Vaksin Astrazeneca di Malaysia, ini sebab ia dilakukan secara sukarela

f1

Ketika kita tengah berperang melawan Covid-19, vaksinasi menjadi topik hangat dan antara perkara yang selalu kita perhatikan selagi giliran kita terima suntikan belum tiba. Sebelum ni kami dah tulis pasal beberapa vaksin yang akan diterima oleh Malaysia. Pfizer dah sampai, Sinovac dah… sekarang ni pulak Astrazeneca. Tentunya ni suatu perkara yang menggembirakan kita sebab lebih banyak populasi Malaysia akan divaksin kelak.

728 X 90

Walaupun begitu, Astrazeneca baru-baru ni tak lagi diberi macam 2 vaksin sebelumnya. Ia dah pakai sistem ‘siapa cepat dia dapat’, dan ni berbeza dengan cara vaksin sebelum ni diagihkan kepada rakyat. Dah kenapa kerajaan buat macam tu pulak? Kami cuba rungkaikan perkara ni, dan bagi korang faham bagaimana situasi vaksinasi Astrazeneca kat Malaysia.

file photo: vaccination against coronavirus disease at a doctor’s general practice, in vienna
Via Reuters

Suntikan AstraZeneca disambut baik hingga sistem pendaftaran secara sukarela

Pada 2 Mei lalu, sebuah sistem permohonan dibuka untuk ambil suntikan Astrazeneca. Perkara ni julung kalinya diadakan, sebab terdahulunya, kita difahamkan kita takdapat pilih vaksin apa yang kita nak. Namun kali ni, kerajaan dah buka sistem permohonan untuk ambil Astrazeneca. Berita Harian melaporkan, sistem permohonan tu mendapat sambutan baik hingga ia jadi sesak. Dalam satu hal, ni menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memang berminat nak terima suntikan vaksin Covid-19 walaupun vaksin tersebut agak kontroversial jugak.

Antara isu yang disuarakan oleh para pemohon ialah kesukaran dapatkan slot janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas tertentu yang dipercayai terdekat dengan tempat kediaman masing-masing. Mengikut kefahaman kami, buat masa ni PPV yang dikhususkan untuk agihkan Astrazeneca hanya kat Selangor je. Negeri lain belum lagi diberi agihan tersebut, dan ramai berharap ia akan dibuka kepada negeri lain jugak lepas ni.

astrazeneca um ukm
Via Lowyat

Selain tu, ada jugak yang mengeluh terpaksa tunggu hampir sejam untuk berjaya akses sistem permohonan sebelum disahkan bakal penerimaan suntikan vaksin. Situasi ni tak dinafikan berlaku oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Khairy Jamaluddin. Dalam tempoh 140 minit lepas laman pendaftaran dibuka, slot janji temu segera memenuhi 2 daripada 4 PPV iaitu di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Berkenaan pemohon sukarela yang dah berjaya daftar terima vaksin Astrazeneca, diorang dah tak perlu buat pendaftaran baharu dalam aplikasi Mysejahtera. Kesemua 268,00 dos vaksin yang dah diterima untuk bekalan pertama ni akan diberikan dahulu kepada para pemohon sukarela. Khairy Jamaluddin turut maklumkan bahawa Malaysia dijadualkan akan terima 12.5 juta dos vaksin lagi nanti.

“Kita akan memperluaskan tawaran mendapatkan vaksin ini di negeri lain, kecuali Sarawak yang sudah menolaknya sebelum ini, dan memastikan sesiapa yang tiada capaian Internet juga berupaya mendaftar,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

Walaupun dipalit dengan kontroversi antarabangsa, Astrazeneca masih jadi pilihan ramai di Malaysia

Melihatkan sambutan orang ramai baru-baru ni, ia menunjukkan bahawa spekulasi, kontroversi dan khabar angin tentang Astrazeneca masih tak menggugat keyakinan pemohon vaksin tersebut. Untuk pengetahuan korang, banyak negara maju yang dah terima Astrazeneca mendakwa terdapatnya kes darah beku dalam kalangan penerimanya. Misalnya pada awal Mac lalu, Norway laporkan tiga lagi kes pembekuan darah atau pendarahan otak dalam kalangan orang muda lepas disuntik vaksin Astrazeneca.

Walaupun begitu, kita tak patut ambik je tajuk berita dan gunakan sebagai informasi utama kita. Sekilas pandang, Astrazeneca dipamerkan sebagai vaksin yang berbahaya. Tetapi bila kami baca selanjutnya, kes-kes ni masih belum disahkan lagi diakibatkan oleh Astrazeneca pun. Kita sendiri turut mengkaji dan menunggu laporan daripada pelbagai pihak untuk memastikan Astrazeneca ni boleh dipakai.

astrazeneca pemilihan orang tua emas
Via Berita Harian

“Kita tetap akan meneruskan (AstraZeneca) kerana data klinikal yang ada menjurus vaksin ini mempunyai banyak manfaat kepada penerima berbanding memberi kemudaratan… Justeru, kita memutuskan untuk tetap menggunakan AstraZeneca dalam program vaksinasi di seluruh negara kerana ia terbukti tidak berbahaya kepada penerimanya”- Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan, seperti yang dilaporkan Utusan

Namun, khabar angin seperti ni ternyata memberi kesan terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Kekhuatiran rakyat terhadap Astrazeneca akhirnya dipertimbangkan dan dibuka untuk permohonan kepada sesiapa yang sukarela nak ambil vaksin. Mengikut Khairy:

“Vaksin Astrazeneca hanya akan diberikan kepada pemohon sukarela yang sudah melihat segala fakta mengenai vaksin itu dan penilaian kesihatan ke atas mereka akan dibuat. Pemberian vaksin ini tidak dihadkan kepada mereka yang layak untuk menerima vaksin dalam fasa dua PICK, ia dibuka kepada semua. Siapa cepat, dia yang dapat vaksin AstraZeneca,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani

astrazeneca1
Via Kosmo
Buat mereka yang dah berjaya tempah vaksin, kami ucapkan tahniah kerana korang masih sudi nak terima vaksin bagi mengekang Covid-19. Kami turut berharap kerajaan akan buka peluang nak ambil Astrazeneca kepada rakyat negeri lain khususnya yang masih mencatatkan rekod kebolehjangkitan tinggi. Selain tu, kempen ambil suntikan vaksin pun kenalah diteruskan jugak lagi-lagi dah wujudnya program sukarela terima vaksin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *