Zaman Malaysia Baharu pun nak ‘gam’ artis dari lakukan kritikan?!

F1

Walaupun masih ramai yang mengkritik prestasi Pakatan Harapan setelah menang pada PRU14, ada satu benda yang tak kita tak boleh nafikan dilaksanakan PH dengan hebat – iaitu kebebasan bersuara dan media. Sehingga hari ini mereka sedang cari kaedah untuk cari mekanisme membezakan kebebasan bersuara dan berita palsu. Kemudian, mereka juga sedang berhadapan dengan isu ‘freedom of speech vs hate speech‘.

Via Giphy

Satu benda lagi yang perlu diiktiraf oleh Pakatan Harapan adalah kebebasan berkarya. Kebebasan yang patut diberikan kepada orang-orang seni berekspresi dalam karya atau satira mereka. Ramai yang jadi anggota kerajaan hari ini marah apabila kartun badut Fahmi Reza pernah disekat kerana mahu orang seni bebas berkarya. Hari ini – walaupun PH dah jadi kerajaan, masih ada anak seni yang nak ‘digam’ kerana kritik PH dalam satiranya?

Menjadi kerajaan memang akan dihujani kritikan, oleh itu peribadi harus besar dan hati tak boleh tisu…

Kami agak terkilan apabila hujung bulan lepas ada seorang pelawak ‘digam’ kerana lakukan sindiran terbuka kepada Pakatan Harapan dalam Persembahan Akhir Maharaja Lawak Mega 2019. Kami pun tak tahu siapa yang ’tisu’ sangat – sampai nak gam pelawak ni. Kalau ahli-ahli politik tisu ni pergi dekat negara Eropah, mesti diorang hilang akal – sebab pelawak dekat sana kritik ahli politik kaw-kaw punya.

https://www.youtube.com/watch?v=3waSNo5gy9k&t=78s

Bulan lepas, Ilya Buang Shaharum atau lebih dikenali Pak Ya terkilan kerana namanya dikatakan digam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hingga dilarang buat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung di Royal Teater, Shah Alam.

Pak Ya kata, ketika terima berita tu, dia dah ada kat Shah Alam untuk mulakan episod pertamanya, namun tak sangka pihak produksi memaklumkan dia tak boleh buat persembahan.

“Buat masa ini, saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan kerana pihak produksi sedang dalam perbincangan dengan MBSA supaya saya dibenarkan membuat persembahan di sana. Ini satu berita yang amat mengejutkan dan sedih. Saya harap ada berita baik yang bakal disampaikan pihak produksi. Kalau diikutkan esok ada rakaman Sepahtu Reunion Al Puasa, malangnya saya masih tidak boleh membuat persembahan dan difahamkan rakaman itu dibatalkan,” – Pak Ya, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro

S1
Pak Ya. Via Beautiful Nara

Benda ni dikatakan ada kena-mengena dengan dialognya semasa final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, kerana dikatakan menyindir kerajaan. Kata Pak Ya; sekiranya pengisian malam final MLM 2019 tu disifatkan sesuatu yang kontroversi, mesti pihak produksi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dah ambil tindakan.

“Janganlah buat saya begini. Kalau tiada kerja macam mana saya nak sara keluarga dan teruskan kehidupan. Saya sanggup berulang alik dari Chemor ke Shah Alam demi menghiburkan peminat dan kerjaya yang saya cintai ini. Saya harap apa yang berlaku ini ada jalan penyelesaian. Rindu sangat nak bersama dengan keluarga Sepahtu Reunion,” – Pak Ya, seperti yang dilapokan Berita Harian

Via Giphy

Alih-alih kena minta maaf pulak, baru boleh buat persembahan?! Ironi betul.

Kami tengok kot persembahan final tu, dia bukan cakap direct PH ni tak bagus. Masa tu dia tengah sembang pasal penapis air, kan penapis air ada pH. Masa tu dia katalah – pH air ni tak berapa baik. Benda tu je kot, macam manalah kita nak berbangga dengan kebebasan bersuara kalau benda simple macam ni pun nak ambik hati.

