Tragedi Kapal Sriwijaya Air terhempas, ini rupa-rupanya usia pesawat tersebut

F12
Tragedi Kapal Sriwijaya Air terhempas, ini rupa-rupanya usia pesawat tersebut

Belum jauh kita menelusuri angin 2021, kita dikejutkan lagi dengan kejadian menyayat hati yang meragut nyawa puluhan orang di Indonesia. Siapa sangka, pesawat Sriwijaya Air yang dikatakan belum mempunyai sebarang kejadian terhempas ni boleh mencatat rekod malang tersebut pada tahun ni. Untuk pengetahuan korang, Sriwijaya Air ni antara syarikat penerbangan yang popular jugak di negara tersebut.

728 X 90

Kali ni, kami nak kupas sikit apa yang dah berlaku kat Sriwijaya Air dan bagaimana ia boleh memberi impak kepada industri penerbangan Indonesia. Ada kata industri penerbangan Indonesia ni sedikit bermasalah jugak, jadi sebab tu perkara macam ni selalu berlaku di sana…

Pesawat SJ 182 rupanya dah 26 tahun usianya, terbang menuju negeri abadi

Sepertimana yang kita tahu setakat ni, sebuah pesawat Boeing 737-524 yang dimiliki oleh Sriwijaya Air membawa 62 penumpang termasuk anak kapal terhempas di perairan Indonesia pada awal Januari. Ramai nelayan di kawasan Pulau Lanchang melaporkan melihat sendiri kapal tersebut terhempas, disusuli dengan bunyi ledakan yang kuat. Mereka kemudiannya terus segera ke arah bunyi tersebut dan menemui banyak sisa serpihan kapal dan penumpang (ye, termasuklah kulit dan sisa daging manusia).

Pesawat SJ 182 dikatakan dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak, biasanya mengambil masa selama 90 minit. Tentulah tiada siapa yang menjangkakan perkara buruk tu akan berlaku, bahkan ada melaporkan salah sorang mangsa pesawat tersebut sempat kemaskini status di media sosial mereka. Ratih Windania bersama dua orang anaknya memuatkan gambar terakhir mereka dengan kapsyen: “Bye-bye keluarga semua, kita pulang kampung dulu ya”.

Ratih Windania
Rupanya perkongsian terakhir… Via Mstar

Begitu jugak dengan Kapten Afwan yang sempat menuliskan nota terakhir buat isterinya. Sebelum pemergiannya dalam penerbangan terakhir tu, dia sempat berpesan kepada sahabatnya supaya jangan lupa tunaikan solat subuh dan sering menyarungkan kopiah putih sebelum memulakan penerbangan. Dalam nota yang ditinggalkan untuk isterinya pulak, dia sempat mengucapkan terima kasih dan meminta maaf kepada isterinya. Isterinya kata pagi tu, dia pergi tergesa-gesa ke tempat kerja sehingga tak sempat pun gosok baju.

Kejadian tersebut berlaku pada Sabtu 9 Januari, dengan tiada tanda mangsa terselamat diumumkan keesokkan harinya oleh pasukan penyelamat selepas menilai sendiri tahap kerosakan yang dialami oleh pesawat tersebut. Kapal tentera yang dikerah untuk operasi mencari dan menyelamat tu kemudiannya diarahkan untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam. Kotak hitam ni merekod apa yang berlaku dalam pesawat tersebut, dan selalunya memberikan gambaran tentang apa yang dah berlaku pada sesebuah pesawat.

Agung Pesan Sriwijaya
Nota terakhir Kapten Afwan… Koolfm

Laman sesawang FlightRadar24 melaporkan pesawat SJ 182 ni sebenarnya sudah berumur 26 tahun dan telah berpindah milik kepada Sriwijaya Air sejak 2012 lepas digunakan oleh dua syarikat penerbangan lain iaitu Continental Air dan United Airlines Holdings Inc. Walaupun begitu, pengarah Sriwijaya Air Jefferson Irwin Jauwena kata kapal tu berada dalam kondisi yang baik. Sebelum tu, jadual penerbangan SJ 182 ditunda selama 30 minit kerana faktor cuaca lebat.

Di sebalik tragedi ni, ada laporan media kata 2 orang penumpang yang sepatutnya naik tu tak naik-naik pesawat tersebut. Salah sorangnya kini tular kisah kecurangannya, apabila dikatakan penumpang lelaki yang dah berkahwin tu sepatutnya naik pesawat SJ 182… tapi melencong dengan teman wanitanya ke Bali pulak. Mengikut tangkap layar perbualan lelaki tersebut dengan pekerjanya, kelihatannya lelaki tu bingung dah sebab ramai dah tunggu jenazah lelaki tu di rumahnya.

Selingkuh Indonesia
Semoga taubat ye bos.. -via Lobakmerah

Industri penerbangan Indonesia sengit, model bisnes Sriwijaya Air nampaknya turut tambah masalah

Situasi industri penerbangan Indonesia sebenarnya agak kompleks dan penuh dengan masalah, baik dari segi kualiti latihan seseorang kapten hinggalah kepada faktor semula jadi sendiri. Sorang wartawan SCMP Meghan Tobin pernah menulis sebuah artikel pasal situasi industri penerbangan Indonesia pada 2018 lepas pesawat Lion Air terhempas di Indonesia, mengorbankan 189 orang mangsa.

Salah satu sebabnya adalah keadaan geografi Indonesia tu sendiri. Kadangkala menara kawalan terpaksa urus laluan trafik yang sibuk dalam ruang kapal terbang yang sempit kerana faktor infrastruktur yang kurang memuaskan dan tak sesuai. Perkembangan industri penerbangan di Indonesia turut dipergiat dengan model bisnes popular di awal 2000, iaitu dengan membeli dan gunakan semula pesawat ‘second-hand’.

Sriwijiaya Air
Via Insider.com

Model bisnes ni jugaklah yang melonjakkan Sriwijaya Air menjadi syarikat penerbangan ke-3 popular di Indonesia. Mereka gunakan strategi bisnes membeli pesawat lama dengan harga murah dan menghidupkan semula laluan lama yang tak lagi disediakan oleh syarikat-syarikat penerbangan lain, misalnya dari ibu kota Jakarta ke Pontianak, Kalimantan. Model bisnes begini sedikit berbeza dengan AirAsia, yang mana turut menawarkan tambang kos rendah dengan jumlah yang besar untuk membeli pesawat baharu. Jadi kebanyakan pesawat kepunyaan Swijiaya Air ni sebenarnya dah berusia dalam lingkungan 20 tahun termasuklah SJ 182.

Takde masalah beroperasi guna pesawat lama; yang penting ia kenalah sentiasa diselenggara. Oleh tu, kos penyelenggaraan tu pun akan lebih mahal dan begitu jugak dengan kos pengoperasian sebab pesawat lama biasanya kurang jimat minyak. Persaingan harga turut menekan Sriwijaya Air, lalu membuatkan Sriwijaya Air terpaksa berhutang banyak dengan syarikat penyelenggaraan, GMF AeroAsia.

Sriwijaya Reuters
Sisa yang ditemui.. Via VOAnews

Kami tak nak berspekulasi sekiranya kecuaian syarikat tersebut menjadi punca tragedi, ataupun kualiti seseorang juruterbang turut menyumbang kepada kejadian malang tu. Kami cuma nak kata usia pesawat mungkin boleh menjadi salah satu faktor. Apa-apa pun, biar kita tunggu keputusan siasatan terlebih dahulu.

Dalam kesempatan ni, kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga dapat ditemukan jawapan tuntas yang boleh dijadikan iktibar kepada syarikat penerbangan lain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top