PKP diganti ke fasa Strategi Pelan Pemulihan Negara? Kami ringkaskan untuk anda

f1

Di saat kita masih lagi berperang dengan Covid-19, kita tengok beberapa negara maju yang lain dah longgarkan syarat-syarat diorang. Diorang dah tak wajibkan pakai topeng pelitup muka, dah boleh ikut acara sosial macam dulu-dulu. Negara diorang pun dah mula tumpukan semula macam mana nak jana balik ekonomi, dan rakyat pun boleh bekerja macam biasa. Diorang dah boleh buat macam tu sebab dah ramai yang ambil vaksin.

728 X 90

Di Malaysia pulak, kita masih lagi dalam proses untuk memulihkan negara. Tahun lalu, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang kita tempuhi bersama. Pergelutan politik, kekecewaan rakyat dan ketidakcekapan pengurusan pandemik buatkan ramai yang ragu mengenai kemampuan kita untuk pulih cepat macam negara lain. Dulu kita selalu kata kerajaan selalu buat rancangan sekatan perjalanan yang mengelirukan, jadi sekarang ni… diorang dah buat strategi baharu yang lebih menyeluruh dan jelas. Takde lagi PKPP, PKPB… sekarang dah guna fasa.

Petisyen Pkpb
PKP cetuskan pelbagai reaksi dulu… -Via Harian Metro

Penilaian fasa bergantung pada tiga perkara, ambil kira situasi semasa

Terdahulu, kita memang dah ada rangka strategi untuk menempuhi Covid-19. Walau bagaimanapun, strategi tu tak begitu dilihat ramai sebagai suatu strategi yang boleh diyakini. Dengan pengenalan SOP dan pengurusannya yang dikritik ramai, strategi dulu tenggelam terus dalam ingatan rakyat. Kita lebih banyak bandingkan keadaan Malaysia dan New Zealand misalnya, yang pakai fasa dan kod warna. Orang kata, tu lebih mudah berbanding sekadar guna pelbagai akronim yang hampir sama bunyi je macam PKPP, PKPB dan PKPD.

Pengumuman baru-baru ni oleh PM menjelaskan bagaimana strategi baharu ni akan dilaksanakan. Untuk strategi baharu ni, atau nama rasminya Strategi Pelan Pemulihan Negara pakai dua konsep yang sedikit baharu dan jelas – indikator dan fasa. Strategi Pelan Pemulihan Negara ni adalah rancangan untuk kita kembali pulih dan diharap turut dapat kembali macam dulu-dulu. Bantuan pun dah diumumkan, dan diharap dapat melegakan tekanan ekonomi rakyat.

pelan pemulihan negara
Via Facebook

Macam kami sebut tadi, ada dua konsep yang dinyatakan. Setiap fasa pelan pemulihan ni akan bergantung kepada data yang dikutip berdasarkan tiga indikator ambang utama ataupun threshold. Jadi untuk kita beralih dari satu fasa ke satu fasa yang lain… ada tiga perkara yang akan dinilai oleh pihak kerajaan. Tiga indikator ni adalah:

  • Indikator Pertama: keadaan penularan Covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian
  • Indikator Kedua: keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad ICU
  • Indikator Ketiga: tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang dah lengkap terima dua dos suntikan vaksin

Indikator pertama akan tengok keadaan penularan Covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian yang biasanya dikemaskini setiap hari. Kadangkala, ramai orang termasuklah pihak media terlalu sensasikan bilangan kes jangkitan tiap hari. Ni taklah bermakna tu tak penting, tetapi ia berikan gambaran yang kurang tepat mengenai situasi jangkitan di negara ni.

