Upacara Silat Seni Gayong, perlimau tapak, perlimau seni, dan mandi teratai

112

Apabila kita sebut je pasal silat, pasti ramai yang ada persepsi negatif dengan mengaitkan adat dan budaya dalam persilatan sebagai amalan khurafat atau menyongsang daripada akidah umat Islam. Macam tu jugaklah dengan Silat Seni Gayong yang sarat dengan pelbagai amalan adat seperti majlis perlimau tapak, perlimau seni, mandi teratai, mandi minyak dan beberapa lagi upacara adat yang dipraktikkan sejak sekian lama.

Dalam upacara yang ramai skeptikal ni, sebenarnya diorang guna ayat-ayat Al-Quran…

Sebenarnya tak ramai yang memahami betapa sebenarnya semua amalan tu hanya mahu mendekatkan diri pesilat kepada adat dan budaya Melayu yang kaya dengan simbolik dan santun dalam peradabannya. Setiausaha Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), Samsun Putra Raja Abdul Majid, tegaskan yang dalam semua upacara tu, takde unsur khurafat sebab semuanya gunakan ayat suci al-Quran.

Via Berita Harian

Katanya, majlis perlimau tapak adalah upacara untuk terima kemasukan ahli baru dengan menerapkan beberapa syarat iaitu lafaz ikrar janji taat setia, selain melalui proses adat yang sebenarnya hanya satu simbolik orang Melayu.

“Dalam majlis perlimau tapak, ahli perlu menyediakan beberapa bahan asas, antaranya limau, sintok, asam jawa, garam, bertih, beras dan pisang. Semua bahan ini akan digunakan untuk proses mandi tapak,” – Samsun Putra Raja Abdul Majid, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dia kata; semua ahli akan berdepan Guru Utama, Datuk Raja Abdul Majid Md Isa dan membaca beberapa ayat suci al-Quran iaitu surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Lahab, selawat ke atas nabi dan seterusnya beramai-ramai mengikut lafaz ikrar.

Via Berita Harian

Benda inilah yang paling utama sebab ikrar tulah sebenarnya proses penting untuk terima ahli baru. Ahli perlu berjanji mengaku taat setia sebagai anak Gayong kepada Allah, agama, raja-raja Melayu, pemimpin, guru, ibu bapa dan sesama ahli.

Tambahnya, menerusi ikrar itu, ahli umpama bersedia untuk menjaga ilmu yang bakal dipelajari dan tidak sewenang-wenangnya mendedahkan rahsia seni persilatan kepada mereka yang bukan ahli.

Ahli akan diminta mandi dengan gunakan limau dan sintok sebagai simbolik membersihkan tubuh…

Berkenaan penggunaan semua bahanĀ  yang pelik-pelik; itu hanyalah simbolik yang mana ia mahu mendekatkan ahli dengan maksud tersirat di sebalik upacara yang dilalui.

Via Zine.my

Ahli akan diminta mandi dengan gunakan limau dan sintok sebagai simbolik membersihkan tubuh sebelum menyerahkan diri untuk menerima ilmu yang bakal diajar. Ia bukan menyucikan dosa kerana ia hanya satu simbolik bersihkan diri.

“Kenapa pula guna limau dan sintok, tidak digunakan sabun mandi biasa. Inilah simboliknya. Silat Seni Gayong mahu ahli rasa bagaimana kehidupan pendekar zaman dahulu yang menggunakan bahan dari alam untuk bersihkan tubuh,” – Samsun Putra Raja Abdul Majid, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Samsun Putra kata; selepas berikrar, ahli akan makan asam jawa sebelum diberikan bertih dan jagung. Ini juga satu simbolik kerana ahli akan merasai rasa masam dan masin seperti juga kesukaran yang dihadapi di peringkat awal belajar silat sebelum merasai kemanisan ilmu tu, dengan makan pisang sebagai simboliknya.

Via Gfycat

Dia kata macam tu ketika ditemui Berita Harian kat satu majlis perlimau tapak dan seni Gelanggang Dermaga Beruang Lekir di Masjid Al-Quddus, Seri Kembangan baru-baru ini yang babitkan lebih 100 ahli baru.

Bayaran untuk majlis ni cuma RM17.50 sebagai bayaran saguhati…

Selain perlimau tapak, perlimau seni pulak ialah upacara ikrar dan mandi seni bagi mereka yang mahu memasuki fasa pelajaran permainan senjata, manakala mandi teratai pula untuk mempelajari gerakan tari teratai.

Via Berita Harian

“Saya amat berharap tidak ada lagi persepsi negatif mengenai amalan dalam Silat Seni Gayong. Adat dan budaya Melayu mesti kita jaga di samping memastikan ia masih berlandaskan syariat. Sekurang-kurangnya dalam seni silat, anak Melayu dapat dipelihara jati diri Melayunya,” – Samsun Putra Raja Abdul Majid, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Bayaran untuk majlis ni cuma RM17.50 sebagai bayaran saguhati untuk perlimau tapak. Lepas tu, hanya wakil yang diamanahkan boleh jalankan proses perlimau tapak. Menarik jugak sebenarnya acara-acara macam ni. Kami tak ikut lagi silat ni, mungkin lepas ni kami akan mula daftar kot…

 

Artikel ini diambil dan disunting dari artikel Rahsia perlimau, mandi dalam silat gayong, yang diterbitkan oleh Berita Harian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *