10 tradisi sambutan tahun baru unik, ada yang bawa beg lari-lari keliling bangunan

F1
10 tradisi sambutan tahun baru unik, ada yang bawa beg lari-lari keliling bangunan

Pejam celik pejam celik kita nak sampai tahun baru 2020 dah kan? Mesti korang dah berangan nak naik dan lihat kereta terbang pada tahun 2020 ni kan? Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai orang yang buat aktiviti untuk menyambut kedatangan tahun baru. Kali ni kami akan kongsikan tentang 10 cara sambutan tahun baru yang paling pelik yang ada kat dunia.

1. Membuang segala perabot terpakai melalui tingkap (Afrika Selatan)

Untuk pengetahuan korang, Afrika Selatan bukanlah sebuah negara yang selalu jadi tajuk berita utama. Namun, tradisi menyambut tahun baru yang mereka lakukan telah dapat liputan yang luas dan perhatian dunia. Di kebanyakan tempat di Afrika Selatan, mereka akan lakukan sambutan tahun baru dengan membuang segala perabot terpakai mereka melalui tingkap apartmen. Selain itu juga, barangan seperti ketuhar gelombang mikro dan peti ais juga turut mereka buang tau.

Disposal Of Furniture South Africa 1
Via ilmkidunya

2. Membunyikan loceng sebanyak 108 kali (Jepun)

Sambutan tahun baru di negara Jepun lebih meriah berbanding dengan negara yang lain. Peluang ini akan diambil dengan sebaik mungkin untuk lari daripada bebanan kerja dengan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Pada malam tahun baru, loceng di kuil Buddha akan dibunyikan sebanyak 108 kali agar dapat didengari di seluruh pelusuk bandar tersebut.

Bunyi Loceng Selama 108 Kali 976
Via : Getty Images

Menurut kepercayaan Buddha, amalan ni dapat menghapuskan dosa dan keinginan duniawi. Kesemua loceng akan dibunyikan pada malam tahun baru. Hanya satu deringan sahaja yang akan dapat didengari selepas lewat malam. Malah, mereka turut menyediakan hidangan mi gandum kuda atau “Toshikoshi Soba” dalam bahasa Jepun.

3. Festival Takanakuy, perlawanan tinju bagi menghapuskan segala persengkataan (Peru)

Bagi masyarakat wilayah Chumbivilcas di Peru pula, mereka akan adakan perlawanan tinju pada setiap 25 Disember yang mana bertujuan agar masyarakat dapat berdamai dan melangkah ke tahun baru tanpa ada sebarang persengketaan atau salah faham antara sesama mereka. Pertarungan ini pada kebiasaannya akan disertai oleh semua peringkat usia yang terdiri daripada anak muda sehinggalah ke warga emas.

Selain tu, ada juga perayaan yang melibatkan muzik, tarian, makanan dan kostum berwarna terang.

Takanakuy Festival Peru 1
Via xaxor

4. Menjatuhkan ais krim dengan secara sengaja (Switzerland)

Negara Switzerland merupakan salah sebuah negara yang tercantik di dunia dan mereka juga mempunyai cara yang unik dalam menyambut kedatangan tahun baru. Para penduduk di negara ini akan menumpahkan ais krim ataupun krim putar di lantai dengan secara sengaja. Ia kemudiannya akan dibiarkan disitu sepanjang tahun.

Pada pandangan korang mungkin ianya adalah satu amalan yang membazir namun bagi penduduk di negara ini itulah adat yang mereka pegang untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik.

Menjatuhkan Ais Krim
Via ilmkidunya.com

5. Memberikan ucapan tahun baru kepada lembu peliharaan mereka (Belgium dan Romania)

Golongan para petani di negara Belgium dan Romania akan mengamalkan ucapan selamat tahun baru kepada semua lembu-lembu peliharaan mereka. Amalan pelik mereka ini dilakukan bagi memastikan bahawa lembu ternakan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat. Namun, upacara ini hanya akan dilakukan oleh golongan petani sahaja.

Via Giphy

Masyarakat yang lain akan meraikan tahun baru dengan melakukan cara yang normal iaitu bertukar-tukar hadiah, makan-makan dan menikmati pertunjukan bunga api.

6. Mengetuk periuk belanga dan kuali (Australia)

Pada kebiasaannya, setiap tengah malam tahun baru para penduduk Australia akan berarak di jalan raya sambil mengetuk kuali dan periuk. Ada sesetengah dari mereka berpendapat bahawa aktiviti ini dilakukan bagi menjauhkan segala kuasa jahat. Bunyi bising yang dihasilkan dipercayai dapat menghalau “juju” buruk seperti roh, perbuatan jahat dan syaitan.

Malah, ada juga kepercayaan bahawa amalan ini adalah suatu bentuk muzikal para penduduk di sini bagi meraihkan kedatangan tahun baru. Dah rasa macam nak bangunkan orang untuk sahur pun ada kan?

7. Berlari sambil membawa beg pakaian di seluruh kediaman (Colombia)

Di Colombia pulak, para penduduk setempat akan berjalan atau berlari bersama dengan beg pakaian atau bagasi kosong di blok kediaman, dalam bulatan atau sepanjang hari. Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk memberikan pengalaman melancong yang menarik pada tahun baru. Bagi mengelakkan daripada mengganggu ketenteraman jiran, terdapat segelintir daripada mereka yang hanya meninggalkan beg pakaian mereka di luar pintu rumah sahaja.

Selain tu, mereka juga akan turut menikmati buah anggur sehingga lewat malam.

Berlari Bersama Beg Pakaian
Via danielsalazar35.wordpress.com

8. Membaling roti pada dinding dan menyimpan daun mistletoe di bawah bantal (Ireland)

Pada setiap malam tahun baru, seluruh rakyat negara Ireland akan membaling roti pada dinding untuk menghapuskan segala roh jahat. Selepas itu, mereka akan menganjurkan sebuah majlis di pub dan kelab bersama-sama dengan keluarga sambil menikmati minuman keras.

Bukan baling roti macam ni eh. Via Giphy

Selain tu, wanita bujang di Ireland menanti-nantikan ketibaan tahun baru dengan menyimpan daun mistletoe di bawah bantal bagi tujuan untuk bertemu jodoh. Tradisi ini juga turut dipercayai mampu untuk mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa nasib malang.

9. Menjamah kek yang berisi duit syiling di dalamnya (Bolivia)

Kalau korang melawat ataupun menyambut tahun baru di negara Bolivia, korang perlu berhati-hati jika korang dihidangkan dengan kek. Hal ini kerana, masyarakat Bolivia akan sengaja memasukkan duit di dalam kek kerana mereka mempercayai bahawa sesiapa yang mendapat potongan kek dengan duit syiling di dalamnya itu bermaksud bahawa dia akan mempunyai perkembangan yang baik dari segi kewangan.

Anak patung yang diperbuat daripada jerami dan kayu akan digantung di luar rumah. Sesiapa yang meninggalkan tiga biji batu di luar pintu rumah dianggap bertuah dari segi kesihatan, kebahagiaan dan cinta.

Sweet Coins Bolivia 1
Via dbuster

10. Berparti di kawasan perkuburan (Chile)

Cuba korang bayangkan kalau korang menerima kad jemputan untuk menghadiri majlis sambutan tahun baru seperti ini, mahu meremang bulu roma dibuatnya kan? Kalau korang nak tahu, adat ini telah wujud semenjak daripada tahun 1995 lagi tau. Masyarakat di negara Chile mempercayai bahawa setiap kali menjelang tahun baru, roh saudara mara mereka yang telah meninggal dunia sedang menunggu di tanah perkuburan.

Tepat pukul 11 malam, pintu kawasan ini dibuka oleh ketua bandar dan kemudiannya akan dikerumuni oleh orang ramai dengan lampu yang berkedip dan diiringi dengan muzik klasik lembut.

Berparti Di Kawasan Kubur
Via : break.com

Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih baik buat kita semua…

Semalam korang sambut macam mana? Walau macam mana pun cara korang menyambut kedatangan tahun baru pada kali ni, kami semua mendoakan agar korang diberikan lebih kejayaan pada tahun-tahun yang akan mendatang bersama dengan orang-orang yang korang sayangi. Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top