Isu ni dikatakan dah selesai selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima permohonan maaf daripada Pak Ya dan dua lagi ahli kumpulan Rare. Pihak MBSA turut luluskan semula permit hiburan kepada Pak Ya untuk buat persembahan program Sepahtu Reunion 2020 di Royal Teater, Shah Alam.

S1
Ahli kumpulan Rare. Via MSTAR

“Untuk rekod, MBSA telah menerima permohonan maaf daripada anggota Kumpulan Rare di atas pelanggaran syarat permit hiburan semasa program Maharaja Lawak Mega 2019 yang berlangsung di Teater Shah Alam,” – Dipetik dari MStar

Kumpulan Rare buat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyindir kerajaan ketika buat persembahan di final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 pada 10 Januari lalu. Kami yang rapat dengan beberapa orang seni memang terkilan dengan benda ni – orang-orang seni harus dibiarkan bebas berkarya dan bersikap kritikal terhadap kerajaan. Memang dari dulu seni digunakan oleh orang yang tak mempunyai suara, untuk bersuara.

Bukan setakat Pak Ya je yang tak perlu minta maaf, kami rasa Drama Band pun tak perlu minta maaf…

Sebelum korang label kami macai pembangkang, kami nak cakap satu benda lagi. Kami rasa Drama Band tak perlu pun minta maaf atas persembahan diorang troll Najib Razak dan Rosmah. Sebab benda-benda ni, benda seni. Macam yang kami kata kat atas – orang seni harus dibebaskan dari berkarya dan mengkritik dalam karyanya. Berbeza dengan Pak Ya yang kritik PH kena gam, Drama Band ni mungkin tak akan kena gam sebab troll Najib. Cuma ramai netizen yang kritik dan sebab tu diorang minta maaf.

https://www.youtube.com/watch?v=TnX6hbu-F8c

Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza pertahankan persembahan pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 sebagai kritikan sosial yang disampaikan dalam bentuk satira. Katanya diorang tak berniat mengecam atau menjadikan karakter mana-mana individu sebagai sindiran, Aepul bagaimanapun memohon maaf atas keterlanjuran mereka.

“Saya mewakili Drama Band memohon maaf atas keterlanjuran kami dalam persembahan malam tadi. Jika ada yang meneka watak dibawa ke pentas ditujukan kepada mana-mana individu, kami tidak mampu menghalang. Bagaimanapun, selepas ini, kami akan lebih berhati-hati dalam persembahan dan tidak mengetengahkan lagi isu sensitif,” – Aepul Roza, seperti yang dilaporkan Berita Harian

S1
Macam kenal je. Via MDL

Ketika menyanyi di AJL, lagu Drama ciptaan Aepul, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib; Drama Band yang diiringi penari, menonjolkan beberapa karakter yang dilihat seakan-akan menyindir selebriti, pendakwah bebas, ahli politik dan pemimpin. Atas sebab tu, TV3 tidak menyiarkan klip video persembahan band itu di akaun YouTube.

Orang seni perlu terus jujur dalam berkarya, kumpulan seni harus lebih bersatu

Kami terkejut apabila takde kumpulan seni yang menonjol mempertahankan tindakan kumpulan Rare apabila diorang dihalang buat persembahan di Shah Alam. Kami fikir dalam era Malaysia Baru ni – kita tak akan dengar lagi orang seni disekat di sana sini. Lebih-lebih lagi punca sekatan itu terlalu picisan, dan kalau tengok pun, macam tak logik kena sekat. Lainlah kalau dia terang-terang kutuk PH pada platform tu, itu benda lain.

S12
Via FB Berita Benar

Orang seni besar peranannya, seperti juga wartawan – mereka jadi blok ketika dalam mengimbangi blok kerajaan-pembangkang dalam amalan demokrasi. Berbeza dengan wartawan yang tentunya akan dapat solidariti yang besar sekiranya disekat atau ditindas; orang seni sering kita terlepas pandang. Seni mengajarkan kita untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza, bukan sekadar menghiburkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *