Bagaimana kita nak isytiharkan Malaysia bebas dari Covid-19? Dr Hisham beritahu caranya

F1
Bagaimana kita nak isytiharkan Malaysia bebas dari Covid-19? Dr Hisham beritahu caranya

Dengan pembukaan semula ekonomi, kami dapat lihat kebanyakan perniagaan dah beroperasi seperti biasa. Cuma, diorang kena patuhi “normal baharu”, dan kita pun selalu dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga. Kita patut bersyukur kerana Malaysia merupakan di antara negara yang terbaik dalam membendung penularan Covid-19 ni. Setiap hari kita nantikan pengumuman dari Ketua Pengarah Kesihatan, dah macam tunggu keputusan raya kan?

Jom serbu kedai-kedai, untuk membantu proses pemulihan ekonomi. Via Giphy

Cuma, buka ekonomi ni ada risikonya yang tersendiri. Kalau tiba-tiba muncul kluster baru akibat ada orang yang cuai, kita mungkin akan melihat peningkatan kes yang mendadak. Benda ni kompleks jugak, sebab kalau kita tak buka semula ekonomi – kemungkinan akan lebih banyak perniagaan yang akan lingkup. Bagi mereka yang bekerja sendiri pulak, sukar untuk lakukan apa-apa pekerjaan kalau ekonomi tak dibuka semula. Susah nak seimbangkan kesihatan dan ekonomi ni, apa-apa pun, kita harap takdelah kluster baru yang besar.

Seorang pekerja gunting rambut didapati postitif Covid-19, KKM dah jejaki kontak rapatnya

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terima makluman berkenaan seorang tukang gunting rambut warga asing yang disahkan positif Covid-19 di Pejabat Kesihatan Titiwangsa. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata, lelaki tu menawarkan perkhidmatan gunting rambut dari rumah ke rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kedai gunting rambut ditutup sejak PKP, tetapi dia menawarkan gunting rambut dari rumah ke rumah mengikut permintaan pelanggan. KKM telah mengesan 40 kontak rapat lelaki itu termasuk pelanggannya. Kesemua mereka diarah dikuarantin di rumah manakala pesakit berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” – Dr Noor Hisham, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Menurutnya, lelaki itu dikesan positif Covid-19 selepas majikannya memintanya untuk melakukan ujian saringan sebelum memulakan operasi di kedai. Dia kata, KKM lahirkan kebimbangan terhadap kes melibatkan warga asing. Nampaknya, kita masih kena gunting rambut sendirilah kat rumah, kami dah cuba – walaupun hasilnya tak seberapa, sekurang-kurangnya adalah rasa selesa tu.

Buat macam ni je, senang. Via Giphy

Dr Noor Hisham kata, data kementerian menunjukkan 2,000 warga asing bekerja sebagai tukang gunting rambut. Di atas faktor ni, salah satu syarat untuk memulakan operasi, mereka perlu melakukan ujian saringan Covid-19. Perkhidmatan gunting rambut dan dandanan dibenarkan mulakan operasi pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kalau betul kita nak bebas dari Covid-19, negara kita kena ada 28 hari takde kes baru

Tempoh 28 hari sifar kes Covid-19 diperlukan sebelum negara kita boleh diisytiharkan bebas pandemik ni. Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan ni cetuskan persoalan, adakah ia angka yang mampu dicapai? Sebabnya, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semakin banyak kelonggaran diberikan, malah aktiviti rentas negeri pun dah takde hal.

Agak-agaknya boleh kot. 28 hari ni, nak dekat sebulan jugak tu. Via Giphy

Semua pengangkutan awam, bas ekspres, pesawat penerbangan, perkhidmatan e-hailing, teksi dan kenderaan persendirian dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Cuma bila dah beroperasi dengan kapasiti penuh tu, maksudnya – susahlah nak ada social distancing. Semua akan duduk rapat-rapat punya.

Selain tu, semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka secara berperingkat, bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama bermula.

S1
Solat Jumaat dalam keadaan normal baharu. Via Sinar Harian

Polis dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dah tak tahan kereta kita, tak lawat rumah yang ramai orang, kenakan kompaun sekiranya keluar rumah, dan tak arahkan kita berpatah balik kerana cuba merentas negeri. Keadaan-keadaan ni buatkan kita tertanya-tanya, adakah kita mampu untuk mencapai 28 hari tanpa sebarang penambahan kes? Apa yang pasti – kalau kita tak berdisiplin dan amalkan SOP yang dah ditetapkan, jangan mimpilah untuk bebas dari Covid-19 ni.

Kerajaan hari ni kena pastikan takde orang kebulur, dan perkenalkan dasar yang membantu rakyat

Kami yakin tak lama lagi Covid-19 ni akan meninggalkan kita, dan kita akan cuba sedaya upaya berusaha untuk kembali kepada keadaan sebelum pandemik ni berlaku. Kerajaan hari ni ada cabaran besar – mereka harus pastikan takde rakyat yang kebulur akibat pandemik. Melihat situasi – ramainya orang hilang pekerjaan – kerajaan harus bekerja lebih keras untuk datang dengan polisi dan dasar “pelegaan” kepada kelompok ini.

Parlimen perlu segera bersidang, supaya diorang dapat berbincang kaedah-kaedah yang akan diambil untuk memastikan negara kita dapat bangun setelah dipukul hebat oleh pandemik ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top