FINAS terbitkan filem Hollywood seperti The Mandalorian, 6 Underground?!

F1
FINAS terbitkan filem Hollywood seperti The Mandalorian, 6 Underground?!

Bila kita bercakap pasal industri kreatif di Malaysia, khususnya pasal dunia hiburan dan perfileman, banyak jugak kritikan dan konflik yang kami dah tulis beberapa bulan lalu. Misalnya tentang masalah FINAS tak bagi dana dan isu politik dalaman FINAS sendiri. Tapi kalau FINAS buat benda yang baik, kami akan tulis jugak.

728 X 90

Jadi baru-baru ni, kami dapat perkhabaran bahawa FINAS pun sebenarnya turut menjadi penerbit bersama beberapa projek antarabangsa, sekaligus melonjakkan Malaysia sebagai lokasi bakat-bakat hebat di belakang tabir. Sayanglah, tak termasuk dalam senarai tersebut adalah Wolf of Wall Street yang akhirnya dipalitkan dengan skandal kewangan 1MDB.

49254827 Film Studio With Cameras And Movie Equipment
Via Films in Malaysia

FINAS jadi penerbit bersama The Mandalorian, 6 Underground di bawah inisiatif besar perkenalkan bakat-bakat Malaysia

Kalau korang jenis kaki wayang, minat filem aksi dan sains fiksyen, atau minat Ryan Reynolds… korang mungkin akan kenal nama ‘6 Underground’ dan ‘The Mandalorian’ ni. Baru-baru ni 6 Underground tu pun dah disiarkan dalam Netflix Malaysia, dan trending Top 10 selama beberapa minggu kat dalam Malaysia.

Begitu juga dengan The Mandalorian, sebuah siri televisyen popular yang menyertakan watak Baby Yoda sebelum dia besar ketika zaman filem franchise Star Wars. The Mandalorian ni takde dalam Netflix kerana ia dihasilkan khas untuk platform Disney+, namun boleh je korang tengok sedutan-sedutan siri televisyen ni kat Youtube.

Comel tak Baby Yoda? Via Giphy

Kedua-dua ni diterbitkan bersama-sama dengan FINAS, di bawah inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI). Inisiatif ni bukanlah baru je diwujudkan iaitu pada 2013, tapi rasanya tak ramai yang tau dan inisiatif ni macam tak dapat liputan sewajarnya. Inisiatif ni sebenarnya adalah berbentuk Rebat Tunai sebanyak 30% untuk penerbit luar dan dalam negara.

Di bawah FIMI, Malaysia akan bagi dana untuk para penerbit sama ada di dalam dan luar negara dengan menggunakan tenaga produksi atau pasca-produksi dari Malaysia. Banyak je syarikat kreatif yang mampu buat hasil yang berkualiti, jadi inisiatif ni turut memberi peluang kepada mereka untuk membina jaringan dan portfolio agar terus berdaya saing.

Macam untuk filem 6 Underground, ia merupakan antara filem asing yang dihasilkan dengan kerjasama bersama FIMI di bawah FINAS ni. Base Media, sebuah studio kreatif kat Malaysia jadi syarikat produksi yang bekerjasama membikin filem tersebut. Base FX jugak turut bekerjasama dalam proses pasca-produksi dalam The Mandalorian, jugak siri televisyen pertama di bawah FIMI.

Bahkan Crazy, Rich Asians pun jugak memanfaatkan FIMI ni… sesuailah jugak dengan salah sorang penulis skrip filem Hollywood tu pun orang Malaysia jugak, iaitu Adele Lim. Kami dah cerita serba sedikit pasal Adele Lim ni dulu, dan bagaimana dia berjaya menembusi persaingan sengit hingga buatkan dia begitu terkenal sampai sekarang di usia muda.

Harapnya FIMI terus suburkan kerjasama di masa hadapan, audit 2018 kata FINAS tak gunakan sebaiknya

Meskipun FIMI ni memang suatu inisiatif yang baik, tetapi apa yang buatkan ia tak begitu mencapai objektif kewujudan inisiatif sebegini adalah dari segi kegagalan pelaksanaan FIMI tu sendiri. FIMI ni dah lama diwujudkan, tetapi sejak 2016 hingga Ogos 2018… hanya 1/10 jumlah bajet tu diberi kepada pembikin filem tempatan, ditambah lagi dengan kekurangan promosi dari industri tempatan.

Finasmalaysia
Biasanya ada kat bahagian kredit tu barulah ada tertera macam ni.. -Via Cilisos

Impak sebenar inisiatif ni jugak tak dapat diketahui sebab takde penilaian lepas dah bagi tu. Korang bayangkan ye, belanjawan yang disalurkan untuk FIMI di bawah RMK-11 adalah RM124.52 juta dari 2016 hingga 2018. RM1.21 juta dahpun diluluskan walaupun kriteria permohonan pun tak lepas. Rekod-rekod penting seperti rekod kewangan, lejar perbelanjaan, resit perbelanjaan dan bil daripada syarikat-syarikat yang dianugerahkan bantuan ni pun takde disimpan.

“Sasaran sekurang-kurangnya 50% daripada program bantuan FIMI untuk memanfaatkan para pembikin filem tempatan tidak tercapai, kerana hanya lima permohonan bernilai RM12.42 juta (10%) diluluskan antara 2016 sehingga tarikh audit pada Ogos 2018”- Seperti yang dipetik The Edge Markets

Kami dah ringkaskan sedikit audit 2018 dulu, jadi korang boleh lanjutkan bacaan pasal apa je yang ditemui dahulu. Berbalik pasal kes FIMI ni pulak, kami harap perkara sebegini patut diberi perhatian. Kita memang boleh berbangga wujudnya usahasama dengan para pembikin filem antarabangsa, cuma diharapkan para pembikin filem tempatan pun boleh manfaatkan jugak FIMI ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top