Kerajaan India sebenarnya yakin boleh kawal Covid-19, tapi ini yang sedang berlaku

f1
Kerajaan India sebenarnya yakin boleh kawal Covid-19, tapi ini yang sedang berlaku

India adalah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, dan di zaman norma baharu, ia mendatangkan cabaran besar kepada negara tersebut. Namun di sebalik cabaran tu, India jugak banyak mengorak langkah bagi memaksimumkan keberkesanan diorang untuk mengawal penularan di sana. Misalnya dulu, kami kongsikan bagaimana India dah cipta robot kepintaran buatan untuk jadi petugas kesihatan di hospital diorang. Robot ni turut membolehkan para pesakit khususnya di ICU untuk bertemu dengan keluarga diorang menerusi skrin.

728 X 90

Kali ni pulak, kita dikejutkan dengan khabar buruk yang menimpa negara tu. Sehingga Februari tahun ni, India dah berjaya turunkan kes daripada 90,000 pada September 2020 kepada 20,000. Maka, tak keterlaluanlah sekiranya satu dunia pun terkejut apabila kes di India terus melonjak naik hingga tercatat 20 juta jumlah kes dah. Bekalan oksigen pun tak cukup, sehinggakan ramai dakwa kerajaan sengaja nak bagi mati rakyat macam apa yang berlaku di Itali dulu.

covid india
Via Berita Harian

PM India terlebih yakin India dah kalahkan Covid-19, ramai kata ni kesilapan besar demi dapatkan sokongan politik

Macam kami sebutkan tadi, India dah berjaya kurangkan kes jangkitan diorang dan sedikit sebanyak memberi harapan kepada rakyat bahawa ia akan kembali seperti dahulu. India jugak dah mulakan program vaksinasi diorang sendiri, bahkan turut berjaya hasilkan vaksin Covid-19 keluaran tempatan. PM India, Narendra Modi ambik sendiri ambik vaksin tempatan iaitu Covaxin.

Pilihan vaksin yang lain adalah Astrazeneca, yang mana turut diberikan kepada kita secara sukarela bermula 5 Mei ni. Namun begitu, keyakinan PM Modi tak memujuk sebahagian rakyatnya untuk ambik vaksin Covaxin apabila ramai antara pekerja kesihatan masih belum berpuas hati dengan vaksin yang dibangunkan oleh Bharat Biotech dan Majlis Penyelidikan Perubatan India tu. Ni cerita awal Mac.

india health virus vaccine modi
PM India tengah ambil vaksin.. -via The Japan Times

Sementara PM Modi tengah pujuk rakyat ambik vaksin, situasi virus Covid-19 di negara tu masih belum reda sebenarnya. Pada 8 Mac tu, India umumkan diorang dah hampir menangani pandemik dan yakin akan berjaya disebabkan bekalan vaksin yang banyak dan terbukti berkesan. Bahkan, ia dah dieksport kepada 62 negara lain – meyakinkan orang ramai bahawa India dah nak tamat pandemik.

Sekatan pergerakan jugak tak lagi dikuatkuasakan sangat, malah sewaktu dia berucap di hadapan orang ramai yang takde pakai pelitup muka; dia tak tegur pun. Ramai lagi menteri kerajaan di bawahnya sendiri tak pakai pelitup muka. Ni bermaksud pada waktu ni, kerajaan India tak kuatkuasakan kewajiban pakai pelitup muka. Kalau ada pun, ternyata rakyatnya tak rasa benda tu penting sangat pun.

india pelitup muka tiada
Ada yang pakai pelitup muka, ada yang tak pakai langsung di tempat terbuka.. Via The Tribune India

Lebih parah, sikap terlebih yakin terpapar sekali lagi apabila festival perayaan Hindu, Kumbh Mela diizinkan berlangsung. Festival ni menarik jutaan orang dari serata negara, yang mana diorang akan berkumpul bermandi-manda di Sungai Ganges. Festival ni jugak adalah sebuah acara suci bermula dari bulan Januari dan April serta dijalankan sekali setiap 12 tahun, tetapi kali ni, Kumbh Mela diadakan pada 2021 pulak.

Lebih dari 9 juta dianggarkan hadir, manakala lebih kurang 6 juta orang lagi, dah berada sejak April. Langkah ini dikritik hebat oleh ramai orang, dimana acara besar seperti ni sepatutnya ditangguh dahulu. Ramai dakwa ni cuma langkah nak tarik sokongan ramai untuk undi semula parti BJP yang nak dilihat masih utamakan kepercayaan Hindu. Mana taknya, India sendiri tak tangguh pilihan raya dan tetap menggesa orang turun mengundi. Sebahagian besar dilihat tak mengikuti saranan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka.

Walaupun lepas diberi pelbagai amaran dan nasihat, akhirnya India pecah rekod sendiri catat jutaan kes

Bukan tu je yang memuncakkan marah orang ramai terhadap India sekarang ni. Sejak tahun lalu lagi, pelbagai amaran telah diberikan kepada kerajaan. Sepatutnya ia ditangani segera kerana perkara ni adalah perkara mustahak dan melibatkan jutaan nyawa. Pada November lalu, jawatankuasa parlimen yang mengkaji tentang polisi kesihatan India kata diorang ada masalah bekalan oksigen dan tak cukup katil.

Kemudian, pada Februari tahun ni pulak, beberapa pakar kesihatan India berpendapat bakal wujud ‘tsunami Covid’ nanti disebabkan orang ramai dah tak jaga jarak mahupun pakai pelitup muka. Majlis diadakan sangat besar dan meriah termasuklah sesi kempen; macam Covid ni tak wujud je. Para pakar kesihatan turut risau sekiranya India jugak bakal ada varian virus tersendiri, sebab kalau betul, tu akan jadi suatu yang amat teruk nanti.

india covid 19
Via Wall Street Journal

Kerisauan pakar ada betulnya, sebab pada bulan Mei, kes melonjak naik begitu tinggi kerana faktor perayaan dan ketiadaan penjagaan jarak fizikal serta pemakaian pelitup muka. Festival besar tu jugak tak diuruskan mengikut tatacara kesihatan yang sepatutnya, menjadikan “kluster Kumbh Mela” ni antara kluster ‘super spreader’ di India. Menurut laporan TimesNowNews.com, 99% yang datang didapati positif Covid di Madya Pradesh. Sehingga 2 Mei, 12,379 kes baharu dan 102 kematian dicatatkan di daerah tersebut.

Kegusaran para pakar kesihatan berasas, apabila kini varian baharu dari India dah dikenalpasti. Varian ni ditemui di 17 negara, mengikut info WHO. Baru-baru ni, kita jugak mencatatkan kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India. Varian itu yang mempunyai mutasi berganda dikenali B.1.617.1, dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS), selepas saringan dilakukan di pintu masuk utama negara. Ia jugak diyakini menyumbang kepada 60% jangkitan kes di India.

“Kita mengesan kes pertama varian India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 menerusi kemasukan seorang kerakyatan India apabila melakukan saringan di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” – Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Kita turut mengenalpasti 27 varian lain daripada beberapa tempat iaitu United Kingdom, Afrika Selatan dan India. Ni bermaksud kes Covid-19 kita ni sebenarnya boleh jadi sebahagian daripada varian yang lain, lebih kurang sama ceritanya dengan beberapa varian mutasi yang pernah kita temui dahulu berasal dari Filipina dan India pada tahun lalu. Mutasi ni biasanya tak sekuat mana, tetapi ia akan merebak lebih cepat berbanding virus di awal pandemik dulu.

Ketika ni, keadaan hospital di India amat membimbangkan. Amaran terdahulu tak diselesaikan secepat mungkin, khususnya bekalan oksigen yang kini amatlah terhad. Katil hospital pun terhad. Infrastruktur kesihatan di sana jugak dah tak mampu nak tampung lonjakan kes tersebut, memperlihatkan kerajaan India jugak dah lalai dalam menguatkuasakan langkah kawalan pandemik. Asyik salahkan rakyat pun tak guna sekiranya kerajaan yang ada kuasa tu tak mempamerkan teladan yang baik, serta tak bersungguh-sungguh melawan Covid-19 bersama-sama.

hospital india tiada oksigen
Hospital di India kini terpaksa tolak pesakit dah sebab bekalan oksigen dah takde.. -Via BBC

Kritikan demi kritikan dilemparkan. Tekanan untuk buat lockdown kat India semakin tinggi. Program vaksinasi pun belum siap dalam kalangan rakyatnya, tetapi dah nak eksport ke negara lain pulak dah benda tu. Festival dan kempen politik terus berlangsung walaupun kes dah semakin tinggi. Amaran dan nasihat berturut-turut diberikan kepada kerajaan mengenai perlunya penambahbaikan dari segi infrastruktur kerajaan. Kerajaan sendiri tak tegas mengawal penularan. Semua ni semacam satu malang yang benar-benar ada bau, malapetaka yang benar-benar diundang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top