Isu pembangunan Kampung Baru, ini perkembangan terbaharu

kgbaru1
Isu pembangunan Kampung Baru, ini perkembangan terbaharu

Kampung Baru ni adalah salah satu tapak warisan budaya Melayu. Ia jugak turut jadi bukti bahawa masyarakat Melayu dulu pernah tinggal kat sebuah kawasan yang kini pesat membangun mencakar langit di sekelilingnya. Dari satu sisi, kita pun dapat menghayati nostalgia komuniti kampung di celah hutan bandar.

Namun begitu, usaha kerajaan tak pernah putus untuk nak janjikan pembangunan kat masyarakat Kg. Baru. Janji pembangunan je lah, nak betul-betul perbaiki kualiti penempatan tu takdelah sangat. Baru-baru ni, perkongsian sorang penduduk Kg Baru menyentuh hati kami. Sedikit sebanyak menyedarkan kita, sejauh mana ikhlas kerajaan nak bangunkan Kg Baru?

kg baru
Via Malay Mail

Isu pembangunan Kampung Baru dah lama, penduduk cuba ‘tawar-menawar’ dengan kerajaan dan pihak pemaju

Boleh kami katakan, hampir setiap tahun isu pembangunan Kg Baru ni terus dibangkitkan. Pada 2013, Menteri Wilayah Persekutuan ketika tu iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kata kerajaan tengah nak percepatkan pembangunan di Kg Baru. Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) ditubuhkan setahun sebelum tu diharap dapat bantu memacu pembangunan kat sana. Akta yang khusus untuk pembangunan Kampung Baru pun ada tau, dah diwartakan pada 7 Disember 2011.

Kami godek sikit apa fungsi PKB ni. Mengikut laman sesawang rasminya, misi diorang adalah untuk “mudahcara pembangunan Kampung Baru dengan kekalkan identiti Melayu secara bersama dan pragmatik.” Tapi… ye ada tapinya… tu dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggerisnya pula, dinyatakan;

“No landowner and inheritor shall be marginalized in the mainstream of Kampong Bharu Redevelopment by the year 2020.

visi kg baru pkb
Dua versi yang berbeza..-Via laman rasmi PKB

Kami terjemahkan: takde tuan tanah dan pewarisnya akan disisihkan dalam arus perdana Pembangunan Semula Kampong Bharu menjelang 2020. Sekarang dah 2021… belum ada pun kesudahannya. Kami tak pasti mengapa ada dua versi kenyataan misi dalam laman rasmi diorang. Takpe, kita kembali menelusuri isu pembangunan semula Kampung Baru.

Pada masa tu, Tengku Adnan menyeru penduduk Kg Baru agar memanfaatkan peluang ni dan nak bagi tunjuk kat dunia bahawa orang Melayu ada kemampuan membangun agar tanah nenek moyang di Kg Baru tu boleh dibanggakan. Pembangunan yang dihebohkan dulu bertujuan nak ubah lanskap dan wajah Kg Baru, di samping bangunkan semula kawasan tersebut dengan memelihara nilai kebudayaan Melayu.

kg baru
Via Malay Mail

Pada masa tu, para penduduk di sana masih ragu. Banyak persoalan timbul kat benak diorang. Adakah tanah diorang ni dibangunkan atau akan berhenti separuh jalan je nanti? Susulan kenyataan Tengku Adnan tu, Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (Mas) ketika tu, Shamsuri Suradi kata, kerajaan kena lebih prihatin dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup penduduk Kg Baru. Selain tu, kerajaan kena teliti semula kehendak penduduk Kg Baru dulu sebelum sambung pembangunan kawasan berkenaan.

Pada 2014, PKB berusaha pujuk para penduduk Kg Baru. Ikut laporan Astro Awani, PKB kata sebanyak 88% daripada 2,388 pemilik tanah bersetuju bangunkan semula berdasarkan draf Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB 2020). Masa tu, yang heboh dulu adalah persoalan harga tanah tu. Dulu diorang ditawarkan RM400 sekaki persegi.

