Anjing dan Islam? Raja Kelantan dah pernah panggil ulama berdebat

Anjing  adalah binatang yang digeruni oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia. Dulu pernah ada aktivis sosial anjurkan acara ‘I Want To Touch a Dog‘, menggelupur umat Melayu kerana bimbang akidah umat Islam berada pada tahap kritikal. Kalau kalian tak percaya – lihatlah saja apa-apa berita berkaitan dengan anjing dan Islam; pastinya akan ada berlambak komen-komen ekstrem daripada pembela agama Allah. Sekali-sekali komentar mereka ni macam dah menghabiskan berpuluh-puluh tahun melakukan kajian terhadap permasalahan anjing dan Islam.

Ada sesiapa sebut pasal aku? Via Giphy

Hari ni kami bukan nak jadi ustaz atau khatib yang suntik ubat tidur kepada pendengarnya setiap kali hari Jumaat muncul. Kami nak kongsikan satu benda yang ramai orang tak tahu, terutamanya kumpulan anti-anjing. Sebenarnya perbahasan hukum anjing ni dah lama dah orang debatkan, dari sebelum Facebook ada lagi. Bukan setakat Facebook, apa benda tu internet pun orang tak tahu lagi masa tu.

Debat berkenaan anjing, antara debat terbuka agama terawal di Tanah Melayu

Najib Razak pernah kata debat bukan budaya kita, tapi actually budaya debat ni dah lama dilakukan di negara kita. Cerita dia macam ni – satu perdebatan berkaitan dengan hal jilatan anjing telah berlaku di Kelantan pada tahun 1937. Perselisihan pandangan atau pendapat ni bermula dengan Hj. Nik Abdullah b. Hj. Wan Musa, seorang ulama muda time tu yang kemudiannya diteruskan oleh ayahandanya Hj. Wan Musa b. Hj.Abdul Samad yang pernah menjadi Mufti Kelantan dari 1908 hingga 1916.

Nampak tak apa yang kami nampak? Via ABIM

Berkaitan hal jilatan anjing, beliau berikan dua pandangan menurut mazhab Maliki dan Mazhab Syafie.

Beliau nyatakan jika terdapat lebih dari satu pandangan maka diperbolehkan untuk umat Islam beramal dengan mana-mana pandangan tersebut. Pandangan ini sampai kepada Hj. Ibrahim b. Hj. Yusof yang merupakan Mufti Kelantan ketika itu.

Beliau tak setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Hj. Nik Abdullah yang mahukan agar rakyat Kelantan beramal menurut Imam Syafie dan disokong oleh beberapa ulama’ lain seperti Hj. Ahmad Mahir b. Hj Ismail, Hj. Abdullah Tahir b. Hj. Ahmad dan lain-lain lagi. Umur Hj. Nik Abdullah tidak panjang. Beliau meninggal tak lama selepas itu.

Pertelingkahan ini berpanjangan dan semakin membesar dalam masyarakat sehingga menarik perhatian Raja Kelantan ketika itu iaitu Raja Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV.

Tapi mereka tak gaduh macam ni lah. Via Giphy

Raja Kelantan panggil mereka adakan perdebatan

Baginda panggil kedua-dua belah pihak ke Istana Jahar untuk dapatkan persepakatan dan seterusnya menghentikan polemik yang sedang hangat dalam masyarakat Kelantan. Usaha baginda menemui jalan buntu dan gagal mendapat persepakatan pihak-pihak yang berselisih pandangan. Masyarakat terus dengan polemik berkaitan perihal jilatan anjing ini.

Usaha pihak istana tak berhenti setakat tu, YM Tengku Ibrahim merancang untuk membuat satu perdebatan berkaitan hal ini yang melibatkan lebih ramai ulama’ di Istana Sri Cemerlang.

Perdebatan tu turut melibatkan Hj. Abas Taha (Kadi Besar Singapura) dan Dr. Burhanudin al-Helmi (S/U majlis Ulama’ Singapura), yang menyebelahi Hj. Wan Musa.

