Selepas ini nak pergi mana-mana kena guna Pasport Vaksin? Ini ceritanya

F1
Selepas ini nak pergi mana-mana kena guna Pasport Vaksin? Ini ceritanya

Harapan untuk kembali pulih dari pandemik memuncak dengan kehadiran lebih banyak pilihan vaksin yang kini dah banyak dicipta. Ada jugak vaksin yang tengah tunggu kelulusan, dan ada jugak yang masih lagi dibangunkan untuk dipasarkan kelak. Setakat ni kita dah beli 5 bekalan vaksin dari pelbagai negara, dianggarkan cukup untuk mencapai sasaran 80% populasi Malaysia dah divaksinkan.

728 X 90

Namun begitu, bila kita dah sebut pasal vaksin… mesti ada komuniti yang menentang jugak pemberian vaksin ni. Geng anti-vaksin yang dulunya diam je, sekarang dah bising semula. Lebih merisaukan lagi, ada sesetengah dari geng anti-vaksin ni hasut orang ramai untuk tak ambil vaksin malah mengejek kita yang normal nak ambik vaksin. Idea pasport digital ni mungkin idea yang baik…

Pasport vaksin idea yang dah lama digunakan terutamanya bila nak ke luar negara, kita pun bercadang nak implementasikan idea tersebut

Jika korang dah biasa ke luar negara, korang mungkin dah serba maklum bahawa sesetengah negara memang akan mintak korang tunjukkan bukti bahawa korang dah terima vaksin. Pengesahan tersebut membolehkan korang masuk ke sempadan negara mereka dan teruskan perjalanan korang di sana. Ada jugak sesetengah negara memerlukan korang tunjukkan sekali dokumen kuning dan dikenali sebagai International Certificate of Vaccination atau Prophylaxis.

Republik Argentina Passport
Dokumen kuning yang penting jikalau korang bercadang nak masuk ke negara-negara tertentu… Via New York Times

Mengikut perkembangan semasa, dah banyak negara yang mula membangunkan passport digital mereka sendiri. Misalnya di Amerika Syarikat, Presiden Joe Biden dikatakan dah tandatangan arahan eksekutif untuk mintak agensi kerajaan cuba hubungkan sijil penerimaan vaksin tu ke dalam pangkalan data secara digital.

Denmark dan New Zealand pun mengorak langkah yang sama. Begitu jugak dengan Kesatuan Eropah. Dapatlah kita lihat bahawa idea passport vaksin ni amat penting sekali untuk wujud, terutamanya apabila Malaysia sendiri nak buka sempadan kelak untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan kita yang semakin nazak.

Passport Vaksin Covid
Via Tatler Hong Kong

Memetik ucapan Amanat PM Muhyiddin Yassin pada 1 Mac lalu;

“Hubungan luar negara juga adalah amat penting dalam usaha melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Selain kejayaan menjadi tuan rumah Persidangan APEC 2020 yang diadakan secara maya, Malaysia akan terus memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa. Ini termasuk menerusi Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN yang dipersetujui semasa Sidang Kemuncak Asean ke-37, menjamin Malaysia sentiasa mempunyai akses kepada vaksin, termasuk vaksin generasi baharu, di samping berusaha untuk memperluaskan pengiktirafan global sijil kesihatan digital atau passport vaksin Malaysia dan memberi bantuan serta memudahcara kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.” – seperti yang dipetik dalam laman web rasmi PMO

Bila dah diucapkan secara rasmi, ni bermakna Malaysia jugak akan menumpukan perhatian dalam membina sistem yang sokong sijil kesihatan digital atau passport vaksin Malaysia.

Bukan setakat para pelancong dari luar je yang perlu ikut syarat ni, nampaknya idea ni disambut baik oleh rakyat sendiri untuk diimplementasikan dalam peringkat domestik. Ni agak sesuai jugaklah memandangkan kita sendiri dah mewajibkan penggunaan aplikasi Mysejahtera, bermakna kita dah boleh implementasikan sijil pengesahan vaksinasi apabila nak mengunjungi acara terbuka yang jadi tumpuan ramai seperti konsert atau perlawanan sukan.

Sijil vaksinasi digital mungkin jadi syarat nak masuk premis, ada pakar menolak idea tersebut

Pada lewat Februari lalu, kerajaan dilaporkan berhasrat untuk keluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah terima suntikan vaksin COVID-19.

“Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) pada aplikasi MySejahtera. Kaedah kedua ialah dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,”- Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Mysejahtera Sijil Digital (2)
Bukti korang dah terima vaksin.. -Via Malaysiakini

Malaysia dah mulakan perbincangan tersebut untuk memudahkan aktiviti rentas negara terlebih dahulu. Antara ‘keistimewaan’ yang dicadangkan untuk mereka yang dah terima vaksin nanti adalah tak perlu melalui kuarantin. Untuk mereka yang dah gian sangat nak melancong ke luar negara, hal ni tentunya meringankan hati dan duit poket korang.

Salah satu sistem yang tengah direka ketika ni adalah Immunitee Health Passport atas kerjasama Malaysia dan syarikat di Singapura. Ni suatu idea yang menarik kerana aplikasi ni akan mengukuhkan kredibiliti kesihatan seseorang pengguna apabila mereka nak rentas negara nanti.

Immunitee Vaksin Covid
Via The Edge Markets

Macam kami sebutkan awal tadi; ramai jugak mulai memikirkan sekiranya sijil vaksinasi digital atau pasport digital ni digunakan untuk membataskan pergerakan mereka yang taknak ambil vaksin.

Dr. Khoo Yoong Chean, editor Malaysia Medical Gazette kata ia mungkin akan cetuskan suatu yang buruk. Walaupun cadangan untuk pasport digital buat masa ini hanya terhad kepada pelancongan dan perniagaan, boleh jadi ia seterusnya mungkin akan diketatkan menjadi syarat nak masuk bangunan, acara awam atau syarat pekerjaan.

Mysejahtera App Vaksin Covid
Via The Sun Daily

Ni suatu yang tak baik, kerana ni akan menyuburkan diskriminasi terhadap kelompok terpinggir. Perkara sebegini boleh berlaku, pertamanya disebabkan kegagalan kerajaan menyelesaikan isu-isu komuniti marginal seperti golongan gelandangan dan palauh di Sabah sejak berdekad lamanya.

Dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh Astro Awani (yang kemudian dipadam), Prof Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin cuba jelaskan bahawa pasport vaksin takkan sampai mendiskriminasi, malah keperluannya lebih besar pada masa hadapan.

“Kalau kita lihat di seluruh dunia, tidak kiralah di negara maju atau negara sedang membangun, negara jiran kita, semuanya begitu optimistik terhadap vaksin ini.

Jadi kalau kita masih ada golongan seperti ini yang merasa diskriminisasi, jadi ini akan memberikan kesan secara keseluruhan kepada pembangunan ekonomi dan industri kita di masa hadapan dan ini akan memberikan kesan juga kepada rakyat secara keseluruhan,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani pada 16 Feb, kini telah dipadam.

Beberapa pertimbangan lain harus diteliti dan dikaji semula, sementara berkempen untuk semua terima vaksin

Sementara vaksin tengah roll-out ni, kita boleh teruskan berkempen agar dapat memujuk golongan yang masih atas pagar berkenaan vaksin ni. Untuk pengetahuan korang, secara asasnya kita boleh dikategorikan dalam 3 pecahan pendapat berkaitan vaksin; golongan yang yakin dengan vaksin, golongan yang masih atas pagar, dan golongan tolak vaksin.

Golongan atas pagar ni lah yang perlu kita yakinkan supaya mendaftar dan menerima vaksin COVID-19. Nak yakinkan golongan tolak vaksin ni… kita je yang kena ejek balik. Berkaitan dengan pasport digital tu pulak, kegusaran ramai turut meliputi isu keselamatan data peribadi.

Vaksin Anti Geng Vaxx Malaysia Peratus
Via ISIS Policy Brief Issue #5-20

Sebelum ni kami dah kupas bagaimana Mysejahtera jaga data, dimana hanya 7 orang dalam Malaysia ni yang boleh akses. Tu pun memerlukan clearance kerana tujuan utama untuk akses data tersebut adalah demi kecemasan sekiranya carian kontak rapat harus dijalankan oleh para kakitangan KKM.

Dahulunya Mysejahtera digunakan untuk daftar ke dalam premis menerusi ciri QR scan; bagaimana pula nanti apabila sijil digital vaksinasi sudah semakin ramai orang miliki? Apa tindakan lanjut kerajaan untuk menjaga data privasi, dan melindungi sijil tersebut daripada disalin oleh pihak tak bertanggungjawab?

Nstmysejahtera
Via NST

Kami harap persoalan-persoalan ni boleh menggesa kerajaan agar melakukan tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan data turut terjaga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top