Biden menang pilihan raya USA, Trump ambil keputusan tak teruskan ‘tradisi’

F1
Biden menang pilihan raya USA, Trump ambil keputusan tak teruskan ‘tradisi’

Baru-baru ni, Amerika Syarikat buat pilihan raya untuk memilih siapa yang bakal diangkat sebagai presiden lepas 4 tahun duduk kat Rumah Putih. Selama 4 tahun tu, banyak perkara yang kita dah boleh tengok di bawah Donald Trump Jr. sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Ramai jugak yang hairan kenapa kita kat Malaysia pun boleh tertunggu jugak dengan perkembangan pilihan raya Presiden.

728 X 90

Jika korang perasan, Amerika Syarikat adalah superpower dunia yang mana polisinya amat penting untuk negara-negara lain. Malaysia terbuka nak jalankan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Amerika Syarikat, demi mengimbangi kekuatan China yang dekat je dengan kita ni. Oleh sebab tu, kita jugak antara negara awal yang ucap tahniah kat Presiden Amerika Syarikat yang baharu ni.

Trump Biden
A.S Memilih: Biden vs Trump… Via Daily News

Biden-Trump calon popular, pilihan raya yang sengit dan paling ramai mengundi sepanjang sejarah pilihan raya US

Kat Amerika Syarikat, banyak je parti politik yang lain seperti Libertarian dan Green Party. Namun yang mendahului carta dan minda rakyatnya adalah Demokrat dan Republikan. Dalam carta laporan kiraan undi mereka dulu, Demokrat berwarna biru manakala Republikan pulak berwarna merah.

Joe Biden bersama calon Timbalannya, Kamala Haris merupakan wakil Demokrat menentang Donald Trump Jr. bersama Timbalannya, Mike Pence yang bertanding atas tiket Republikan. Jika korang pun turut mengikuti perkembangan Amerika Syarikat lepas kemenangan Donald Trump, korang pun boleh lihat bagaimana berbezanya cara dan polisi pentadbiran Trump daripada Obama, dan presiden-presiden lain. Namun ramai jugak rasa Donald Trump ni pun seolah tak lagi layak jadi wakil kepada Amerika Syarikat dan rasa Biden lebih baik.

Biden Harris Trump Pence
Biden-Harris di kiri, Trump-Pence di kanan. Via NYPost

Disebabkan situasi kesihatan global yang diancam pandemik, Amerika Syarikat membolehkan kaedah undi pos sebagai salah satu cara untuk memudahkan rakyatnya mengundi selain dari datang sendiri kat pusat mengundi. Biasanya undi pos ni dijalankan lebih awal daripada hari mengundi kat pusat buang undi tu, jadi ramai jugak rakyatnya tak kira muda atau tua, turut membuang undi dan memilih calon kepimpinan mereka.

Hasil dari kaedah undi pos dan kaedah ‘early voting’ jugaklah, pilihan raya kali ni merekodkan jumlah undi terbanyak yang dibuang dalam sejarah pilihan raya negara tersebut. Ketika pilihan raya 2016, jumlah undi dibuang hanya sebanyak 136.6 juta. Tahun ni pulak, jumlah undi dibuang adalah sekurangnya 161 juta.

Early Vote
Kaedah undi pos dan undi awal ni menarik jugak… Via AP

Biden mendahului semakin jauh ke garisan majoriti mudah, Trump tak puas hati dan seru hentikan kiraan

Ketika hari membuang undi tu, seluruh dunia memerhatikan keputusannya dari siang hingga ke malam. Lepas pejabat kiraan undi mulai ditutup untuk menerima undi dan akhirnya mulakan proses kiraan undi, Biden dah awal-awal mulai mendahului kiraan undi sebelum warna kat peta keputusan pilihan raya tu bertukar ke warna merah. Di kawasan Midwest, yakni di kawasan tengah peta Amerika Syarikat tu dah awal lagi warna merah, sesuailah dikatakan memang dah lama kubu Republikan.

Masa tu kami pun ikut memerhatikan pergerakan keputusan undi. Kat media sosial, ramai dah mulai gusar jika Donald Trump dipilih semula disebabkan persepsi terhadapnya dah sedikit negatif lepas mereka menilai prestasinya kat dalam negara. Media-media antarabangsa kat sana pun mula meneka siapa yang akan menang kat dalam sesebuah negeri tu. Kat Midwest, tekaan mereka mengena jugak apabila Republikan disahkan menang di sana.

Election Day Kingwood Bv Tt 10
Via The Texas Tribune

Biden masih lagi mendahului kiraan, dan jumlah tersebut disumbangkan dari beberapa negeri pantai yang maju seperti New York, Maine, New Hampshire, Massachusetts, Rhode Island, California dan lain lagi. Trump semakin ketinggalan, walaupun mencatatkan kemenangan lebih awal di Texas, Oklahoma, Arkansas dan lain lagi.

Memandangkan proses pilihan raya Amerika Syarikat ni tak dikira berdasarkan undi popular semata-mata, proses nak kira undi dan isytihar kemenangan tu jugak tak mudah sebenarnya. Amerika Syarikat pakai sistem undi elektoral, dimana siapa yang paling banyak perolehi jumlah undi elektoral maka dialah yang menang.

Sedang rakyat ternanti-nanti keputusan, tiba-tiba pulak Trump boleh isytihar dia menang sebab dia dah mendahului banyak kat beberapa negeri penting seperti Wisconsin, Minnesota, Illinois, Michigan dan Pennsylvania. Negeri-negeri ni penting sebab mereka ada lebih banyak kawasan undi elektoral. Dulu Donald Trump menang pun sebab negeri-negeri ni jugak yang banyak sumbangkan ke arah majoriti mudah lawan Hillary Clinton meskipun Hillary Clinton dapat undi popular.

Kem Demokrat diam je, termasuklah Biden. Trump kemudiannya suruh hentikan undi sebab dia sudahpun menang walhal belum siap kira undi pun. Kemudiannya beberapa jam lepas tu, beberapa kawasan merah tu kemudiannya bertukar biru lepas kiraan undi pos pulak dah mulai dikira. Maksudnya, kawasan yang awalnya nampak macam dimenangi oleh Republikan rupanya bakal dimenangi Demokrat pulak.

Biden berjaya perolehi majoriti mudah, Trump belum mengaku kalah dan bertindak nak saman Demokrat

Majoriti mudah yang harus diperolehi oleh seseorang calon adalah 270 undi elektoral. Biden akhirnya berjaya melepasi majoriti mudah, sekaligus melayakkannya digelar sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46. Walau bagaimanapun, Trump belum nak mengaku kalah selagi keputusan penuh tak diisytiharkan.

Us Election 2020
Setakat 12 November, tinggal dua lagi negeri yang belum siap kira.. -Via Google

Bahkan, Trump jugak melanggar tradisi biasa yang merupakan simbol ‘good will’ peralihan kuasa sepertimana yang telah dilakukan oleh presiden-presiden terdahulu. Dulu lepas Trump menang, Obama dah jemput Trump untuk berkunjung ke Rumah Putih sebagaimana tradisi peralihan kuasa. Kali ni pulak Trump tak berbuat demikian malah sempat lagi main golf di Washington D.C.

Pihak kempen Donald Trump kemudiannya kemukakan saman mendakwa sistem pengundian secara pos di negeri Pennsylvania tak telus dan tak sah sepertimana undian langsung. Malah ada jugak berlaku isu tuntutan kiraan semula dijalankan kat beberapa negeri seperti Michigan, Wisconsin dan Pennsylvania. Ada mendakwa bahawa masih ada banyak lagi kotak undi pos yang belum dikira dan mungkin boleh ubah keputusan awal ni.

Stop Steal
Demokrat dituduh ‘mencuri’ pilihan raya kerana dakwaan ada undi yang tak dikira.. Via NYT

Sementara tu, Joe Biden sudahpun bertemu dengan beberapa ketua negara lain dan turut menerima ucapan tahniah daripada banyak negara termasuklah kita. Rusia walau bagaimanapun masih belum nak ucap tahniah kepada Biden, mungkin disebabkan kerana isu saman yang dikemukakan oleh Trump dan Rusia nak tunggu sehingga reda gelora pilihan raya antara Trump dan Biden.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top