Triggered? Via Redaksi

Raja Ismail bertindak sebagai hakim. Namun seperti sebelumnya, Raja Ismail tak dapat membuat keputusan dan menyerahkan kepada rakyat untuk beramal dengan mana-mana pandangan yang diperdebatkan. Sekembalinya dari perdebatan itu Hj. Abas Taha menulis satu kitab yang berjudul Risalah Penting, yang mengumpulkan pandangan ulama’ yang menyokong pendapatnya termasuklah Mufti Mesir seperti yang dicatatkan Maulana al-Sheikh al-Marori.

Tak berhenti setakat tu, Bakal Sultan Kelantan, Tengku Ibrahim turut menghantar tiga soalan kepada Sheikh al-Azhar ketika itu Syed Mohd. Mustapha al-Maraghi, yang menyokong pendapat Hj. Nik Abdullah. Jawapan tersebut telah diterima pada 1 April 1937.

Via Giphy

Menariknya, tak ada pun keluarga Hj. Nik Abdullah yang pelihara anjing sehingga kini dan masyarakat Melayu terus kekal sebagaimana asalnya.  Begitu juga dengan ulama’ Melayu dahulu, tidak pula melabelkan Haji Nik Abdullah dan ayahandanya Hj. Wan Musa sebagai tokoh liberalis kerana perbezaan pandangan fiqah dalam hal ini. Mereka boleh berlapang dada kerana itulah sikap yang dituntut kepada seorang ulama’.

Kawan kami ada tulis perbahasan yang lebih terperinci

Walaupun OrangKata ni kadang-kadang tulis artikel macam orang tengah mamai, kami ada ja kawan yang power. Contohnya Ustaz Wan Ji Wan Hussin. Dia ada bahaskan soal fiqih yang mendalam terhadap perbahasan anjing ni. Jarang sebenarnya ada islamis yang rajin tulis panjang-panjang dan sarat dengan dalil untuk beri kefahaman orang awam. Kalau nak baca, boleh baca di sini.

Kami pun akan ambil sikit-sikit hujah dia, sebab kami pun bukan budak agama – setakat datang usrah sebab nak target baitul muslim ja. Bagi yang tak tahu baitul muslim tu apa – untuk kahwin ler.

Kami ambil contoh tentang soal sentuh anjing;

Dari sudut pengajian usul al-fiqh, sesuatu perkara itu tidak boleh dijatuhkan hukum haram selama tiada nas yang saheh dan sareh (jelas) menyatakan pengharamannya. Kewujudan nas yang sahih, tetapi tak sareh (tidak jelas) pun tidak boleh menjadikan sesuatu tu haram, seperti hadis yang menyatakan larangan ma’azif yang diterjemah sebagai muzik. Tidak dinafikan, hadis itu riwayat al-Bukhari, sudah pasti ia saheh, tetapi kalimah Ma’azif yang ada dalam hadis itu tidak sareh. Makanya, menafsirkannya sebagai bermaksud muzik, lalu diharamkan muzik adalah tidak tepat. (Sila lihat perbahasan panjang lebar di sini : muzik : satu kupasan)
Via Giphy
Tidak pernah terdapat satu nas yang sahih dan jelas menyatakan larangan terhadap memegang anjing. Ekoran itu, ia tak boleh dinyatakan sebagai hukum haram. Ini kerana, dalam fiqh islam, sesuatu yang mahu dikatakan haram, hendaklah dari sumber nas (al-Quran atau al-hadis) yang sahih dan sareh (jelas). Dalam kes muzik, dalam keadaan wujud hadis yang saheh pun, tidak boleh nak dikatakan muzik haram kerana hadis itu tidak sareh. Inikan pula dalam hukum menyentuh anjing, yang tiada satu nas yang saheh dan sareh menyatakan larangan tersebut.

Kadang-kadang anjing lebih setia daripada manusia

Kami nak tutup artikel ni dengan ayat #deep sikit. Perbahasan tentang anjing dah lama wujud, orang kita ja yang selalunya malas nak ambil tahu. Apa yang penting, kalian kena terbuka dengan perbahasan tentang anjing ni, jangan terlalu fanatik dengan pandangan sendiri, sampai nak pukul orang sebab pegang anjing. Anjing adalah haiwan peliharaan yang setia, bahkan boleh mengalahkan kesetiaan manusia.

[poll id=”2″]

Artikel ini banyak merujuk tulisan Amidi Abdul Manan yang disiarkan di Astro Awani dan blog Ustaz Wan Ji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *