LIMA adat pelik di seluruh dunia, ada yang menari dengan keranda ketika kematian

F1
LIMA adat pelik di seluruh dunia, ada yang menari dengan keranda ketika kematian

Bercerita tentang adat dan tradisi, ia bukanlah satu topik yang asing lagi kerana Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik dan suku kaum. Setiap etnik dan suku kaum pasti mempunyai sebuah adat dan tradisi yang unik untuk mereka lakukan dalam sesebuah upacara atau sambutan majlis tertentu.

Tapi, korang pernah tak dengar tentang adat dan tradisi yang sangat pelik yang pernah dilakukan oleh sesuatu masyarakat? Kali ni kami akan kongsikan kepada korang tentang lima adat dan tradisi yang paling pelik pernah berlaku kat dunia.

1. Mengusung keranda sambil menari dalam upacara pengebumian

Kalau korang perasan, kat media sosial sekarang ni tengah viral video tentang beberapa orang lelaki berkulit hitam yang akan menari sambil mengusung keranda. Kalau korang nak tahu, aktiviti yang mereka lakukan itu sebenarnya adalah merupakan sebuah perkhidmatan yang telah diasaskan oleh Benjamin Aidoo bagi tujuan melakukan upacara pengebumian.

Namun, ianya kini telah menjadi salah satu adat dan tradisi yang biasa dilakukan oleh masyarakat Ghana apabila berlakunya satu kematian. Pelik bukan?

 

Kumpulan pengusung keranda itu bukan sahaja berperanan untuk membawa mayat si mati di majlis pengebumian tapi mereka juga turut berperanan sebagai kumpulan yang akan menceriakan suasana pada majlis pengebumian tersebut. Dengan diiringi muzik yang rancak, anggota kumpulan tersebut akan mengusung keranda sambil melakukan beberapa tarian menarik termasuklah berpura-pura menjatuhkan keranda bagi tujuan menarik perhatian orang ramai yang hadir ke upacara pengebumian tu.

Walaupun kelihatan pelik, para keluarga di Ghana dikatakan sanggup membayar harga yang mahal untuk perkhidmatan tersebut kerana keluarga si mati beranggapan bahawa tiada apa yang lebih baik untuk dilakukan selain mengucapkan selamat jalan kepada insan yang tersayang dengan cara yang penuh bergaya.

2. Menculik wanita yang ingin dijadikan sebagai isteri, sebab itu perkahwinan mereka selalu gagal

Korang pernah dengar tak nama negara Kyrgyzstan? mesti korang pun jarang dengar nama negara ni kan? Di Kyrgyzstan ada satu adat yang mereka amalkan sehingga hari ini iaitu perempuan boleh diculik pada bila-bila masa sahaja tau untuk dijadikan sebagai isteri. Negara Kyrgyzstan merupakan satu-satunya negara yang mencatatkan kes penculikan paling tertinggi di dunia yang mana dianggarkan kes penculikan akan berlaku dalam setiap empat puluh minit.

Budaya Kyrgyzstan
Via tabekpuang.blogspot.com

Adat dan tradisi yang sering diamalkan di negara Kyrgzstan ini dikenali sebagai Alakachu ataupun rebut dan lari. Para lelaki akan memandu dan meronda di sekitar bandar bagi tujuan mencari bakal isteri mereka dan jika mereka telah menjumpai perempuan mereka ingini, perempuan tu akan diculik masuk ke dalam kereta dan terus di bawa lari ke rumah pengantin lelaki.

Malah, keluarga pihak pengantin lelaki akan menyediakan satu majlis bagi menyambut kedatangan pengantin perempuan tu. Sesampainya pengantin perempuan, keluarga pihak pengantin lelaki akan berusaha untuk memujuk pengantin perempuan bersetuju dengan perkahwinan tu,dan secara statistiknya sebanyak lima puluh peratus wanita di negara Kyrgzstan yang telah berkahwin adalah merupakan mangsa penculikan yang menyumbang kepada faktor utama kegagalan rumah tangga dan kes bunuh diri di kalangan wanita.

3. Menguji tahap akil baligh dengan memakai sarung tangan

Cuba korang bayangkan rasa sakit yang korang pernah alami sepanjang hidup? Kami pasti ianya tidak akan mampu melawan kesakitan akibat daripada melakukan adat sarung tangan semut peluru yang diamalkan di negara Brazil. Ianya seperti sarung tangan oven tetapi di dalamnya dipenuhi dengan semut yang memiliki kepanjangan sepanjang satu inci tau.

Panjang juga kan semut peluru ni? Seterusnya, dalam skala sengatan serangga pula, semut peluru menduduki tempat pertama penyebab kesakitan yang paling ekstrem.

 

Untuk pengetahuan korang, tradisi sadis ni merupakan amalan puak Satere-Mawe iaitu suku asli asal yang terdapat di hutan Amazon, Brazil. Tujuan amalan ini dilakukan adalah bagi memastikan seseorang anak-anak lelaki itu betul-betul telah memasuki fasa akil baligh, mereka harus melakukan adat ni selama 11 jam dengan cara memasukkan tangan mereka kedalam sarung tangan yang diperbuat daripada daun yang telah diisi dengan ratusan ekor semut peluru.

Sebelum adat ini dimulakan, tangan remaja lelaki yang akan diuji kedewasaannya itu akan disapukan dengan arang dan kemudiannya kedua-dua tangannya akan dimasukkan ke dalam sarung tangan tadi. Remaja tu haruslah mendiamkan tangannya selama sepuluh minit dan ianya harus dilakukan sebanyak dua puluh kali. Bagi mengurangi rasa kesakitan tersebut, para ketua adat akan berdoa sambil menari bersama-sama dengan remaja tersebut sehingga adat tersebut selesai.

4. Pertandingan ratu hodoh yang mendapat sambutan ramai

Kebiasaannya, kita selalu mendengar tentang pertandingan ratu cantik kan? Tapi, di England terdapat satu pertandingan yang diberi nama sebagai pertandingan ratu hodoh ataupun lebih dikenali sebagai World Gurning Championship yang mana semua para peserta akan bertanding melakukan raut wajah yang paling hodoh.

Hanya terdapat satu peraturan sahaja dalam pertandingan ini iaitu peserta yang dapat membuat raut wajah mereka menjadi paling hodoh dan mengerikan sekali akan dinobatkan sebagai juara.

2
Via dairishare.blogspot.com

World Gurning Championship sebenarnya telah bermula sejak daripada tahun 1269 oleh King Henry ketiga. Pertandingan ni akan mengetengahkan tiga kategori sahaja iaitu kategori lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. Pertandingan ini juga telah mendapat sambutan yang hangat di England. Seseorang telah catatkan rekod kemenangan sebanyak lima belas kali berturut-turut iaitu seorang lelaki bernama Tommy Mattison. Pada tahun 2008, Tommy telah diberi penghormatan untuk gurn ataupun menunjukkan raut wajah paling hodoh dihadapan permaisuri England.

Untuk pengetahuan korang, ada juga masyarakat yang sanggup mengambil langkah drastik untuk memenangi pertandingan ni, antaranya ialah Peter Jackman yang mana sanggup mengeluarkan kesemua giginya semata-mata untuk mendapatkan raut wajah yang lebih fleksibel walaupun dia terpaksa memakan bubur sepanjang hayatnya. Namun, usaha Peter Jackman ni boleh dikatakan berbaloi juga kerana dia telah berjaya memenangi pertandingan ini sebanyak empat kali berturut-turut.

5. Lelaki yang menyerupai syaitan berlari dan melompat di atas bayi

Umum mengetahui bahawa Sepanyol memang terkenal dengan pelbagai perayaan dan adat-adat mereka yang sangat luar biasa. Tapi, terdapat satu adat dan tradisi yang sering diamalkan oleh mereka yang paling aneh dan bahaya kat sana. Tradisi tersebut dikenali sebagai El Colacho, yang mana seorang lelaki akan memakai pakaian berwarna merah dan kuning yang menyerupai syaitan kemudian lelaki tersebut akan berlari melompat di atas bayi. Bayangkan jika lelaki tersebut terpijak bayi tu?

Festival melompat atas bayi ini diadakan setiap tahun bagi meraihkan perayaan Corpus Chrtisti iaitu sebuah perayaan Katolik. Bayi-bayi tersebut akan dibaringkan di atas tilam dan sekumpulan lelaki El Colacho ini akan berlari dan melompat melangkaui bayi-bayi tersebut. Tradisi pelik ini dikatakan boleh menghapuskan dosa serta melindungi bayi tersebut daripada anasir jahat.

Namun, akibat daripada risiko yang mungkin bakal berlaku daripada festival melompat atas bayi ini, Pope Benedict ke-16 telah memberikan amaran kepada masyarakat agar menjauhi adat dan tradisi pelik ini.

Tak salah nak merayakan sesuatu adat, tapi korang janganlah sampai membahayakan diri korang sendiri…

Adat dan tradisi yang pelbagai ni sememangnya unik untuk kita lakukan namun korang janganlah sampai melakukan sesuatu perkara ataupun adat yang mungkin boleh mengundang bahaya dan mencederakan diri kamu sendiri. Di Malaysia, apa adat pelik yang korang tahu? Cuba beritahu, nanti kami akan tulis artikel tentangnya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top