займ срочно

Dr Noor Hisham kata semburan nyah kuman tak ikut SOP, Zuraida pertahan SOP tu…

F1
Dr Noor Hisham kata semburan nyah kuman tak ikut SOP, Zuraida pertahan SOP tu…

Dalam usaha untuk mengatasi masalah Covid-19 kat negara kita, macam-macam usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Ada yang gunakan cara yang betul, dan ada pulak yang buat ikut suka hati diorang je. Salah satu benda yang telah dilakukan oleh kerajaan kita adalah melakukan operasi semburan nyah kuman kat beberapa tempat yang berisiko tinggi di Malaysia.

Benda ni walaupun kelihatan macam tindakan yang bijak, berlaku perbezaan pandangan tentang keberkesanannya.

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah tindakan semburan nyah kuman tu tak ikuti SOP ditetapkan KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akui operasi nyah kuman yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tak ikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihaknya. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata; kebanyakan operasi nyah cemar yang dijalankan tu dilakukan terlebih dulu tanpa merujuk kepada KKM.

“Mungkin selepas ini kita akan berkomunikasi dan berhubung dengan pihak terbabit serta memberi panduan untuk kerja pembersihan atau nyah cemar di kawasan berkenaan. Selain itu kita juga akan nasihatkan pihak terbabit apa yang boleh dibuat, dan tidak boleh dibuat sepanjang proses terbabit. Mereka laksanakan lebih awal, KKM akan beri garis panduan contohnya menggunakan bahan kimia yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta laksanakan operasi terbabit,” – Dr Noor Hisham Abdullah, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dr Noor Hisham kata macam tu ketika diminta mengulas kenyataan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman yang pertikaikan proses nyah cemar yang dijalankan.

Dr Lokman kata; dia terkejut apabila melihat satu klip video mengenai operasi nyah kuman apabila cecair disemburkan ke atas permukaan jalan raya. Katanya, tindakan tu adalah pembaziran sumber dan wang yang dikeluarkan tu lebih baik digunakan untuk beli peralatan perlindungan diri (PPE).

Dia persoalkan; apa sebenarnya yang diorang lakukan? Macam mana permukaan jalan raya boleh dicemari oleh virus? Apakah dengan cara orang ramai batuk ke atasnya beramai-ramai?

Jkquit

Sebabnya, jika permukaan jalan raya dicemari, bagaimana pulak virus tu boleh berada kat muka? Apakah dengan cara diorang menyapu tangan di permukaan jalan dan kemudian menyentuh muka mereka?

“Apakah asas atau bukti di sebalik tindakan disinfeksi jalan raya itu? Ya, mungkin mereka boleh berkata bahawa mereka sekadar mengikut SOP, tapi siapa yang menyediakan SOP itu dan siapa yang mengesahkannya?” – Dr Lokman Hakim, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Zuraida tetap pertahankan SOP nyah kuman, dia kata kita tahu banyak lagi pasal Covid-19 ni…

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pertahankan prosedur operasi nyah kuman dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilakukan sebelum ni. Sebabnya ramai yang kritik berlaku pembaziran apabila cecair disinfeksi disemburkan kat permukaan jalan raya ketika prosedur operasi dilakukan PBT.

Zuraida Kamaruddin

Zuraida kata; semburan cecair disinfeksi ke permukaan jalan raya adalah langkah keselamatan menyeluruh yang diambil kerana sehingga kini masih belum ada rumusan tepat berhubung kaedah penularan COVID-19.

Dia katanya terbuka untuk adakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) penyemburan nyah cemar.

Zuraida kata – baik berhati-hati dan utamakan lokasi penyemburan di kawasan awam, selain masih terlalu awal untuk mana-mana pihak mengkritik prosedur ini sedangkan kita belum dapat rumusan tepat mengenai penularan virus ini. Sebenarnya, sembur jalan raya memang membazirkan sumber pun, diorang patut fokus kat tempat-tempat yang mungkin akan disentuh oleh orang ramai.

“Kita ada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) setiap pagi, tetapi perkara ini (pembaziran) tak dimaklumkan kepada saya. Insya-Allah, esok (hari ini) boleh saya berbincang dengan Dr Noor Hisham,” – Zuraida, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Ahli Parlimen Ampang tu kata; operasi nyah cemar tu terbahagi kepada dua dengan kawasan berisiko tinggi, termasuk di masjid dan surau dikendalikan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan dibuat secara teliti dan menyeluruh.

91087289 3788481754525407 7706441148989964288 O
Orang Malaysia ni kalau tak bahan orang, memang tak sah. Via PakDin

Dia turut maklumkan, kos setiap operasi nyah cemar bernilai kurang RM1 juta, selain 100,000 liter bahan disinfeksi digunakan bagi prosedur berkenaan ditaja menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Bagi Akmal pulak, Zuraida dah lakukan pembaziran sumber demi publisiti

Tindakan Zuraida Kamaruddin mengenakan sut peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap berwarna putih semasa operasi sanitasi dikecam Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Md Nasir. Katanya seperti dipetik mStar Online, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan masa untuk ahli politik cari publisiti murahan.

91087289 3788481754525407 7706441148989964288 O
Akmal. Via Astro Awani

“Pada waktu genting ni, menteri tidak seharusnya membuang masa dan menghimpunkan khalayak untuk melancarkan majlis dengan gimik. Beliau sepatutnya tidak berbuat demikian supaya (sut) PPE dan pegawainya dapat digunakan untuk menyokong petugas barisan hadapan (frontliner) kita,” – Akmal, seperti yang dilaporkan Mstar

Dalam menghadapi krisis ni, kami faham je semua orang nak kelihatan function. Cumanya, dalam kegigihan nak membantu tu – pastikan kita tak membazirkan sumber dan gunakan kaedah yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebabnya diorang dah penat-penat sediakan SOP yang perlu dipatuhi, supaya usaha tu akan lebih berkesan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top