Perempuan dikatakan tak boleh jadi pemimpin? Empat tokoh ni buktikan sebaliknya

F1

Baru-baru ini tular di Twitter pasal perempuan tak sesuai bekerja. Ingatkan lelaki je misogynist. Tapi, bila perempuan yang tweet macam itu, nampak sangat misogynist ini tak kenal jantina baik lelaki mahupun perempuan. Ataupun dalam istilah lainnya, internalized sexism. Paling tak boleh blah, kaitkan dengan masalah PMS punca perempuan tak sesuai bekerja.

Ez486bnu0aapwae
Tweet berkaitan. Via Twitter

Kemudian, Dai Wan Dazrin pula tweet pasal perempuan tak boleh jadi pemimpin. Dah buat kajian, katanya… Yang ini pula cakap kajian dia termasuklah “pengalaman”. Oh, baru kami tahu ada kaedah kajian yang berdasarkan pengalaman peribadi. Kenapalah pensyarah kami tak ajar masa buat thesis tahun akhir dulu…

Ezyd8l6xkaastia
Tweet Dai Wan yang kecoh baru-baru ini. Via Twitter

Oklah, tak ada manfaatnya ambil peduli sangat dengan pendapat peribadi di laman Twitter, kan? Jadi, kalau Dai Wan punya kajian ikut pengalaman dia je, kami pulak nak ikut “pengalaman” COVID-19. Pandemik ini sememangnya dah mengancam bukan saja nyawa malah ekonomi negara di seluruh dunia buat masa ini. Tapi, dengan wabak ini jugalah, banyak benda dah berubah dan salah satunya, COVID-19 membuktikan pemimpin wanita di kebanyakan negara berjaya mengawal penularan wabak ini dengan sangat cemerlang.

Ft 17.03.02 Womenleaders Map
Via Pew Research Institute

Eh, pemimpin lelaki tak cemerlang ke?

Memanglah pemimpin lelaki ada saja yang cemerlang musim pandemik ini. Tapi, cuba kita kira balik nisbah pemimpin negara antara lelaki dan perempuan, berapa peratus sebenarnya negara yang dipimpin oleh wanita? Daripada peratusan itu, majoriti pemimpin perempuan dilihat sangat cemerlang dalam kepimpinan mereka.

Kali ini, kami nak memperkenalkan kepada anda pemimpin-pemimpin wanita di seluruh dunia yang berjaya mengawal penularan COVID-19 di negara masing-masing.

1. Tsai-Ing (Presiden Taiwan), ambil langkah segera sebelum COVID-19 diisytiharkan sebagai Pandemik oleh WHO

Taiwan adalah negara paling dekat dengan China, tapi kes-kes COVID-19 yang dikesan di sana sangatlah rendah. Negara ini pernah ‘sakit teruk’ semasa diserang dengan wabak SARS sekitar tahun 2000-2004 dahulu. Jadi, berbekalkan pengalaman mereka, mereka mengambil langkah agresif dalam membendung COVID-19 pula.

Img20200421151304896 800
Via majalah Time

Taiwan melaksanakan sebanyak 124 langkah pencegahan. Oh, ya, mereka juga tak buat lockdown. Antara langkah-langkah mereka ialah membuat sekatan perjalanan, perintah kuarantin kepada kontak rapat pesakit COVID-19 serta disinfeksi besar-besaran. Siapa Presiden negara ini? Perempuan! Namanya Tsai-Ing. Elok je dia jadi memerintah Taiwan…

2. K.K Shailaja, Menteri Kesihatan negeri Kerala di India, berjaya bendung COVID-19 sehingga menjadikan Kerala negeri paling selamat di India

Setakat hari ini (13 June 2020), India merupakan negara ke-4 paling tinggi kes positif COVID-19. Cabaran utama di India ialah kepadatan penduduknya yang sangat tinggi iaitu 1.38 billion orang. India mula mendapat kes COVID-19 di negeri Kerala dan ramai yang beranggapan, situasi di Kerala akan semakin sukar. Tapi amat mengejutkan, walaupun menjadi negeri pertama dijangkiti COVID-19, kes-kes di sana tidak meningkat dengan mendadak!

