DAP dan AMANAH pilih Mahathir sebagai PM, percaya dia akan serah kuasa selepas 6 bulan

F1
DAP dan AMANAH pilih Mahathir sebagai PM, percaya dia akan serah kuasa selepas 6 bulan

Sejak khabar angin yang mengatakan Pakatan Harapan akan dapat peluang kedua jadi kerajaan, persoalan penting yang bermain pada fikiran mereka yang mengikuti politik tanah air adalah – siapa yang PH akan letakkan sebagai calon perdana menteri diorang. Macam kami dah selalu kata; cuma ada dua nama je untuk dipilih; Mahathir atau Anwar. Kami pada awalnya ramalkan mereka akan pilih Anwar, memandangkan Mahathir dah diberi peluang untuk mengetuai kerajaan PH selama 22 bulan hari tu.

Gambar Hiasan 1 1
Nampaknya kita akan ada perlawanan hebat di antara Anwar dan Mahathir, sekali lagi. Via Bloomberg

Nampaknya ramalan kami meleset apabila diorang ambik keputusan untuk letakkan semula Mahathir sebagai calon perdana menteri diorang. Cuma, setakat ni; hanya DAP dan AMANAH yang nyatakan sokongan terbuka untuk Mahathir diangkat semula jadi PM. PKR nampaknya belum keluarkan apa-apa kenyataan rasmi lagi.

DAP dan AMANAH pilih Mahathir sebagai calon perdana menteri, dan masih tunggu PKR buat keputusan

DAP dah buat keputusan untuk menyokong Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) sementara Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, parti itu sudah membuat keputusan dan mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat keputusan dengan segera.

Kata Anthony Loke, penting untuk PKR nyatakan sama ada diorang setuju atau tak dengan cadangan tu.

“Perlu ada hala tuju jelas berkenaan langkah ke hadapan. Tidak boleh ada ketidakpastian. Sebaik saja kita buat keputusan, kita boleh melangkah ke depan. Inilah pendirian DAP. Kami memutuskan untuk bercakap (secara terbuka) hari ini kerana kami mahukan keputusan. Kami mahu tarikh akhir ditepati dan tidak mahu sebarang kepimpinan yang tidak tegas dalam PH,” – Anthony Loke, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Minggu lepas, ada satu mesyuarat bersama pimpinan PH Plus berlangsung kat ibu pejabat PKR yang dipengerusikan Anwar selaku Presiden PKR, meeting tu dihadiri oleh Dr Mahathir, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, selain kepimpinan tertinggi setiap parti. Perbincangan tu dikatakan berkisar pendirian setiap parti dalam soal untuk jadi kerajaan semula. Kami rasa, benda utama yang dibincangkan adalah siapa yang akan jadi PM kalau PH ditakdirkan untuk jadi kerajaan semula.

Gambar Hiasan 1 1
Via Free Malaysia Today

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kata, perbincangan mengenai calon Perdana Menteri PH yang sepatutnya diumumkan pada hari Selasa masih belum dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas keputusan dicapai. Anthony kata, Dr Mahathir cadangkan dia diberi enam bulan untuk memimpin sebelum serahkannya jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Anwar mungkin dah belajar dari sejarah, kekacauan hari ini berlaku kerana takde pelan pertukaran kuasa yang jelas

Macam yang kami kata awal-awal tadi, nampaknya keputusan untuk letakkan Mahathir sebagai calon perdana menteri hanya dipersetujui oleh DAP dan AMANAH je. Setakat ni PKR nampaknya macam tak setuju dengan idea ni. Kami boleh je faham – sebabnya dah beberapa kali sebenarnya Anwar mainkan watak “berjiwa besar”. Kalau korang masih ingat, masa PRU14 hari tu, dia lupakan semua perbezaan yang dimilikinya dengan Mahathir dan bekerjasama.

Lepas tu, dia turut bagi ruang kepada Dr Mahathir untuk tadbir negara, tanpa pelan transisi peralihan kuasa yang jelas. Padahal, kalau ikut perjanjian yang dah disepakati oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, sepatutnya pertukaran kuasa akan berlaku selepas dua tahun. Cuma Anwar ni main game sabar dan tak terburu-buru dan selalu kata akan beri ruang kepada Mahathir.

Yalah, kalau difikirkan secara logik, masa tu Anwar memang nak elakkan bergaduh dengan Mahathir, sebab kalau ada isu yang boleh menyebabkan dia bergaduh dengan Mahathir, peluang untuk dia jadi PM tu akan makin merosot. Cuma isu transisi kuasa yang tak jelas ni dah digunakan oleh pasukan yang memang nak buat Perikatan Nasional. Diorang gunakan isu di antara Mahathir-Anwar untuk bagi dua orang ni bergaduh. Akhirnya, sebab komunikasi dari dua pasukan yang tak berapa bagus, jatuhlah kerajaan PH.

Kami rasa benda ni yang Anwar fikir panjang kalau nak bagi Mahathir sekali lagi jadi PM. Barangkali Anwar tak yakin yang Mahathir akan bagi dia jawatan PM selepas enam bulan berkuasa. Bak kata orang, kalau nak jadi ahli politik tu, kena belajar dari sejarahlah. Kalau tengok dari apa yang berlaku ketika PH jadi kerajaan dulu, nampak sangat yang Mahathir takde usaha atau perancangan rapi nak beri jawatan PM kepada Anwar.

Ia adalah jauh lebih baik jadi pembangkang, dari jadi kerajaan yang tak stabil

Kalau tengok dari percaturan yang dilakukan oleh DAP dan AMANAH ni, kami nampak ia akan membawa diorang ke situasi yang sama ketika jadi kerajaan dulu. Mereka akan hadapi krisis apabila Mahathir enggan nak lakukan perancangan atau pelan transisi kuasa yang rapi, yang akhirnya akan membawa pergaduhan sesama sendiri. Oleh sebab tu, kami rasa elok jawatan PM ni diserahkan kepada individu dari PH. Secara tradisinya parti yang memiliki lebih banyak jumlah kerusi Parlimen sepatutnya jadi PM.

Kami faham je dengan situasi kerajaan Perikatan Nasional yang takde mandat rakyat dan mula guna macam-macam cara untuk terus berkuasa. Cuma, kalau PH plus cuma fikir sampai fasa nak jatuh kerajaan Perikatan Nasional ni je, tanpa ambik kira apa yang akan berlaku selepas tu, nampaknya kerajaan PH plus ni pun akan runtuh jugak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top