Bagi Pemula Runding Pemilik Tanah Kampung Baru, Shahariah Sabarudin;

“`Kalau dinilai dengan harga kira-kira RM400 untuk satu kaki persegi, rasanya tidak boleh jangka ia akan berakhir dengan keputusan positif,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani

kg baru 3
Via The Star

Sementara tu, Ahli Parlimen Titiwangsa masa tu iaitu Datuk Johari Abdul Ghani pulak kata, pemilik tanah tak perlu risau terhadap pelan pembangunan tu. Dia sempat nasihatkan pemilik tanah agar berfikiran jauh dan tengok peningkatan nilai tanah sekitar kawasan diorang sebagai perbandingan.

“Jika mereka rasa RM500 tidak memadai, kita kena lihat ketika mula-mula KLCC dibuat. Tanah di situ dinilai dengan harga RM460 sahaja namun kini menjadi RM3,300,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani

Ada jugak yang cadangkan agar pemilik tanah gabung je tanah diorang untuk dapatkan harga yang lebih tinggi kepada semua pemilik berkaitan. Waktu tu, ada pandangan yang bercanggah semasa pemilik tanah di Kg Baru. Ada yang masih taknak, ada yang masih di atas pagar dan ada jugak yang masih menolak sama sekali.

kg baru 4
Via FMT

Kerajaan kata jangan bimbang, pemilik tanah masih trauma dengan cara kerajaan uruskan isu tanah Kg Baru

Sentimen pemilik tanah di sana bertukar. Pada 2015, Shamsuri Suradi kata pihak berkaitan termasuk PKB sendiri tak maklumkan sebarang perkembangan tentang pembangunan yang dikatakan akan dilakukan segera.

“Apa yang diceritakan dan apa yang dilaksanakan berbeza sangat. Bagaimana mereka minta kita tidak bimbang sedangkan pembangunan itu melibatkan kediaman kami? Di mana kita hendak tinggal jika pembangunan yang hendak dilakukan itu memerlukan kami untuk berpindah? Buktikan siapa yang berada di dalam senarai 90 peratus setuju untuk pembangunan ini,” – seperti yang dilaporkan Astro Awani
kg baru 5
Via Yahoo News
Shamsuri ulas kenyataan pihak kerajaan masa tu. Timbalan PNB ketika tu, Datuk Seri Matshah Safuan kata penduduk Kg Baru tak perlu risaulah. Timbalan PM ketika tu jugak, Tan Sri Muhyiddin Yassin siap jamin pembangunan semula Kg Baru takkan pinggirkan atau abaikan hak milik serta pewaris asal kampung berkenaan.
Kata Shamsuri lagi, ada lagi beberapa badan yang tak berkenaan dengan pembangunan Kg Baru kelihatan nak cuba tunjuk pandai dan memberi versi berlainan dengan kemahuan penduduk. Shahariah Sabaruddin, Pemula Runding pun kesal dan sifatkan PKB cuba kelirukan rakyat mengenai peratusan penduduk yang setuju dulu.

“Pamerkan senarai nama itu di pejabat PKB atau akhbar segera. Apa yang dibuat PKB hanya mengaburkan mata masyarakat. Hakikatnya penduduk mahu pembangunan tetapi bukan pelan yang diberi baru-baru ini.

Tidak payah cakap mengenai pembangunan Kampung Baru. Nilai tanah pun tidak dimaklumkan, pembangunan juga tidak mengikut identiti Melayu,” – seperti yang dilaporkan Astro Awani

demo kg baru
Via Sinar Harian

Tup tup… keluar pulak Garis Panduan Seni Bina Melayu Islam pada tahun yang sama. Ia dikatakan sebagai pelengkap kepada pelaksanaan Pelan Induk dulu tu. Ini dikongsikan oleh Pengerusi PKB ketika tu, Datuk Astaman Abdul Aziz. Tu idea PKB je lah; pihaknya pun tak paksa sangat diorang gunakan idea Garis Panduan Seni Bina Melayu Islam tu.

Pelan pertama yang dibangunkan adalah kawasan kondominium. Johari Abdul Ghani kata:

“Pembinaan sebanyak 643 unit kondominium dan ruang pejabat setinggi 27 tingkat di Kampung Baru merupakan permulaan baik pembangunan di sana.

Saya difahamkan pihak UDA sedang mengenal pasti tanah di Kampung Baru untuk dipertimbangkan rumah golongan pendapatan rendah. Kemudian projek seterusnya disasarkan kepada yang pendapatan rendah.
Sejumlah 300 ekar tanah di Kampung Baru ini nanti boleh diduduki oleh semua golongan,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani
kg baru pelan
Pelan konsep pembangunan semula Kampung Baru, disiarkan pada 2019.. -Via Sinar Harian
Isu tersebut terus berlangsung. Timbul banyak masalah dalam ‘melengkapkan’ urusan pembangunan tu. Selain dari rundingan harga tanah, ramai pemilik tanah tu dah meninggal dunia. Pada 2016, dinyatakan lebih 70% penama atau pemilik asal tanah di sana dah meninggal dunia.

Luahan penduduk tular, ramai pemilik tanah diberi surat paksa rela keluar dari tanah diorang

Tukar ganti kerajaan pun, tak mengugat Pelan Induk pembangunan Kg Baru. Khalid Abdul Samad, Menteri Kementerian Wilayah ketika tu kata pembangunan tu perlu. Namun masa tu, dia kata diorang nak buat pendekatan yang berbeza tanpa terlalu bebankan kerajaan.

“Pada masa ini, peranan yang giat dilaksanakan adalah untuk selesaikan isu pemilikan tanah dan mendapatkan persetujuan pemilik tanah, perkara ini memerlukan masa dan tolak ansur daripada semua pihak.”- seperti yang dilaporkan Astro Awani

Asamboi.net mengkronologikan harga tanah dari Januari 2019. Kerajaan PH dulu tawarkan RM850 persegi, BN bantah kata rendah. BN kata harga tu boleh cecah RM3000 kaki persegi. Kemudian pada Mei 2019, PH naikkan lagi ke RM1000 kaki persegi. BN dan PAS kata masih rendah.

Lepas tu pada Mac 2020, BN dan PN ambil alih kerajaan. BN pulak kata takde pembelian RM1000 kaki persegi seperti tawaran PH dulu. Pada September 2020, penduduk Kampung Baru terkejut PN-BN tak tawarkan RM3000 seperti yang dicanangkan sebelum ni. Kemudian baru-baru ni, penduduk Kampung Baru berdemo bantah arahan perpindahan dan pengambilan tanah dengan harga sekitar RM400 kaki persegi. RM50 lebih rendah dari harga yang ditawarkan PH.

annuar khalid kg baru harga tanah
Via Ameno World

Baru-baru ni pun… ada sorang pengguna Twitter dedahkan kejadian yang berlaku kat sana. Isu pembelian tanah di Kg Baru oleh pemaju tak dapat persetujuan walaupun dah ‘dipujuk’ dengan unit kondominium yang bakal dibangunkan. The Rakyat Post dah ceritakan apa dah jadi.

Ringkasnya, pemaju tiba-tiba beri surat Warta Seksyen 8 yang paksa semua penduduk di kawasan tersebut untuk keluar secara paksa rela dengan pemberian pampasan. Sebulan lepas terima surat warta tu, pemilik tanah diminta untuk hadir perbicaraan pertama pengambilan tanah. Sedangkan, kebanyakan penduduk ni warga emas dan agak bahaya jugak diorang turun naik mahkamah ketika musim pandemik.

Penduduk jugak rasa dianiayai kerana nilai unit pun diberikan terlalu rendah. Malah pemilik terpaksa akur lantik penilai swasta masing-masing untuk kira harga tanah milik diorang. Penilai turut maklumkan penduduk ada peluang yang sangat tipis untuk dapatkan semula hak tanah diorang kerana dah diwartakan di bawah Seksyen 8.

Lepas hadiri perbicaraan kedua pada November 2021, hampir kesemua penduduk tak setuju dengan nilai unit masing-masing yang terlalu rendah. Lebih menyedihkan, ramai warganet jugak memperlekeh kemelut penduduk Kg Baru. Masalahnya pulak, Datuk Seri Ismail Sabri pernah bangkang projek pembangunan di Kg Baru sebab dikatakan langgar undang-undang.

“Kerajaan tidak boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah di Kampung Baru yang enggan dijual pemiliknya, melainkan untuk tujuan awam seperti pembinaan hospital. Di Kampung Baru bukannya untuk kegunaan awam tetapi adalah untuk tujuan komersil – seperti yang The Rakyat Post

Isu Kampung Baru ni nampaknya belum ada kesudahan. Tukar ganti kerajaan pun tak jugak selesai. Namun timbul jugak persoalan…. “pembangunan” Kampung Baru ni sebenarnya menguntungkan siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top