Freepressjournal 2020 03 845e2f70 B963 45fc Ac29 0a60907a936e Cats
K.K.Shailaja. Via Feminism in India

Terima kasih kepada menteri kesihatan di negeri ini, K.K. Shailaja. Dia arahkan setiap penduduk negeri ini buat pemeriksaan besar-besaran, mengorganisasi seramai 30,000 orang staf kesihatan awam, bina pusat kuarantin besar-besaran (kalau kat Malaysia macam ala-ala MAEPS) dan akhir sekali, perintah lockdown. Tindakan proaktif ini ternyata berkesan untuk kawal penularan wabak ini menjadikan kes di Kerala tidak meningkat mendadak seperti di negeri-negeri lain di India. Power tak?

3. Jeong Eun-kyeong, Pengarah Kesihatan Korea Selatan, pelopor kaedah “test, trace, contain”

Ujian swab, jejak kontak rapat dan kuarantin (test, trace, contain) adalah 3 langkah popular yang dilaksanakan oleh kebanyakan badan kesihatan awam di seluruh dunia yang mengendalikan wabak ini di negara masing-masing. Tapi, siapa yang mula-mula sekali perkenalkan strategi ini? Untuk pengetahuan anda, kaedah ini diperkenalkan di Korea Selatan.

Ramai yang memuji kerajaan Korea Selatan, hakikatnya, tak ramai yang tahu bahawa kaedah ini diperkenalkan oleh Jeong Eun-kyeong, pengarah Korea Centers for Disease ControlĀ  (KCDC) yang bertanggungjawab dalam mengendalikan wabak ini di sana. Hasil kepintaran wanita ini telah melonjakkan nama negara mereka sebagai ‘role model’ dalam pengendalian wabak COVID-19 ini. Inilah dia hero dari Korea Selatan, juga seorang wanita!

4. Jacinda Ardern, memimpin New Zealand dari serangan terorist sehingga bebas Pandemik COVID-19

Ada ramai lagi pemimpin wanita yang berjaya kawal wabak ini. Tapi yang ini paling power dalam senarai. Sebab apa? Pada 8 Jun 2020, sudah tidak ada kes aktif dilaporkan di New Zealand apabila pesakit terakhir sudah keluar dari hospital (discharge). Ini menjadikan New Zealand bebas COVID-19 buat masa ini.

101692897 280062020036048 6332501565454982229 N
Via FB

Sudah tentu, bila kita sebut New Zealand, kita juga pasti akan kenal pada Perdana Menterinya, Jacinda Ardern. Ardern sangat popular sejak serangan terorist di sebuah masjid di New Zealand. Kepimpinannya yang penuh empati, tidak mengira warna kulit telah menambat hati bukan saja rakyatnya, malah seluruh dunia juga. Apa yang menariknya pasal PM New Zealand ini, pada penggal pertama saja dia dah berhadapan dengan krisis besar seperti serangan terorist, letusan gunung berapi dan pandemik COVID-19. Dan dalam masa yang sama, dia juga seorang ibu kepada anak kecilnya.

Apalah sangat masalah PMS tu, Jacinda Ardern ni elok je siap bawa anak masuk parlimen lagi. Kesimpulannya, misogynist kalah dengan COVID-19.

Empat tokoh yang kami berikan ni membuktikan hujah wanita tak boleh jadi pemimpin tu salah

Melihat kepimpinan yang ditonjolkan oleh keempat-empat tokoh yang kami sebutkan ni, kami rasa; mesti korang setuju kalau kami cakap wanita pun boleh jadi pemimpin. Dalam keadaan dunia hari ini yang gemar mendiskriminasi kaum-kaum tertentu seperti wanita atau warga minoriti – kita sepatutnya berusaha untuk menjadikan dunia ini lebih adil. Semua manusia perlu diberikan peluang yang sama rata.

Leave a Reply

Your email address will not be published.