Ketika orang perlukan harapan, melihat jumlah kes naik setiap hari tak membantu. Pengiraan dan laporan kes jangkitan kena diteliti jugak; adakah tu kiraan keseluruhan (termasuk yang dah sembuh) ataupun kiraan pada hari ni? Kalau hari ni, berapa banyak ujian saringan yang dah dilakukan? Berapa kadar kebolehjangkitan setiap negeri? Hal-hal ni harus dipertimbangkan bila kita tengok laporan jangkitan kes.

kebolehjangkitan negeri
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 ikut negeri pada 28 Jun 2021.. -Via KKM

Indikator kedua adalah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad ICU. Ni susulan banyak isu berkenaan kapasiti hospital, beban kepada petugas kesihatan dan bekalan peralatan perubatan kita. Kita tentu taknak jadi macam India; ICU dah terlalu penuh dan bekalan tangki oksigen diorang pun habis. Ditambah lagi dengan isu skim doktor kontrak yang bermasalah hingga diorang nak buat hartal… ni suatu isu yang hanya akan menyulitkan keadaan.

Indikator ketiga pulak adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang dah dapat dua dos suntikan vaksin. Setakat ni, kita dah usahakan agihan vaksin melalui dua program utama iaitu PICK dan PIKAS. Vaksin pun dah banyak jenis kita bakal terima, jadi harapnya bekalan tu akan sampai lebih awal untuk kelancaran program utama vaksinasi kita.

fasa 1 indikator ppn
Dah takde PKP, sekarang guna PPN.. -Via Buletin TV3

Tiga fasa untuk masa depan, mungkin akhir tahun dah boleh rentas negeri

Kita ada empat fasa dalam strategi pemulihan negara. Tiap fasa tu pulak ada syarat dan sasaran diorang bagi mempertimbangkan peralihan dari satu fasa kepada fasa yang lain. Namun secara sepintas lalu, indikator-indikator yang diletakkan memberi gambaran berapa lama lagi kita harus menyesuaikan diri dengan setiap fasa pemulihan yang dah ditetapkan.

Dalam fasa pertama, kita laksanakan PKP menyeluruh. Pada waktu ni, bilangan kes Covid-19 tinggi, sistem kesihatan awam dalam tahap kritikal dan kadar vaksinasi masih rendah. Kita masih dalam fasa ni, dan lebih mudah disebut sebagai PKP 3.0 atau “total lockdown”.

pelan pemulihan negara 1024x573
Via Edisi9

Kita akan beralih daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah apabila purata kes dah turun di bawah 4,000 kes dan 10% populasi dah terima 2 dos suntikan vaksin. Pada waktu ni, aktiviti ekonomi yang lain akan dibuka, dengan beberapa sektor lagi masih kena ditutup. Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tak dibenarkan. Kita jugak ada dua jenis senarai iaitu senarai positif dan negatif. Senarai positif tu adalah senarai yang tinggi kebolehjangkitannya manakala senarai negatif tu senarai yang rendah kebolehjangkitannya.

Kita akan beralih ke fasa ketiga bila kita dah capai purata kes harian Covid-19 di bawah 2 ribu kes dan 40% dah dapat vaksin lengkap 2 dos. Sekurangnya kita boleh capai fasa ni adalah pada Ogos 2021, paling awal. Pada fasa empat pulak, purata kes harian kena turun di bawah 500 kes, dan 60% populasi negara dah terima dua dos suntikan vaksin. Ikut unjuran PICK, peralihan ni dijangka seawal akhir bulan Oktober 2021. Pada fasa ni jugak, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik akan dibuka dengan SOP ketat.

pelan pemulihan negara syarat
Via Malaysiakini

Bagi setiap fasa ni, sektor kesihatan awam jugak akan dinilai keadaannya. Sekarang ni, katil di ICU masih tak cukup lagi. Kita boleh bergerak ke fasa seterusnya apabila katil di ICU dah semakin kurang bebanannya hingga ke tahap mencukupi. Yang pasti, fasa ni lebih jelas berbanding pengenalan dan penguatkuasaan PKP terdahulu. Kami berharap dengan pelan ni jugak, kesejahteraan rakyat turut boleh dipertingkatkan. Kita dah tak lagi terlalu tertunggu dengan pengumuman PM, dan keliru PKPB ke PKPP ke… Ditambah lagi dengan perincian indikator dan syarat yang dah disebutkan, kita pun dah boleh jangka ke mana arah tuju pelan pemulihan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *