Kerajaan dikatakan nak wujudkan 500 ribu pekerjaan, tapi masih tak jelas dari mana

F1
Kerajaan dikatakan nak wujudkan 500 ribu pekerjaan, tapi masih tak jelas dari mana

Melalui Belanjawan 2021, kerajaan dikatakan akan menyediakan 500,000 pekerjaan melalui Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja). Ketika berbahas di Parlimen, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menyifatkan angka itu “semberono” kerana tiada penjelasan daripada industri mana pekerjaan sebanyak itu akan dijana. Dengan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil, kami pesimis dengan unjuran “terlalu optimis” yang menjadi tema utama Belanjawan 2021.

728 X 90

Bukan semua kemahiran baru memerlukan tempoh lama dipelajari, ada yang hanya beberapa bulan

Kami tak tahu macam mana Majlis Pekerjaan Malaysia yang bakal ditubuhkan akan menyelesaikan kemelut pengangguran semakin menekan rakyat. Apa yang pasti, kita sedang membazirkan banyak masa, satu perancangan benar-benar rapi perlu diumumkan dengan kadar segera. Pekerjaan bukanlah permainan teka-teki, rakyat harus tahu apa perancangan kerajaan untuk membantu mereka, supaya mereka boleh terlibat dalam “rancangan” itu.

6 Underground Cast Still Collage
Via Marketing Malaysia

Akibat pandemik Covid-19, ada beberapa industri yang sukar bernafas. Contoh paling mudah dalam isu ini adalah industri pelancongan. Sekatan sempadan dan kawalan pergerakan menyebabkan kebanyakan pemain industri pelancongan terpaksa gulung tikar.

Disebabkan hal ini, kita akan memiliki ramai bekalan buruh yang berkemahiran tinggi dalam industri pelancongan. Melalui Belanjawan 2021, menteri kewangan mengumumkan RM50 juta diperuntukkan untuk program latihan dan penempatan semula kakitangan syarikat penerbangan.

Persoalan kami mudah, adakah mereka ingin dilatih dan ditempatkan semula dalam industri pelancongan yang dalam beberapa tahun ini akan mengalami ketidaktentuan? Kami tidak fikir itu tindakan bijak.

Melatih bekalan buruh yang memerlukan pekerjaan segera dalam industri sedang merudum hanya akan membawa kepada kekecewaan. Apa yang perlu dilakukan kerajaan adalah melatih bekalan buruh untuk ditempatkan dalam industri lain dengan memberikan latihan 6 hingga 12 bulan. Latihan itu perlu datang dengan elaun bagi menampung kehidupan.

Jangan jadi macam ni, pekerja yang tak tahu apa-apa. Via Giphy

Bukan semua kemahiran baru memerlukan tempoh lama dipelajari, ada yang hanya memerlukan beberapa bulan, lebih-lebih lagi dengan sumber pembelajaran yang ada di Internet.

Kita harus meneliti kemahiran khusus industri sedang merudum dan memadankan kemahiran ini

Sebagai contoh kru kabin yang kehilangan kerja, mereka secara asasnya sudah memiliki kemahiran berkomunikasi dengan baik. Mereka boleh diberikan latihan dan ditempatkan semula dalam industri untuk berkhidmat di pusat panggilan. Kita harus meneliti kemahiran khusus industri sedang merudum dan memadankan kemahiran ini dengan industri sedang berkembang seperti industri perubatan, farmasi, getah dan penghantaran makanan.

Via Giphy

Menuju Revolusi Industri 4.0, pendigitalan akan berkembang pesat, sama ada kita suka ataupun tidak. Ini masanya untuk kita menambah pekerja dalam industri pendigitalan – pakar pemasaran digital, jurutera perisian, saintis data, pengaturcara, pembina platform digital dan pekerjaan lain yang berkaitan dengannya.

Berdasarkan pemerhatian kami, jumlah syarikat tempatan yang boleh dipercayai dalam industri pendigitalan terlalu sedikit. Disebabkan itu, kebanyakan syarikat besar di Malaysia menggunakan khidmat syarikat asing. Pendigitalan pasti akan berlaku dan melabur dalam perkara yang pasti akan berlaku adalah satu keuntungan.

Via Giphy

Bagi pekerja tidak mahir pula, ini masa sesuai untuk kita mencari jalan meningkatkan kemahiran mereka atau mengajar mereka kemahiran baru. Peningkatan kemahiran pekerja dalam semua kelas pekerjaan secara teorinya akan meningkatkan produktiviti dan merangsang ekonomi.

Apabila ini berlaku, perniagaan akan mengaut keuntungan lebih dan pekerja dibayar gaji lebih wajar. Walaupun ia berbunyi utopia, meningkatkan atau menambah kemahiran pekerja tidak pernah merugikan.

Kos tingkat kemahiran pekerja tidak semestinya perlu ditanggung kerajaan

Proses yang kami cadangkan ini perlu banyak ditanggung syarikat swasta. Peranan kerajaan adalah memberi insentif kepada syarikat yang berjaya meningkatkan/menambah kemahiran pekerja. Pengecualian cukai untuk kos latihan yang diberikan kepada mereka yang dalam proses penempatan semula ialah satu bentuk insentif yang perlu difikirkan kerajaan.

Ekosistem seperti ini jauh lebih produktif berbanding memberikan pekerjaan dalam tempoh terlalu singkat dalam perkhidmatan awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ia bukan sekadar dapat mengurangkan bebanan kerajaan dalam menampung kos latihan pekerja, ia juga akan memberi kemahiran kekal kepada pekerja yang menerima skim latihan itu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top