Realiti sebenar pandemik Covid-19, ini sudut pandang CEO syarikat gergasi

F1

Kita selalu mendengar pelbagai pandangan tentang keadaan kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19. Selalunya kami akan kutip pandangan-pandangan ni daripada ahli politik atau ahli akademik. Kali ini kami cuba nak besarkan horizon pemikiran korang dengan dengar pandangan dari ahli korporat pulak. Kami rasa, pandangan diorang tentang kesan ekonomi ketika pandemik ni cukup penting; memandangkan mereka adalah pemain industri.

Kebimbangan terbesarnya adalah pengangguran dan pendapatan yang rendah

Pandemik Covid-19 terus membebankan ekonomi dan kesannya terhadap sektor insurans masih belum lagi dapat dilihat, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir. Zakri berpendapat bahawa industri tersebut akan berhadapan dengan cabaran yang lebih besar dalam beberapa bulan mendatang. Ia berlaku kerana kesan pandemik yang akan memaksa rakyat Malaysia untuk menilai semula tabiat berbelanja mereka.

Zakri Khir Allianz Malaysia
Zakri Khir. Via NST

“Kebimbangan terbesar saya tentang ekonomi ialah pengangguran, tahap pendapatan yang rendah dan tanda-tanda sudah jelas yang pengguna tidak berbelanja secukupnya. Faktor penyumbang lain ialah risiko ketidaktentuan, keyakinan pengguna yang rendah yang memberi kesan kepada kuasa membeli dan gangguan rantaian bekalan. Penggunaan adalah penting untuk mana-mana ekonomi untuk maju dan lebih cepat kita menterbalikkan beberapa faktor tersebut, lebih cepat ekonomi akan pulih kembali. Ini selaras dengan beberapa cabaran terbesar industri,” – Zakri, melalui kenyataan rasmi Allianz Malaysia Berhad

Domain
Via dosm.gov

Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini telah melaporkan jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar menurun sebanyak 5.6% sementara Kementerian Sumber Manusia mengatakan hampir 100,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan antara bulan Mac dan November 2020.

Menurut Zakri lagi, dalam keadaan semasa, pandemik menguasai segalanya dan industri insurans akan alami perubahan kerana benda tu. Ia masih terlalu awal untuk buat andaian yang tepat, tetapi tanda-tanda perubahan asas yang besar sebenarnya dah ada. Takde trend buat masa sekarang kerana tempoh yang terlalu singkat, tetapi mereka kena hadap apabila ia tiba. Situasi kini sangat tak menentu.

Syarikat ini umumkan keuntungan pada tahun 2020. Turut wujudkan program untuk membantu komuniti

Sejak Covid-19 bermula, pasaran telah berhadapan pelbagai jenis risiko kepada penanggung insurans yang terpaksa menginovasi untuk menyesuaikan dengan gangguan ekonomi dan beralih kepada proses digital dengan pantas.

“Kami perlu bersedia, berdaya saing, dan berkembang. Kami perlu ada model operasi yang tangkas, memperkenalkan idea yang inovatif dan tawarkan produk yang mampu milik yang sesuai dengan keperluan pelanggan dalam situasi semasa,”- Zakri, melalui kenyataan rasmi Allianz Malaysia Berhad

Domain
Via Straits Times

Salah satu tarikan utama terhadap insurans ialah perlindungan dan sebuah janji untuk memberikan tuntutan apabila perlu. Kami harus ada untuk pelanggan kami kerana apa-apa perubahan pada tingkah laku pengguna akan memberikan kesan segera kepada industri.

Sementara itu, Kumpulan Allianz Malaysia Berhad telah melaporkan pendapatan untuk tahun kewangan 2020. Kumpulan telah meraih RM5.31 bilion dalam Premium Bertulis Kasar (GWP) pada tahun 2020, peningkatan sebanyak 7.8 peratus berbanding RM4.92 bilion pada tahun 2019.

Selain itu, anak syarikat insurans amnya; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad melaporkan GWP RM2.36 bilion pada tahun 2020 terutamanya dari peningkatan dalam perniagaan motor, manakala Allianz Life Insurance Malaysia Berhad telah meraih GWP RM2.95 bilion pada tahun 2020 terutamanya dari pembaharuan polisi.

“Angka-angka tersebut tidak mencerminkan tahap kesukaran atau cabaran yang harus ditangani oleh rakan-rakan sekerja saya untuk memastikan operasi kekal berfungsi ketika pandemik ini. Ia adalah usaha bersama, dan dengan corak pemikiran yang betul telah membolehkan kami kekal berdaya tahan.

Kami mempunyai sebuah pasukan yang teguh yang dianggotai oleh kakitangan yang berkebolehan dan kekal bermotivasi tinggi dan produktif walaupun berdepan cabaran. Dan tenaga agensi kami berterusan untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dengan piawaian perkhidmatan yang terbaik ketika pelbagai fasa dalam perintah kawalan pergerakan. Usaha terpuji ini adalah sesuatu yang datang dengan sendirinya oleh kakitangan kami,” – Zakri, melalui kenyataan rasmi Allianz Malaysia Berhad

Pada masa yang sama, Zakri mengakui bagaimana penanggung insurans tempatan bertindak balas kepada Covid-19 akan berpotensi untuk meningkatkan atau mengurangkan keyakinan masyarakat umum terhadap industri. Beliau juga memberi jaminan bahawa Allianz Malaysia akan terus melakukan yang terbaik untuk komuniti.

Bantuan Kerajaan 2
Via Allianz Malaysia Berhad

Komuniti We Care Allianz ialah sebuah usaha sepertinya. Dilancarkan pada bulan Jun tahun lepas, komuniti tersebut telah meraih lebih 500,000 ahli sehingga kini. Program tersebut menawarkan manfaat-manfaat COVID-19 secara percuma, termasuk kemasukan ke hospital dan manfaat kematian akibat COVID-19, serta ganjaran gaya hidup dan kesejahteraan.

Untuk mendaftar untuk mejadi sebahagian dari Komuniti We Care Allianz, layari allianz.com.my/we-care.

 


Artikel ini diambil dan disunting oleh kenyataan terbaharu Allianz Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *