Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
InformatifIsu SemasaIsu Tular

KWSP umumkan perincian untuk pengeluaran duit simpanan, perdebatan terus terjadi

By Subeditor
November 17, 2020 4 Min Read
Comments Off on KWSP umumkan perincian untuk pengeluaran duit simpanan, perdebatan terus terjadi

Ia bukanlah rahsia lagi tentang situasi Perikatan Nasional (PN), mereka sedang menghadapi krisis dalam yang semakin meruncing. Benda ni sebenarnya dah lama berlaku, sejak Kabinet PN ditubuhkan lagi, cuma sejak akhir-akhir ini, ia semakin ketara. Salah satu isu yang menyebabkan diorang gaduh-gaduh manja adalah isu pengeluaran wang simpanan KWSP. Nampaknya kalau isu ni tak diselesaikan dengan segera, kita mungkin akan melihat PN akan terkubur.

728 X 90

Najib dan Zahid merasakan pengeluaran wang simpanan KWSP ni penting

Ketika perbahasan Belanjawan 2021, Barisan Nasional (BN) terus gesa kerajaan PN untuk terima cadangan Najib Razak supaya pengeluaran secara terus dibenarkan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding secara berperingkat. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kata, pengeluaran wang akaun satu KWSP berjumlah RM10,000 secara sekali gus perlu dipertimbangkan semula sebelum Belanjawan 2021 diluluskan kerana ia benar-benar diperlukan rakyat.

Dia kata, Kementerian Kewangan juga perlu lakukan beberapa penyesuaian bagi pastikan bayaran bulanan RM500 seperti diumumkan sebelum ini ditukarkan kepada pengeluaran secara sekali gus.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN sepakat menyokong permintaan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC), Datuk Seri Najib mengenai pengeluaran RM10,000 daripada akaun satu KWSP pencarum. Cadangan itu harus diterima sebagai satu saranan yang terbaik kerana rata-rata pencarum merupakan mereka yang berpendapatan rendah.

Jika bayarannya hanya RM500 sebulan, ini tidak memenuhi matlamat mereka untuk membayar bebanan yang ditanggung oleh pencarum itu sendiri,” – Zahid Hamidi, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Zahid kata, pemberian wang tak babitkan perbelanjaan kerajaan kerana wang tu merupakan simpanan pencarum KWSP. Cadangan ni datang dari Najib ketika bahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat kemukakan cadangan supaya meluluskan gesaan pelaksanaan moratorium secara pukal dan pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

6 Underground Cast Still Collage
Zahid Hamidi. Via Utusan Malaysia

BN dikatakan bersedia menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan berjumlah RM322.5 bilion secara bersyarat – dua cadangan tu perlu diterima.

Walaupun Pemuda PAS macam kurang setuju, Pemuda UMNO tetap konsisten

Pemuda UMNO turut sokong penuh ketetapan BN tentang kebenaran pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sekaligus sebanyak RM10,000. Cuma, Pemuda UMNO ingatkan mana-mana pihak agar tak tuduh BN cuba jatuhkan kerajaan PN apabila meletakkan syarat itu untuk menyokong Belanjawan 2021.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/3979560202073997

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kata, sebaliknya kerajaan PN perlu mempertimbangkan syarat itu kerana ia merupakan permintaan rakyat dan tak sewajarnya suara akar umbi diabaikan.

“Bagi yang tidak setuju katakan sahaja tidak setuju dan alasannya. Tak perlu buat sangkaan pelbagai kononnya nak jatuhkan kerajaan. Cubalah selami suara hati rakyat majoritinya sesak dan terdesak dalam kecemasan kini, hingga menagih dan mengharapkan duit mereka sendiri untuk dikeluarkan. Apabila Pemuda UMNO suarakan sokongan, ia hanyalah manifestasi suara rakyat yang perlu kita sama-sama perjuangkan,” – Asyraf Wajdi Dusuki, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Respon kerajaan dalam hal ini adalah; mereka mengatakan bersedia menambah baik dan perluaskan jumlah pencarum yang layak mengeluarkan wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Akhirnya KWSP umumkan perincian pengeluaran wang simpanan KWSP

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar. Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000.

2
Via KWSP
1
Via KWSP

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah ambil langkah untuk perluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau takde sumber pendapatan. i-Sinar dikatakan akan beri manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Via Giphy

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Perdebatan akan terus belaku, adakah ia akan membawa kepada perpecahan Perikatan Nasional?

Nampaknya berdebatan berkenaan pengeluaran wang simpanan KWSP ini akan terus berlangsung di Parlimen, dan kita akan tentunya akan terus melihat BN dan parti-parti lain di dalam PN terus berganti hujah. Apa yang kami boleh katakan, sekiranya syarat ‘Puteri Gunung Ledang’ BN ini tak dipenuhi untuk belanjawan kali ini, kami yakin ia akan beri kesan yang besar kepada koalisi PN. Korang rasa macam mana? Adakah kerajaan hari ini akan terus bertahan?

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Biden menang pilihan raya USA, Trump ambil keputusan tak teruskan ‘tradisi’

F1
Next

Selangor yang terkenal dengan isu bekalan air terputus, ini sebab utamanya

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme