Tujuh pemain bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

Masa kat sekolah dulu, kalau boleh kita semua nak jadi pemain bola sepak. Mana tidaknya, kalau tengok gaji-gaji pemain utama dalam suka bola sepak, mesti liur meleleh. Tapi, kalau korang nak tahu bukan kat sekolah je tau pemain bola sepak ni menjadi kegilaan ramai. Artis pun ramai yang menjadikan pemain bola sepak ni sebagai suami mereka. Hah, kat bawah ni korang boleh tengok senarai nama pemain bola sepak yang dah pun berkahwin dengan artis.

1. Azman Adnan dan As Feminin

Korang semua kenal tak dengan Azman Adnan? Azman Adnan ni merupakan salah seorang legenda bola sepak tanah air kita yang mana merupakan bekas pemain kebangsaan dan pasukan Selangor pada suatu masa dulu.

Imej dari Lubuk Maklumat

Beliau merupakan seorang pemain yang hebat dan pernah dilabel sebagai pemain termahal Malaysia pada zaman kegemilangan beliau. Walaupun perkahwinan beliau bersama Haleeda yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi berakhir dengan perceraian tetapi beliau telah memilih penyanyi kumpulan Feminin iaitu Asfarina Muhamad ataupun lebih dikenali sebagai As Feminin sebagai teman hidupnya yang baru. Mereka telah berkahwin pada 14 Disember 2004 dan telah memiliki empat orang cahaya mata sehingga kini.

2. Azlisham Ibrahim dan Wan Khatijah

Bekas penjaga gol kebangsaan dan pasukan Selangor iaitu Azlisham Ibrahim telah berkahwin dengan seorang bekas pemenang Dewi Remaja 1995/1996 dan seorang wainta berdarah kacukan Melayu-Perancis iaitu Wan Khatijah Wan Othman. Mereka berdua telah bercinta sejak zaman Wan Khatijah masih belajar dekat UITM Jengka lagi.

Imej dari Media Hiburan

Selepas Wan tamat pengajian, mereka berdua pun berkahwin dan hasil daripada perkahwinan tersebut mereka kekal bahagia sehingga kini dan telah memiliki lima orang cahaya mata.

3. Subadron Abdul Aziz dan Salwa Abdul Rahman 

Subadron Abdul Aziz merupakan seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Kuala Lumpur telah berkahwin dengan seorang artis yang sangat popular suatu ketika masa dulu iaitu Salwa Abdul Rahman ataupun lebih dikenali sebagai Salwa.

Via Media Hiburan

Perkahwinan mereka berdua telah mendapat ramai perhatian pada suatu ketika dahulu kerana mereka berdua sangat popular dalam lapangan ataupun bidang mereka masing-masing. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata dan kekal bahagia sehingga kini. Selain itu, Salwa turut merakamkan semula lagu Bintang Sukan Ku dan Bintang Di Sayang yang telah ditujukan khas buat suaminya.

4. Zaquan Adha dan Ayu Raudhah

Korang semua mesti kenal kan dengan penyerang utama berbisa skuad Harimau Malaya iaitu Zaquan Adha. Alah, adik-beradik kembar yang pernah bermain bersama pada zaman kegemilangan pasukan Negeri Sembilan suatu ketika dulu tu.

Via MStar

Beliau telah berkahwin dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari 2011 dan hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.

5. Shahril Asrat dan Ani Morat 

Kalau korang peminat pasukan Selangor, korang mesti kenal kan dengan nama Shahril Asrat ni? Bekas lagenda bola sepak pasukan Selangor iaitu Shahril Asrat telah berkahwin dengan seorang pelakon iaitu Ani Morat pada tanggal 10 Mac 2000.

Media Hiburan

Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

6. Izham Tarmizi dan Mia Ahmad

Siapa yang tak kenal dengan benteng pertahanan terakhir pasukan kebangsaan dan pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi kan? Beliau telah berkahwin dengan seorang pelakon hebat tanah air iaitu Shamiha Ahmad Baderi ataupun lebih dikenali sebagai Mia Ahmad pada 13 Januari 2017.

Imej dari MStar

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel bernama Sayf Issa. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

7. Khairul Fahmi Che Mat & Lieuney Natasha

Siapa masih ingat semasa Khairul Fahmi Che Mat ataupun lebih mesra dengan panggilan Apek menjadi hero kepada seluruh Malaysia suatu ketika dulu setelah beliau mempamerkan aksi yang sangat baik semasa final AFF Suzuki Cup.

Imej dari Buidey

Bak kata pepatah, jika MU ada De Gea Malaysia ada Apek. Beliau telah berkahwin dengan Lieuney Natasha yang merupakan seorang model dan bekas juara Bintang Kecil. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka berdua telah diberikan tiga orang cahaya mata.

Hahhh…ada motivasi baru tak jadi pemain bola?

Hah, amacam ada tak pemain bola sepak ataupun artis kegemaran korang dalam list kat atas tu? Kita doakan semoga mereka berkekalan sehingga akhir hayat. Jadi macam mana? Korang dah dapat motivasi baru tak untuk jadi pemain bola sepak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *