Makanan dari China yang kita selalu makan tapi tak sedar

Makanan dari China yang kita selalu makan tapi tak sedar

Musim raya Cina dah nak dekat ni, semua dah mula terbayangkan mandarin orange kan? Tapi ada jugak yang pelik-pelik nak suruh boikot mandarin orange ni kononnya dah bercampur bahan kimia bahaya lah apa (sebenarnya berbaur rasis).

Malaysia ni sebuah negara berbilang kaum dan sedar tak sedar kita dah lama kongsi budaya, amalan dan yang paling best sekali, makanan!
Via Xtra
Yang nak boikot ni sedar ke tak setiap hari kita makan makanan cina seperti mihun, kuey teow, taufu fah, pau, kek bulan, dan macam-macam lagilah (kami dah terliur). Kedatangan kaum cina sejak zaman kesultanan Melayu Melaka telah mengubah corak masakan tempatan, namun kini kemasukan makanan cina asli yang halal telah menambah variasi pilihan makanan untuk penggemar kulinari di Malaysia.
Kami akan kongsikan beberapa jenis makanan asli China yang kini boleh didapati dalam versi halal di negara kita.

1. Dim sum

Via dimsumcentral
Dimsum sejuk beku yang selalu dijual di pasar malam atau warung tak boleh disamakan dengan dim sum dengan buat dari bahan-bahan segar. Pada asasnya dimsum ialah pelbagai makanan kecil yang mempunyai variasi bentuk dan rasa, sesuai dengan cara masaknya yang berbeza samada rebus (sup), goreng atau stim.
Setiap satu dim sum mempunyai keunikkannya sendiri, misalnya Har Gow, atau ‘Dumpling Udang’ , jika dimasak dengan betul akan menghasilkan sup inti udang didalam balutan dumpling. Ini akan menghasilkan letupan rasa ketika gigitan pertama. Dim Sum halal boleh di dapati di Maju Palace (Maju Junction), Dolly Dim Sum (Avanue K), China Treasure (Sime Darby Convention Center), dan Lai Poo Heen (Mandarin Oriental Hotel).

2. Mee tarik

Mee jenis ini mempunyai tekstur berbeza pada meenya yang lebih kenyal dan memantul. Selalunya mee ini akan ditarik mirip aksi kung fu dari pakar yang diimport khas dari China, selalunya dari daerah Lanzhou.
Kota yang dulunya menjadi pintu yang menghubungkan China dengan laluan sutera sememangnya mempunyai ramai penganut Islam. Mee tarik boleh dihidang kering dengan sos mirip spagetti atau dengan sup daging yang jernih. Mee tarik boleh didapati dengan mudah di sekitar ibu kota.

3. Pan Mee

Via AFC
Mee nipis yang terkenal dari suku Hakka ini sebenarnya berasal dari Malaysia. Mee gandum yang dihidangkan dengan sup ikan bilis kemudiannya dihias dengan daging cincang, sayur manis, kulat hitam, bilis rangup dan sambal khas. Kombinasi ini menjadikan pan mee satu makanan yang mengujakan dengan elemen rangup, kenyal dan berkuah. Mee sup halal boleh didapati di cawangan-cawangan Noodle Shack, Yums di sekitar Kuala Lumpur.

4. Mongolian hot pot

Via Groupon
Stimbot sudah dikenali ramai dalam kalangan orang melayu terutamanya yang gemarkan makanan buffet namun stimbot yang berasal dari Mongolia ini menawarkan pengalaman sedikit berbeza dengan kehadiran potongan daging kambing yang dihiris nipis.
Daging ini dicelup dalam sup panas dan diangkat bila dagingnya berubah warna dari merah ke perang. Sos bijan juga menjadi pilihan utama masakan ini walaupun mempunyai pelbagai pilihan lain. Mongolian Hot Pot yang terkenal dan halal di Kuala Lumpur boleh didapati di The Khan Mongolian Restaurant (PV128 Jalan Genting Klang, Setapak).

5. Kebab kambing

Via TripAdvisor

Bila sebut kebab, pastinya kita terbayang gaya masakan Arab, namun hakikatnya kebab mempunyai sepupu sepapat di seluruh dunia termasuklah di China. Dari Xinjiang, resepi terkenal Uighur nikmatilah daging kambing empuk yang diwarnai rempah jintan, serbuk cili dan garam kemudian ditusuk dengan besi sebelum dibakar.

Campuran ini akan menghasilkan daging kambing lembut dgn rasanya yang tak mudah dilupakan. Yang Rou Chuan atau kebab kambing ini boleh dinikmati di majoriti restoran mee tarik yang menghidangkan masakan asal Xinjiang.

Rasis, rasis ni, nak pergi mana? Chill ler.

Kalau bab makanan ni kita tak perlulah bersikap rasis sangat. Kalau Islam, selagi makanan tu disahkan halal, makanlah. Rugi je! Kita pun masyarakat berbilang kaum, dan makanan – sama juga macam perayaan – dah sebati dalam budaya masyarakat majmuk. Daripada kita boikot itu ini, baiklah kita lebih bersikap terbuka dan nikmati keunikan masyarakat kita ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top