Wakil MCA kecam tindakan tolak undang-undang berat sebelah Parti Komunis China

F1
Wakil MCA kecam tindakan tolak undang-undang berat sebelah Parti Komunis China

Beberapa hari lepas, seramai 191 anggota parlimen dan mereka yang bertanggungjawab membina dasar dari 23 negara telah mengeluarkan kenyataan mengecam “pengenalan undang-undang keselamatan negara secara sepihak” oleh Beijing dan meminta mereka yang bersimpati untuk bersatu menentang pelanggaran “Deklarasi Bersama China-Britain” ini.

Inisiatif ni dipimpin oleh bekas gabenor Hong Kong, Chris Patten, dan bekas Setiausaha Luar Negeri UK, Sir Malcolm Rifkind. Senarai mereka yang menyokong inisiatif ini termasuklah bekas perdana menteri, setiausaha luar negeri, menteri pertahanan, pakar undang-undang, pakar hak asasi manusia dan diplomat.

Charles Santiago dikecam kerana terlibat dengan gerakan antarabangsa yang menolak tindakan China

Untuk pengetahuan korang, ada ahli parlimen dari Malaysia yang sokong inisiatif ni; ahli Parlimen Klang. Benda ni menyebabkan seorang pemimpin MCA mengecam MP Klang tu. Menurut pemimpin MCA tu, Charles Santiago dah letakkan Malaysia dalam “kedudukan yang janggal” dengan menandatangani memorandum antarabangsa bersama membantah tindakan China.

Budakraya
Charles Santiago. Via TMT

Charles menandatangani memorandum tu atas kapasiti pengerusi ahli parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia. Anggota jawatankuasa pusat MCA Chew Kok Woh kata tindakan ni memalukan kerana Charles bergabung dengan penggubal undang-undang dan ahli politik Barat dalam mengkritik China sedangkan Hong Kong adalah sebahagian dari wilayah China.

“Sangat memalukan bahawa Charles telah bergabung dengan yang lain dengan meletakkan namanya dan nama Malaysia dalam kedudukan yang janggal kerana kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan China,” – Chew Kok Woh, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Budakraya
Chew Kok Woh. Via Nestla

Chew kata China bebas untuk menggubal sebarang undang-undang mengenai keselamatan di Hong Kong. Katanya – kita lihat keselamatan mula tak terkawal di Hong Kong dengan berlakunya rusuhan yang ganas, pelemparan bom dan vandalisme tak terkawal. Benda ni bukan demokrasi tapi ancaman terhadap demokrasi.

Dia kata macam tu kerana mengatakan Hong Kong perlukan undang-undang seperti tegas untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan untuk persekitaran perniagaan yang kondusif. Dia turut persoalkan apakah ini adalah kedudukan rasmi DAP khususnya Pengerusi DAP Tan Kok Wai sebelum ini adalah duta khas negara ke China.

Jonathan Bartlett Illustration For Foreign Policy
Macam itulah bro. Via FP

Ini bukan kali pertama MCA gesa kerajaan tak bercakap soal penindasan negara lain

Sebelum ni, MCA pernah mintak Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang akan menyinggung negara lain sehingga menjejaskan Malaysia, menerusi kenyataan Presiden MCA Wee Ka Siong pada waktu tu. Kata Wee, Jika Mahathir terus bercakap sesuka hatinya, ia hanya menyinggung banyak negara besar lain dan pastinya ia akan memberi kesan kepada negara.

Masa ni Wee merujuk kepada kenyataan Mahathir berkenaan undang-undang baru kewarganegaraan India, yang disifatkannya sebagai menafikan kewarganegaraan kepada sesetengah orang Islam. Benda ni memang jelas satu bentuk diskriminasi terhadap orang Islam.  Kenyataan Mahathir tu disangkal oleh India menerusi kementerian hal ehwal luarnya, yang menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai tak tepat dan menggesa agar Malaysia tak mengulas soal dalaman negaranya.

Pada 21 Disember lepas, kerajaan India dilaporkan panggil duta besar Malaysia di India untuk menyampaikan bantahan rasmi. Isu tu terjadi selepas beberapa bulan Mahathir bangkitkan konflik di Kashmir dan Jammu ketika Perbahasan Umum pada Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) September tahun lepas.

Wee turut bangkitkan kenyataan Mahathir berkenaan beberapa negara lain, antaranya apabila dia kata tentang “kolonialisme baru” semasa taklimat media bersama Perdana Menteri China Li Keqiang, ketika lawatannya ke Beijing pada Ogos tahun lalu, dia turut persoalkan isu jambatan bengkok dan harga air yang dijual kepada Singapura.

“Syukurlah… Mahathir tidak menyentuh tentang isu minoriti Uyghur di China dan tidak menyebabkan kita berterusan berbalah dengan China,” – Wee, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Budakraya
Masyarakat Uyghur. Via PS

Wee turut bangkitkan kenyataan Mahathir terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang pasti mengundang reaksi Amerika Syarikat. Ketika sidang media selepas penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, Mahathir kata dia “kalau boleh” nak kenakan sekatan kepada Trump, ketika bangkitkan tindakan negara besar yang menurutnya membuat keputusan sehala ketika mengenakan sekatan dagangan kepada negara yang lebih kecil.

Kita selalu dengar perkataan “komunis, jika DAP = Komunis, untuk MCA = ???

Sebelum ini kita sering diberitahu yang Pakatan Harapan khususnya kepada DAP adalah “komunis” dan berniat jahat dengan orang Islam. Satu persoalan kami hari ni; Adakah MCA berbeza dari DAP apabila mereka menyokong tindakan berat sebelah China dan bersyukur ketika Malaysia tak bercakap soal penindasan masyarakat Uyghur?

Malaysia sebagai salah satu anggota masyarakat antarabangsa sudah tentu sekali-sekala mengeluarkan kenyataan dalam isu-isu yang melibatkan penindasan dan ketidakadilan yang berlaku. Lebih-lebih isu yang melibatkan umat Islam yang dibantai. Adakah kita perlu berdiam dan menutup mata dengan semua ini, dan mengatakan ia tak boleh dilakukan kerana hubungan diplomatik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top