Gagal SPM, pemudi ni ke Korea dengan duit RM700 untuk jadi penterjemah

F54
Gagal SPM, pemudi ni ke Korea dengan duit RM700 untuk jadi penterjemah

Korang mesti kenal dengan ramai kumpulan K-Pop terkenal dunia kan? Kalau korang nak tahu, setiap kali arti-artis K-Pop ni datang buat konsert kat Malaysia sebenarnya ada seorang penterjemah bahasa mereka. Salah seorang tu bernama Shah Azham, orang Malaysia. Baru-baru ni tular dekat Twitter tentang kisah Shah Azham ni yang mana kisahnya sangat memberikan inspirasi kepada ramai anak muda di luar sana tau.

Black Pink
Via: pinterest.com

Permohonan Universiti telah ditolak, perniagaan pula tak beri keuntungan…

Semasa berada di bangku sekolah, Shah Azham bukanlah seorang pelajar yang digelar sebagai “ulat buku” dan sebab tu keputusan peperiksaan SPM yang diperolehinya pun agak mengecewakan. Selepas SPM, permohonan Shah telah ditolak oleh Universiti mungkin berpunca daripada Shah sering sahaja diserang ‘acute migraine’ sejak berumur 10 tahun.

Selepas tamat persekolahan, minat Shah Azham yang mendalam dalam bidang multimedia telah dorongnya untuk buka sebuah syarikat berkaitan dengan rekaan grafik.

Via Giphy

Namun, pada dua tahun pertama operasi perniagaannya tak beri keuntungan yang memberansangkan. Malah dia pernah dapat keuntungan hanya sebanyak RM24 je dalam masa sebulan. Untuk pengetahuan korang, sebelum jadi penterjemah bagi kumpulan penyanyi Korea, Shah juga pernah bekerja dengan sebuah syarikat penyiaran Malaysia dan bantu diorang dalam siapkan projek muzik video dan sebagainya.

“Pada masa tu, rasa nak gelak ada, nak nangis pun ada. Tapi Shah fikir I’m doing something that I like. Dalam masa yang sama Shah perasan muzik Korea, drama dan sebagainya telah menjadi satu fenomena di Malaysia.” – kata Shah

Mula belajar bahasa Korea secara sendiri, pernah terbang ke Korea dengan duit RM700 je…

Melihat kepada fenomena tu, Shah telah ambil inisiatif untuk belajar bahasa Korea secara sendiri melalui Internet dan buku kerana pada masa tu untuk ke kelas bahasa sangat mahal. Selepas beberapa bulan, Shah telah dapat berhubung dengan beberapa orang untuk bantu dalam rekaan bagi NGO di Korea. Dari situ, Shah mula menyedari akan kelebihan berbahasa asing dapat memberi peluang yang kita tidak pernah impikan dan jangkakan.

B17e02abc78438275be16154fa0301e1
via : Malaysiakini

Tambahnya lagi, dia telah berkesempatan untuk jumpa dengan duta Korea di Malaysia dan telah berbincang mengenai kepentingan bahasa dan budaya antara kedua-dua negara. Untuk pengetahuan korang, selepas sahaja enam bulan, Shah telah bertekad untuk terbang ke Seoul, Korea dengan wang simpanan sebanyak RM700.

Semasa berada di Korea, dia telah tinggal di sebuah dorm yang mana dia berkongsi bersama seramai 16 orang dan makan roti tiap hari. Selama empat belas bulan tinggal di dorm tersebut, Shah telah berjaya dapat ramai kawan Korea dan banyak belajar bahasa ibunda mereka pada masa tu.

“Ada satu hari tu kawan Korea saya yang tinggal di Malaysia telah menghubungi saya dan kata ada event organizer yang cari concert interpreter yang boleh berbahasa Korea, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi saya sahut cabaran tersebut dan pulang ke Malaysia. Dari situ bermulalah banyak organizer lain yang panggil saya untuk bekerja di konsert dan event Korea.” – kata Shah

Pengalaman menjadi penterjemah dalam konsert Black Pink yang sangat mencabar…

Pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh Shah adalah ketika dia bertugas di konsert Black Pink pada 23 dan 24 Februari lalu yang telah dihadiri seramai 14,000 peminat kumpulan tu. Menurut Shah, semasa dia bekerja untuk konsert Black Pink adalah merupakan satu cabaran yang baru baginya kerana saiz konsertnya yang jauh lebih besar berbanding konsert-konsert yang ada sebelum ini.

Kolase Foto Shah Azham Dan Blackpink
Via: solo.tribunnews.com

Selain tu, Shah juga menyatakan bahawa peralatan dan konsol semuanya telah dibawa daripada Korea dan ini memang amat susah untuk seorang pekerja tempatan tapi mereka sangat profesional dan jadikan Shah dapat belajar dengan pantas cara bagaimana orang Korea menguruskan sesuatu pekerjaan diorang. Dalam pada tu, dia juga mengatakan bahawa ahli kumpulan Black Pink sangat profesional dari aspek masa, latihan dan pemeriksaan audio.

“Saya boleh tinggalkan semuanya sebelum ini kerana saya tiada apa pun dari permulaan. Tapi jika anda ada peluang untuk belajar, ada akses kepada bidang pekerjaan, teruskan. Bahagikan masa untuk masih belajar dan buat sesuatu yang dapat menggembirakan diri sendiri.” – kata Shah

Shah Azham Muzikal 1 Ohsem 3
Via : freemalaysiatoday

Bukan akademik sahaja yang mampu menentukan kejayaan hidup seseorang…

Dalam hidup ni, kalau kita gagal sekali itu bukan bermaksud kita akan gagal selama-lamanya dan korang harus bahawa ingat bukan akademik sahaja yang boleh menentukan kejayaan dalam hidup seseorang tu. Ada ramai jer orang yang tak berapa nak berjaya dalam akademik tetapi dia lebih berjaya dalam bidang yang diorang ceburi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top