Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Budaya

Penerangan adat Minangkabau ni jelaskan punca utama lamaran Zainuddin ditolak

By Editor
July 9, 2019 4 Min Read
Comments Off on Penerangan adat Minangkabau ni jelaskan punca utama lamaran Zainuddin ditolak

Bagi mereka yang selalu baca buku-buku sarjana universal, Hamka – tentu saja diorang akan mengenali bangsa Minangkabau. Kalau tak baca buku Hamka pun, tengok je lah filem Tenggalamnya Kapal Van Der Wijck, filem tu sarat dengan adat Minangkabau.

Lagi satu, kalau korang ada member dari Negeri Sembilan, mesti sekurang-kurangnya sekali korang akan terdengar diorang sembang pasal adat Minangkabau. Lebih-lebih lagi kalau masuk bab kahwin. Aduh, cakap pasal kahwin ni – pening kepala terfikir duit belum cukup nak kahwin. Apa-apa pun, sejarah dan adat Minangkabau ni benda yang menarik untuk dipelajari…

Perkahwinan yang tak penuhi syarat akan dilabelkan sebagai perkahwinan yang sumbang…

Orang Minangkabau ni merupakan penduduk asal kawasan kat Sumatera Barat, Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba kat Negeri Sembilan melalui Melaka. Maksud perkataan Minangkabau ni adalah gabungan daripada perkataan ‘Minang’ yang bermaksud ‘Menang’ dan ‘Kabau’ bermaksud ‘Kerbau’. Gabungan perkataan ni diperoleh daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan kat Tanah Melayu. Bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau cadangkan pertandingan beradu kerbau.

Orang-orang Minangkabau. Via MMS

Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar kat dunia. Adat ni menyebabkan kaum lelaki Minangkabau merantau untuk cari ilmu dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun selalunya akan tinggalkan rumah untuk lepak kat surau, di sana diorang diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pulak, diorang digalakkan untuk tinggalkan kampung halaman bagi mencari pengalaman kat dunia luar supaya diorang dapat jadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan kampung halaman.

Biasanya masyarakat Minangkabau ni merupakan penganut agama Islam. Disebabkan benda ni, majlis pernikahan bagi masyarakat ni dilakukan mengikut syariat Islam dan adat diorang. Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah; kedua-dua calon mesti beragama Islam, tak berasal daripada suku yang sama kecuali persukuan itu berasal dari negeri yang lain, saling menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah pihak serta calon suami harus mempunyai sumber pendapatan.

Comel je diorang kahwin. Via Wikimedia

Perkahwinan yang tak penuhi syarat kat atas dianggap perkahwinan sumbang. Sebab itulah dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pinangan Zainuddin ditolak. Sudahlah tak bersuku, tak berharta pulak tu. Selain tu, masih ada peraturan tertentu dan upacara adat agama Islam yang harus dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko tando, akad nikah, baralek gadang, dan jalang menjalang.

Punyalah diorang penuh beradat, makanan pun ada falsafahnya…

Untuk upacara kematian pulak, masyarakat Minangkabau utamakan perkara-perkara wajib menurut syariat Islam seperti pengurusan jenazah. Diorang juga akan adakan majlis memperingati si mati; seperti majlis memperingati tujuh hari, memperingati hari ke empat puluh dan akhir sekali majlis memperingati hari yang ke seratus.

Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu, tapi berbeza dari segi sebutan dan tatabahasa. Contohnya, “Sadang kayu di rimbo tok samo tinggi, kok kunun manusia” yang bermaksud; sedangkan pohon di hutan tidak sama tinggi, apatah lagi manusia. Romantiklah bunyi ayat dari orang Minangkabau ni, lembut je menusuk telinga.

https://www.youtube.com/watch?v=FkNOk3coyiU

Masyarakat Minangkabau suka masakan pedas dan banyak gunakan santan kelapa. Sebab itulah kalau korang ada member dari Negeri Sembilan, diorang tahan walaupun makanan pedas gila-gila. Antara makanan terkenal untuk diorang adalah rendang dan dendeng balado. Rendang ada falsafah tersendiri bagi masyarakat Minangkabau iaitu musyawarah. Empat bahan utamanya iaitu daging lembu mewakili para pemimpin suku adat, kelapa mewakili kaum intelektual, lada mewakili alim ulama dan pemasak yang wakili keseluruhan masyarakat Minangkabau.

Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dan dihias pula dengan tengkolok. Kaum wanita pulak berbaju kurung teluk belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera.

Pakaian Adat Minang. Via RomaDecade

Budaya masyarakat Minangkabau merupakan satu budaya yang menarik dan unik bukan setakat dari struktur binaan rumah je, tapi juga dari segi bahasa percakapan, makanan, tarian, alat muzik dan juga pakaian tradisional. Selain daripada bangsa Minang, apa lagi budaya bangsa lain yang korang nak tahu? Cuba beritahu kami, nanti kami akan tuliskan untuk korang!

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Calon terbaik untuk menggantikan Lee Chong Wei nampaknya dah muncul

Next

Isu had umur belia, nampaknya dua negeri tak ikut cadangan Syed Saddiq

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme