Dua kanak-kanak didakwa bakar rumah kerana seronok lihat bomba bekerja

Asaasa

Setiap kanak-kanak ada hobi diorang yang tersendiri. Kalau korang ‘setua’ kami, mestilah korang biasa dengan aktiviti-aktiviti seperti bermain guli, lari-lari, main sorok-sorok dan acara paling dinanti-nantikan; makan tanah. Literally, makan tanah. Budak-budak zaman sekarang pulak gemar untuk main permainan video atau telefon yang kita tak sengaja tinggalkan di atas meja.

Semalam, ada berita yang menganggu kami. Ada dua orang budak kat Kelantan ni; hobi diorang berbeza dari yang lain. Diorang didakwa suka bakar rumah sebab nak tengok bomba datang padamkan api…

Kanak-kanak membakar rumah kerana seronok lihat anggota bomba datang padamkan kebakaran…

Pada awalnya pihak polis tak terima laporan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak yang terbabit dalam empat kejadian kebakaran rumah di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat. Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu dikatakan terlibat dalam kes berkenaan antara Jun hingga semalam.

Via Sinar Harian

Terbaru kes kebakatan tu babitkan sebuah rumah didiami bapa tunggal bersama empat anak lelaki berusia antara 5 hingga 14 tahun hangus dalam kejadian pada jam 10.45 pagi beberapa hari lepas. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan kata; polis sedia maklum berhubung kebakaran itu dan dakwaan umum mengatakan pelakunya membabitkan seorang kanak-kanak.

“Pegawai penyiasat dari IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Tumpat menjalankan siasatan awal di tempat kejadian dan sudah menyoal kanak-kanak itu tetapi dia tidak mengaku. Polis tidak menerima laporan rasmi berhubung dakwaan itu dan perlu menunggu hasil siasatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat,” – Datuk Hasanuddin Hassan, katanya selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Via Cempedak Cheese

Sejak 3 hari lepas, benda ini tular di media sosial; seorang kanak-kanak dikatakan bertindak membakar rumah hanya kerana dikatakan seronok melihat anggota bomba datang memadamkan kebakaran. Datuk Hasanuddin kata; Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran.

Diorang nak tunggu siasatan bomba dan diorang nasihatkan orang ramai supaya tak menularkan sesuatu perkara yang belum pasti kesahihannya. Kejadian kebakaran baru-baru ni merupakan kes kali keempat berlaku selepas kebakaran ketiga membabitkan tujuh rumah di kampung sama pada 28 Ogos lalu.

Kawasan kebakaran. Via BebasNews

Insiden pertama berlaku pada Jun lalu melibatkan kebakaran sebuah rumah kedai diikuti tiga unit rumah sewa beberapa hari sebelum Aidiladha.

Kedua-dua beradik tu ditahan oleh pihak polis setelah terima aduan penduduk…

Dua beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun ditahan bagi membantu siasatan siri kebakaran yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu. Tangkapan ke atas dua kanak-kanak itu dibuat pada jam 12 tengah hari semalam.

Via Giphy

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli kata, penahanan dilakukan susulan laporan penduduk termasuk kes kebakaran sebuah rumah di hadapan kediaman keluarga mereka.

“Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan. Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok,” – Mohd Razi Rosli, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Via Remaja

Mohd Razi kata, kes tu masih dalam siasatan dan belum ada pengakuan direkodkan daripada kanak-kanak tu. Kes ni akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. Kami pun sebenarnya first time dengar kes yang macam ni; kalau betul kanak-kanak tu lakukan perbuatan khianat sehingga sebabkan beberapa rumah terbakat, diorang perlu ‘dipulihkan’.

Awasi kelakuan anak-anak korang dan beri didikan yang sewajarnya…

Menakutkan weh, kecil-kecil dah suka bakar rumah orang. Kami harap jugak semoga semua mangsa kebakaran akan dibantu dan dipermudahkan urusan. Kebakaran rumah ni bukan benda main-main, sudah tentu banyak harta akan musnah akibat kebakaran. Nasihat kami jugak kepada ibu bapa di luar sana; pasatikan korang sentiasa mendidik anak korang dengan betul, dan awasi kelakuan diorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *