PKP sekali lagi? Mungkin sudah masanya Parlimen kita dibuka

f1
PKP sekali lagi? Mungkin sudah masanya Parlimen kita dibuka

Kita selalu tertanya, “di mana semangat patriotik orang muda sekarang?” Soalan ni, menariknya, hanya akan kerap muncul pada bulan Ogos dan September setiap tahun. Soalan ni jugak, menariknya lagi, dijawab dengan lebih banyak pertandingan untuk ‘menunjukkan’ bukti orang muda masih sayang negara. Takpun pertandingan, buat persembahan. Tentunya benda ni tak salah, malahan kerajaan lebih galakkan acara seperti ni dilangsungkan.

728 X 90

Walaupun begitu, adakah tu je cara kita nak tunjuk sayang negara? Samalah macam kita sayang orang; segala baik kita raikan, tetapi bila ada masalah, kita pun nak tolong baiki jugak. Demokrasi memberikan ruang untuk kita suarakan perkara yang perlu diberi perhatian supaya negara tersayang terus kuat. Tetapi, bila ruang tu dituntut… ramai yang tak setuju. Salah satu tuntutan tu pulak, disokong YDP Agong sendiri.

perhimpunan
Via Astro Awani

Kemarahan rakyat semakin meluap-luap hingga terpalit isu Permaisuri Agong, ramai semakin tak yakin dengan kebolehan pemimpin

Melihat perkembangan semasa, kami tak rasa wajar dah untuk menyembunyikan hakikat sebenar dalam kalangan rakyat marhaen. Rakyat dah naik marah, serik dan tak puas hati dengan gelagat ahli politik dan secara umumnya, terhadap pihak kerajaan ketika ini. Secara kolektifnya, kami yakin kemarahan rakyat akhirnya tertuju dengan perangai VIP, menteri dan orang kaya yang begitu mudah terlepas daripada hukuman lepas diorang langgar SOP PKP.

Baru-baru ni, isu Neelofa sekali lagi diperkata ramai lepas ada orang dakwa diorang masih lagi langgar perintah sekatan rentas negeri ke Negeri Sembilan untuk beli permaidani.

Lebih teruk, Neelofa bersama suaminya PU Riz dah pernah didenda kali pertama untuk majlis perkahwinan besar-besaran dan berbulan madu. Ramai marah dan semakin tertekan: kenapa diorang boleh rentas begitu mudah, sedangkan orang biasa tak boleh? Ramai tak sempat nak peluk cium lepaskan rindu untuk keluarga kat kampung, lagi-lagi apabila orang tersayang tengah nazak.

nilofa haris nilai 3
Via Kosmo

Itu bukan lagi marah… tu dah dikira kecewa. Jika kami berada di tempat diorang yang tak dapat melunaskan rindu, kemudiannya tak sempat nak jenguk buat kali terakhir; kami pun akan sangat kecewa, marah dan sedih jika orang ternama boleh je berjalan ke sana ke mari dengan penuh gembira sedangkan orang biasa terpaksa diam-diam je kat rumah, mengubati kekecewaan diorang.

Isu Fahmi Reza sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ramai mempersoalkan kenapa dia nak ejek Permaisuri Agong. Hal ni bermula apabila Permaisuri kongsikan pasal makanan, kemudiannya membalas komen sorang warganet kental yang bertanya pasal chef dapat vaksin. Permaisuri kemudian membalasnya dengan “dengki ke?”.

dengki ke permaisuri
Via FMT

Dari situlah, ia jadi ilham buat Fahmi untuk buat satu senarai lagu Spotify yang menghimpunkan lagu-lagu bertema cemburu dan dengki. Benda ni mengheret Fahmi Reza ke balai polis, dan seterusnya dibebaskan. Fahmi kata, tu satira dan bukan perkara yang salah pun. Satira ni boleh dijadikan sebagai ‘alat pembesar suara’ bagi sesiapa yang rasa ada benda untuk disuarakan. Meskipun tindakan ni tak dipersetujui ramai, ia membawa kita melihat kenapa ia sohor kini pulak di media sosial. Daripada balasan yang ada, sedikit sebanyak ia ada kena mengena dengan hantaran Permaisuri terdahulu mengenai vaksin dan ramai kurang senang hati.

Ye lah, sekarang ni Astrazeneca je yang dibuka untuk pendaftaran. Ramai terpaksa sabar tunggu giliran terutamanya apabila ia masih belum dibenarkan berada dalam pasaran. Kalau tak, ramai dah ada vaksin sekarang dan tak terasa hati dengan hantaran Permaisuri. Jika difikirkan, kadangkala kalangan ternama jugak lupa bahawa di sebalik gerombolan netizen atau tentera bawang ni… diorang jugak orang biasa yang melihat cebisan hidup yang dipaparkan oleh kalangan ternama ni. Jika dikehendaki diorang diheret ke balai polis, diorang akan diheret khususnya bila dah diperintahkan sebegitu.

vaksin permaisuri tikus dengki ke
Hantaran di Instagram sebelum trend ‘dengki ke’.. -Via Twitter

Orang muda keluar protes untuk minta buka Parlimen, sampai bila kerajaan nak pekakkan telinga?

Baru-baru ni, #BukaParlimen naik pulak dalam media sosial. Dalam kempen yang dizahirkan rakyat ni, ramai dah mulai mendesak agar kerajaan buka parlimen. Menteri-menteri semua dah terima vaksin, dan dibenarkan berjalan merentas negeri bahkan negara lagi… tetapi kenapa masih ragu nak buka Parlimen?

zunar demokrasi
Via Zunar

Pada awalnya, perintah darurat yang diperkenankan ni dikatakan membataskan kuasa kerajaan untuk buka sidang Parlimen. Namun begitu, perkara ni segera dibidas oleh pihak media YDP Agong. Maksudnya, menteri dah tak boleh guna nama YDP Agong sebagai alasan menutup Parlimen.

“Dalam sesi menghadap ini, Seri Paduka Baginda telah menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak eksekutif, kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip itu.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri,”- Kenyataan Istana Negara pada 24 Februari 2021

Macam kami kata awal tadi, pertunjukan bakat atau persembahan ni takde masalah pun bila nak tampilkan semangat patriotik tu. Begitu jugak dengan apa-apa demonstrasi, perhimpunan aman yang dianjurkan oleh rakyat untuk menuntut sesuatu daripada kerajaan. Tindakan diorang sentiasa berakar kepada idea nakkan Malaysia terus maju dan kebajikan rakyat Malaysia dipelihara. Tu jugak wajar dikira sebagai patriotisme anak muda.

buka puasa buka parlimen3
Via The Vibes

Anjuran perhimpunan aman ni berlangsung di Jalan Parlimen, iaitu hanya berdekatan dengan bangunan Parlimen yang semakin usang dan ‘kosong’. Menurut kenyataan polis, demonstrasi tersebut dihadiri kira-kira 90 orang dan takde sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan. Demonstrasi ni jugak dilaporkan diberi nama sebagai Buka Puasa Parlimen, dengan menggariskan tuntutan utama iaitu minta kerajaan buka parlimen.

takiyuddin parlimen
Desakan rakyat sampai ke pengetahuan kerajana.. Via Parlimen.gov.my

Parlimen perlu dibuka semula kerana banyak perkara yang amat memerlukan perhatian kerajaan terutamanya berkaitan dengan kebajikan dan aliran kewangan negara. Sehingga kini, ahli-ahli parlimen yang kita tugaskan dulu untuk menjadi instrumen semak-dan-imbang gagal memainkan peranan diorang. Kawalan kerajaan PN kini jugak perlu dipersoalkan, terutamanya lepas mantan Ketua Polis Negara Hamid Badoor dah dedahkan Menteri Kementerian Dalam Negeri Hamzah Zainuddin banyak campur tangan dalam urusan polis. Ni dah mendekati autoritarian pun ada jugak; walhal dulu kita bangga tepuk dada kata kita ni demokrasi berparlimen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top