Nak beli barang guna cashless tapi kena beli barang pada kadar minimum? Sebenarnya anda tertipu

F1

Korang pernah tak kena macam ni: korang nak bayar dah di kaunter, tiba-tiba juruwang tu kata “maaf, kena beli barang lebih RMXX ye baru boleh guna kad”. Korang pun terpaksalah ambil barang-barang yang korang tak perlu sangat pun, malah untuk sesetengah orang, terpaksalah ikat perut sikit supaya cukup bajet untuk bulan tu.

Tiba-tiba korang terfikir, “kenapa pulak kedai lain boleh je guna kad tapi kedai tu tak boleh ye?” Haa… sebenarnya korang dah kena tipu pekedai atas ‘kesanggupan’ korang untuk berbelanja lebih dari sepatutnya. Jom baca penjelasan kami, dan bagaimana cara nak lapor jika korang pun antara ‘mangsa’ depan kaunter ni…

Bank Negara Malaysia tak benarkan ada pembelian kadar minimum, Visa dan MasterCard pun cakap benda yang sama

Kadang-kadang kita guna kad debit atau kad kredit untuk membeli barangan taklah bererti kita ni banyak duit kat dalam bank, jauh sekali nak berlagak macam tauke banyak duit. Boleh jadi kita memang tak sempat pun nak ambil duit dari ATM, kan? Jadi kita terpaksalah guna kad untuk beli barang.

Cashier Minimum Payment
Paparkan syarat ‘menghalalkan’ kedai langgar undang-undang? -Via Says.com

Kita nak beli 1-2 barang je, tu pun mungkin kurang dari RM10 atau RM50… tiba-tiba juruwang kata kena tambah barang lagi. Dahlah duit kat dalam bank tu dah susut banyak. Dalam situasi ni, ramai yang terpaksa tambah barang. Dalam kes yang lebih menyedihkan, ada orang terpaksa batalkan pembelian sebab dah takde duit cukup dari kadar minimum tu.

Sebenarnya perkara ni dah lama disentuh oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bahawa pembelian kadar minimum tak dibenarkan. Ertinya takde kedai boleh letak kadar minimum untuk beli barang guna kad debit/kad kredit. Says.com misalnya siap dah chat dengan BNM pasal ni:

Bank Negara Kad
Bank Negara sendiri cakap tak boleh.. Via Says.com

Larangan ni jugak terpakai di seluruh dunia, khususnya di bawah naungan Visa dan Mastercard. Tapi kenapa pekedai atau peruncit ni nak letak jugak kadar minimum tu? Mereka boleh dikatakan tak naklah rugi banyak sebab untuk setiap transaksi debit/prabayar, kena bayar sekurangnya RM0.70 sen (atau boleh jadi lebih rendah, ikut kadar 0.21%). Untuk kad kredit, 0.675%.

Jikalau begitu, pihak peniaga tetap untung jugak. Bukan je kita dah “bayarkan” transaksi tersebut, kita dah bagi bayar lebih dan kurangkan stok kat kedai mereka jugak. Kalau stok berlebihan terlalu lama pun tak baik untuk kedai, terutamanya untuk produk makanan dan minuman. Di pihak pembeli, kita dah rugi.

Visa Mastercard
Syarat Visa dan Mastercard yang kena dipatuhi peruncit.. Via Says.com

Oleh sebab tu, kita sebagai pembeli dan pengguna ada hak nak tegur dan buat aduan pasal perkara ni. BNM dah lama tegaskan pasal ni dari dulu, tapi masih ramai peruncit atau pekedai yang ambil kesempatan atas ketidaktahuan para pembeli pasal perkara tersebut. BNM dan pihak bank sendiri alu-alukan aduan korang tu untuk membendung isu letak kadar pembayaran minimum dalam kalangan peruncit ni.

Ni cara nak buat aduan kepada pihak bank, pastikan ada bukti resit yang paparkan butiran kedai tu

Sebenarnya mudah je nak buat aduan kat pihak bank berkenaan isu peruncit letak kadar pembayaran minimum tu. Ingat ye, yang salah tu ialah bila mereka tak letak harga barang; bukannya tak letak syarat nak pakai kad kena lebih dari RM30, RM50 ke… Tu pun syarat yang sebenarnya langgar syarat persetujuan mereka dengan Visa, Mastercard dan BNM sendiri.

Kami ada jumpa untaian bebenang sorang pengguna Twitter mengenai cara nak buat aduan. Kebetulan jugak, kami pun pernah hadap pekedai yang tak percaya Bank Negara tak bagi mereka letak kadar pembelian minimum tu. Akhirnya terpaksalah buat aduan kepada pihak bank, ikut cara yang ditunjukkan oleh pengguna Twitter tu…

https://twitter.com/thyhighness/status/1282233605154983938

Mula-mula korang kena ada resit. BNM atau pihak bank takdelah cakap ia wajib untuk buat aduan, namun ia sangat membantu mereka buat siasatan nanti berdasarkan aduan dan butiran yang korang dah bagi. Kedua, korang muat turun aplikasi Bank Negara Malaysia. Namun ketika kami nak ikut cara pengguna Twitter ni, aplikasi tu macam dah takde.

Apa nak buat seterusnya? Sebenarnya lagi mudah… korang tengok kat resit korang tu, dan cari bank penyedia terminal pembayaran tu. Kemudian cari alamat e-mail ataupun nombor telefon Servis Perkhidmatan Pelanggan bank tersebut. Dalam kes kami ni, kami rujuk pada alamat e-mail terminal bank yang ada kat resit tu.

Img 0308
Korang cari je e-mail perkhidmatan pelanggan bank yang tertera kat resit tu..

Kami cari e-mail bahagian perkhidmatan pelanggan Public Bank, kemudian kami karanglah e-mail untuk mengadu pasal pekedai tersebut. Yang ni korang boleh cerita apa yang terjadi masa tu. Misalnya, masa tu korang cuma nak beli sebuku sabun berharga RM3, tapi korang takde duit tunai. Kedai tu pulak tak terima e-wallet, jadi korang cuma ada kad debit korang je. Tiba-tiba tak lepas sebab nak cukup-cukup RM20. Terpaksalah korang ambil barang lain semata-mata nak cukupkan. Nasib baik masih ada duit lebih dalam simpanan bank.

Lepas korang dah habis tulis aduan korang, jangan lupa kepil sekali gambar resit tu sebagai bukti. Korang tunggu je, nanti mereka akan hubungi korang semula menerusi alamat e-mail yang korang dah guna tadi. Kami buat aduan tu terus ke bank, tak lagi ke Bank Negara sebab Bank Negara pun akan direct korang ke bank penyedia terminal tu jugak.

Aduan Bank Minimum Payment1
Bank dah siap buat siasatan dan dah bagi peringatan kat peruncit tu

Dekat seminggu lepas tu, Bank maklumkan bahawa dia dah bagi peringatan kat peruncit yang kami adukan tu agar tak lagi letak kadar pembayaran minimum untuk kad debit atau kad kredit. Haa… korang tak salah pun kalau nak adukan. Mungkin korang dah biasa nampak amalan ni berlaku, tak bermakna ia amalan yang betul di sisi undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *