,013 akademik tempatan dan 331 antara bangsa, 649 kakitangan pengurusan dan 2,877 kakitangan sokongan yang kami percaya menjadi mangsa pelanggaran data ini.”

Fail-fail yang bocor dimuat naik ke tapak perkongsian fail tanpa nama termasuk kata laluan dan pangkalan data. Ada kemungkinan lebih banyak data dan rekod kewangan termasuk dimiliki pelajar telah pun dikompromi.

Polis sahkan dah terima laporan dari Universiti Malaya, akan segera lakukan siasatan

Menurut portal tu, nombor akaun bank sepadan dengan nama kakitangan, nombor MyKad dan ID kakitangan.

Lolo2
Via Sinar Harian

Katanya, bahagian kedua pula dengan saiz yang agak kecil tetapi mengandungi maklumat sulit tambahan seperti nombor cukai pendapatan, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), jabatan, lokasi cawangan, jawatan serta maklumat gaji.

“Kami juga mengesahkan penemuan hampir 24,000 e-mel ID dan kod kata laluan berada di dalam bahagian kedua. Kami mempunyai alasan yang cukup untuk percaya bahawa data ini adalah sebahagian daripada laman e-bayar yang telah digodam,” – Menurut laporan LOWYAT

Selepas serangan siber terhadap pautan e-bayar UM berlaku, portal tu beri amaran bahawa penggodaman tu akan beri risiko tinggi terhadap kebocoran lebih banyak data. Katanya, diorang ambil langkah yang perlu dengan maklumkan kebocoran data tu kepada pihak berkuasa sebelum menerbitkan artikel.

Polis sahkan terima satu laporan daripada pihak Universiti Malaya (UM) berhubung insiden laman web universiti itu yang digodam, baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kata, laporan dibuat oleh Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UM.

Hati-hati hacker, polis mencarimu. Via Giphy

Ya, polis terima satu laporan yang dibuat di Balai Polis Pantai. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Jenayah Komputer 1997,” – Tan Sri Abdul Hamid, katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kepentingan keselamatan internet dan perlindungan data peribadi…

Untuk pengetahuan korang, editor-in-chief kami tengah berada kat German untuk hadiri bengkel berkenaan keselamatan internet dan kebebasan bersuara. Dia kata kat kami; kesedaran tentang keselamatan Internet yang ada kat negara kita ni agak kurang, sedangkan ramai gila orang guna Internet.

Contohnya, ramai je orang guna nama pengguna dan password yang sama untuk semua media sosial atau apa-apa akaun kat yang dia buat kat Internet. Benda-benda macam ni akan sebab data peribadi seseorang tu lebih mudah untuk dicuri…

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Ironman Hologram Maju Masa Depan
Previous

Lelaki genius dari Malaysia ni dah macam Iron Man, cipta macam-macam

P2
Next

Kes CABUL pelajar tahfiz digugurkan, ini sebab diberikan Peguam Negara

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme