Ini senarai negeri yang SAH batalkan bazar Ramadan, KL pulak masih nak buat…

F1
Ini senarai negeri yang SAH batalkan bazar Ramadan, KL pulak masih nak buat…

Bazar Ramadan di Malaysia ni dah jadi macam rukun wajib berpuasa, tanpa bazar Ramadan – kebanyakan kita akan rasa seperti ada yang hilang. Semenjak wabak Covid-19 melanda dunia, kita telah melakukan banyak hal di luar norma kehidupan kita. Sekarang ni dah setengah bulan kita lepak kat rumah, sesuatu yang sebelum ni macam mustahil untuk berlaku. Ada orang nak dapat sehari cuti pun, punya payah.

91256948 1893908167409246 2538616926553243648 N
Bazar Ramadan. Via Deenamik

Semua ni dilakukan semata-mata untuk memastikan dunia kembali sihat dan bebas dari Covid-19. Hari ni kami nak cerita beberapa negeri yang dah batalkan bazar Ramadan demi keselamatan rakyaat.

Negeri Sembilan dan Selangor batalkan bazar Ramadan untuk keselamatan dan kesihatan rakyat

Antara negeri yang terawal buat pengumuman tentang bazar Ramadan ni adalah Negeri Sembilan. Tiada penganjuran bazar Ramadan tahun ni di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar diorang, Datuk Seri Aminuddin Harun. Dia kata, keputusan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat susulan pandemik Covid-19.

“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan. Mungkin kita boleh jangka menjelang hari akhir PKP nanti, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun, tetapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang akan membolehkan rakyat kembali mudah terdedah kepada wabak itu semula,” – Aminuddin Harun, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Aminuddin kata, kerajaan perlu ambik contoh kerajaan China di Wuhan yang terus melarang pergerakan rakyatnya secara terbuka walaupun takde kes baharu Covid-19 direkodkan. Cuma, peniaga masih boleh jalankan aktiviti perniagaan diorang dari rumah dengan gunakan konsep ‘cash on delivery’ (COD).

COD. Via Giphy

Kerajaan Selangor pun buat keputusan yang sama untuk batalkan bazar Ramadan akibat penularan wabak COVID-19. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kata pembatalan bazar Ramadan tu dilakukan selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.

“Kita akan batalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor sehingga masa bersesuaian ditetapkan. Jika Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dahulu,” – Amirudin Shari, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Katanya, perkara itu dah dan arahan pembatalan akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kedah dan Terengganu buat benda yang sama, peniaga disarankan melakukan jualan atas talian

Selain Selangor dan Negeri Sembilan, Kedah turut batalkan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri untuk mengekang penularan COVID-19. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kata perkara tu diputuskan dalam mesyuarat EXCO selepas ambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Perkara ini penting bagi mengelak rakyat berhimpun di sesuatu tempat dan akan menyebabkan wabak ini tidak terkawal. Justeru semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah yang sudah mengambil deposit daripada pembida (pemilik gerai) perlu memulangkan kembali wang deposit,” – Mukhriz Mahathir, seperti yang dilaporkan AWANI

Kerajaan Negeri Terengganu pun awal-awal lagi dah umumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan tahun ni. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, perkara tu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu.

“Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula COVID-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya. Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, kerajaan negeri meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini,” – Dr Alias Razak, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Dr Alias turut sarankan para peniaga bazar Ramadan untuk buat persediaan akibat pembatalan ini dengan mempertimbangkan pilihan lain bagi menjana pendapatan. Peniaga disaran mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian, perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan, menggunakan platform seperti GrabFood, Foodpanda atau yang seumpama dengannya.

Annuar Musa pulak nak buat kaedah penjualan bazar yang berbeza, dapat kritikan dari AMM

Walaupun kebanyakan negeri dah batalkan bazar Ramadan, nampaknya masih ada cadangan untuk laksanakan bazar Ramadan di Kuala Lumpur. Dikatakan bazar Ramadan di Kuala Lumpur masih dalam tempoh kajian. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kata, pihaknya masih beri masa kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk buat kajian dari sudut keperluan bazar Ramadan diadakan.

“Kita tidak boleh mengambil tindakan hanya disebabkan orang lain buat kerana keperluan di bandar raya seperti Kuala Lumpur berbeza. Misalnya, di kawasan bandar, ramai yang bekerja dan bila hendak berbuka puasa mereka masih bergantung dengan makanan sedia ada. Oleh itu, kita harus fikir dan pertimbangkan semua perkara. Jangan terburu-buru,” – Annuar Musa, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Benda ni dapat respon dari Akademi Perubatan Malaysia (AMM) yang menolak sebarang penganjuran bazar Ramadan di KL dan menggesa ia dibatalkan mengambil kira ancaman COVID-19. Dalam satu kenyataan, AMM yang terdiri daripada 11 kolej pelbagai pakar perubatan tu kata – mustahil untuk anjurkan bazar Ramadan yang mampu menjamin perlaksanaan penjarakan sosial dengan berkesan.

91087289 3788481754525407 7706441148989964288 O
Via AMM

Diorang merujuk kepada laporan media Menteri Wilayah Persekutuan (Tan Sri Annuar Musa) yang berkata tak akan membatalkan bazar Ramadan, tapi akan menguruskan ‘lalu lintas manusia’ secara lebih baik. Diorang berpandangan mustahil untuk melakukan penjarakan sosial memandangkan populariti dan kesesakan bazar Ramadan.

“Kontak rapat tidak dapat dielakkan berlaku di kawasan tempat letak kereta, dalam perjalanan (ke bazar dan balik ke parkir) dan antara pelanggan dan peniaga,” – Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh AMM

Via Giphy

Akademi Perubatan Malaysia turut menekankan kelonggaran penjarakan sosial yang masih terlalu awal berpotensi membawa kepada gelombang ketiga jangkitan COVID-19 sedangkan banyak usaha dibuat bagi mengatasi jangkitan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.

Pembatalan bazar Ramadan untuk kebaikan semua, peniaga yang terjejas perlu dibantu

Kami tahu mesti ada sesetengah pihak yang sukar untuk terima keputusan pembatalan bazar Ramadan, terutamanya mereka yang terkesan dari segi pendapatan. Covid-19 bukan sahaja meragut nyawa, tapi ia meragut banyak pekerjaan dan sumber pendapatan. Sebab itulah pakej rangsangan ekonomi diperkenalkan, namun kami berpandangan masih banyak yang perlu dibincangkan. Termasuklah nasib peniaga yang terjejas akibat pembatalan bazar Ramadan. Mereka kelompok yang perlu dibantu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top