Bandar Emas yang hilang ditemukan semula, tapi ramai risau masanya tak sesuai

f1
Bandar Emas yang hilang ditemukan semula, tapi ramai risau masanya tak sesuai

Bila kita berbicara pasal tamadun Mesir, banyak dah tinggalan unik dan dahulunya misteri terungkai pada hari ni. Penemuan-penemuan ini kemudiannya memberi sedikit sebanyak gambaran tentang apa yang berlaku dan kehidupan masyarakat Mesir. Sebelum ni kami dah kongsikan pasal wajah baharu dalam sejarah silam Mesir, yang dikatakan mungkin mangsa malaria pertama.

728 X 90

Kali ni, kami nak kongsikan pulak mengenai penemuan kota baharu yang dikatakan dah lama hilang. Kota ni dipercayai kota terbesar dan paling penting dalam empayar Mesir sejak makam Raja Tutankhamun hampir seabad lalu. Misteri yang terkubur selama 3000 tahun kini terungkai semula…

kota lama mesir
Via Forbes

Asalnya diorang nak cari kuil makam Raja Tutankhamun, terjumpa pulak artifak barang-barangan seharian

Raja Tutankhamun adalah sosok utama dalam sejarah penemuan tinggalan Mesir. Dah banyak dokumentari yang menerangkan bagaimana Tutankhamun ditemukan, macam mana hidupnya dulu hinggalah bagaimana proses dia dimumiakan. Fakta sejarah sentiasa memerlukan bukti-bukti, dan tentunya, terbuka untuk mencari lebih banyak bukti yang membolehkan diorang faham lebih mendalam tentang sejarah lalu. Namun baru-baru ni, kumpulan penyelidik di sana menemui lebih dari sekadar kuil; mereka jumpa terus kota lama yang dah hilang.

Menurut laporan Discovery.com, proses ekskavasi bermula pada September tahun lalu di atas sebuah tapak yang terletak antara kuil Amenhotep III dan Raja Ramses III. Misi asal diorang ialah nak cari kuil makam Raja Tut, namun diorang terkejut apabila diorang menemui tanda-tanda bahawa wujudnya penempatan lama kat sana. Segala barang yang lazimnya digunakan dalam kehidupan seharian masih lagi terpelihara begitu baik. Perlahan-lahan, diorang mendapati ia bukanlah satu penempatan je; ia sebuah kota manusia. Ada sesetengah rumah tu turut memiliki dinding setinggi 10 kaki.

kota lama mesir tut
Via Forbes

Selain tu, diorang turut menemui inskripsi hieroglif dalam beberapa barangan seperti bekas wain, cincin, azimat berbentuk kumbang, pasu-pasuan dan batu lumpur. Inskripsi tu pulak lebih kurang sama dengan apa yang terdapat dalam skrol ukiran Raja Amenhotep III. Ni membantu kumpulan penyelidik tu untuk menentukan bila sebenarnya kota tu berdiri. Setakat ni, diorang sememangnya yakin bahawa ia merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Mesir dahulu dan kota tu suatu masa dulu agak ‘sibuk’.

Misalnya, diorang mengenalpasti sebuah bakeri dengan wujudnya dapur ketuhar yang luas dan dipenuhi dengan pasu-pasuan untuk simpan makanan. Diorang jugak dapat kenalpasti sebuah pejabat pentadbiran, kawasan bengkel termasuklah bengkel untuk buat azimat untuk kuil dan makam. Alat menenun jugak dijumpai dalam salah sebuah kawasan yang dah digali.

pasu mesir lama tut aten
Tulisan kekal terpelihara.. -Via The Guardian

Kota emas ni rupanya sebuah kota silam yang besar dan kaya, dinamakan Aten

Dr. Zahi Hawas, ahli kaji purba Mesir terkemuka kata penemuan kota emas yang hilang ni berjaya dikenalpasti sebagai Aten. Ia terletak berdekatan Luxor, kawasan Valley of the Kings. Kota tersebut berusia kira-kira 3,000 tahun lamanya dan didirikan semasa pemerintahan Raja Amenhotep III serta terus digunakan oleh Tutankhamun dan Ay. Menurut Dr. Zahi Hawas lagi, dah banyak sebenarnya usaha lalu yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik asing untuk cari Aten – semuanya gagal.

Apa yang kita tahu tentang Aten sehingga ni adalah ia boleh dianggap sebagai sebuah kota terbesar dan kawasan industri yang sibuk semasa zaman dinasti ke-18. Ia merupakan zaman kegemilangan Mesir lama dulu. Kota tersebut menganjur ke barat, sehingga mencapai Deir el-Medina, sebuah kampung yang menjadi tempat tinggal para artisan yang bekerja untuk bina makan dalam Valley of the Kings.

Antara penemuan mengejutkan adalah rangka tulang seekor kerbau atau lembu yang dijumpai dalam salah sebuah bilik. Rangka tulang manusia pun ada jugak, dan diletakkan dalam lokasi dan kedudukan yang pelik. Buat masa ni, para ahli kaji purba tengah siasat apa sebab wujud rangka tulang di sana. Persoalan yang lebih utama untuk para pengkaji adalah untuk menyelesaikan satu lagi misteri: kenapa kota ni ditinggalkan? Sebuah pasu yang diukir dengan inskripsi “Tahun 37” memberikan kita sedikit idea.

“Mengikut sejarah, setahun selepas pasu ini dihasilkan, kota ini ditinggalkan dan ibu kota kemudiannya dipindahkan ke Amarna. Betul kah perkara ini? Dan kenapa? Dan adakah bandar ini dihuni kembali selepas Tutankhamun berpindah semula ke Thebes? Usaha ekskavasi akan giat diteruskan untuk mendedahkan apa sebenarnya telah berlaku pada 3,500 tahun lalu”- Dr. Zahi Hawass, seperti yang dilaporkan Forbes.com

rangka manusia mesir lama
Tinggalan rangka manusia yang menyimpan pelbagai rahsia.. -Via The Guardian

Betsy Brian, profesor bidang kaji purba Mesir di Universiti John Hopkins jugak bersetuju dengan pandangan ni. Dia yakin bahawa penemuan kota ni bakal memberikan gambaran unik tentang kehidupan masyarakat Mesir silam semasa empayar tersebut berada dalam puncak kegemilangan mereka. Malah, soalan lama yang bermain di minda ahli sejarah Mesir mungkin sekali boleh terjawab, iaitu kenapa Akhenaten dan Nefertiti memutuskan nak pindah ke Amarna.

Kami jugak berharap para penyelidik dan ahli kaji purba dapat mentafsirkan makna di sebalik tinggalan yang ada. Banyak perkara yang boleh kita pelajari, khususnya mengenai tamadun Mesir lama yang dilihat begitu maju dan menarik untuk dikupas. Proses ekskavasi ni pasti akan memakan masa yang lama, namun dengan potensi ilmu pengetahuan yang dapat kita perolehi… ia suatu yang wajar diteroka dan berbaloi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top