займ срочно

PKP 3.0 akan diteruskan, kerajaan tengah fikir hari untuk umumkan bantuan

f1
PKP 3.0 akan diteruskan, kerajaan tengah fikir hari untuk umumkan bantuan

Kita sedang berada pada fasa yang benar-benar memenatkan. Pandemik Covid-19 bukan sahaja menyebabkan ramai yang terkorban akibat dijangkiti virus ini, tapi ia juga menghambat kesihatan mental rakyat di seluruh Malaysia. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita dapat melihat banyak kes bunuh diri terjadi – selalunya dikaitkan dengan kesempitan hidup akibat kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik.

728 X 90

Apa yang lebih menyedihkan adalah strategi yang kurang jelas diberikan oleh kerajaan bagi menghadapi masalah ini. Ramai yang mempersoalkan PKP 3.0 yang sedang dilaksanakan pada hari ini merupakan ‘PKP Separuh Masak’ kerana hakikatnya masih kilang dibenarkan beroperasi sedangkan dari sana kebanyakan kluster tercipta. Sebab itulah ramai yang rasa sia-sia duduk di rumah ketika akar kepada kes jangkitan yang tinggi masih dibenarkan beroperasi.

PKP 3.0 akan diteruskan, cuma kerajaan dah tukar nama kepada ‘fasa’

Semalam BERNAMA melaporkan PKP 3.0 tidak akan tamat hari ini dan fasa pertama akan terus dilanjutkan sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes. Menurut Perdana Menteri, fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai. Katanya ketiga-tiga indikator yang telah dikeluarkan meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi, seperti yang dinyatakan oleh Astro Awani dalam laporan susulan.

kilnefelter syndrome chromosome
Nampaknya PKP akan disambung lagi. Via SoyaCincau

“Saya nak jelaskan sebab ada yang tidak berapa faham, bahawa mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sebagainya, tetapi mulai sekarang ini kita tak sebut PKP, kita sebut kita berada di fasa. Sekarang ini ialah fasa pertama dan fasa pertama ini sampai Julai, mungkin pertengahan dan sebagainya, jadi bukan kita kira 28 Jun, ada silap,” – Perdana Menteri Malaysia

Katanya lagi fasa pertama akan terus dilaksanakan sehingga kerajaan mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Bagi mereka yang dah lupa dengan Pelan Pemulihan Negara, berikut adalah jangkaan fasa berperingkat:

Fasa 1 – PKP Menyeluruh, Perkhidmatan Perlu Sahaja (4000 kes ke atas)
Fasa 2 – Perlu Senarai Positif, Sektor Sosial kekal tutup (4000 kes ke bawah)
Fasa 3 – Pendekatan Senarai Negatif, Sektor Sosial dibuka Secara Berperingkat (2000 kes ke bawah)
Fasa 4 – Pembukaan penuh termasuk Sektor Sosial (500 kes ke bawah)

Secara umumnya fasa-fasa ini takde sangat anggaran yang tepat tentang bila ia akan dicapai, melihat daripada kes-kes baharu Covid-19 yang masih tak turun-turun, kami merasakan ia akan mengambil masa yang panjang.

Ramai yang beranggapan kita sedang melakukan kerja yang sia-sia

Bagi mereka yang selalu lepak dekat media sosial, kita dapat melihat rata-rata rakyat Malaysia meluahkan kemarahan mereka terhadap apa yang sedang berlaku. Walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh fasa 1 sudah dilaksanakan hampir sebulan, namun kadar jangkitan Covid-19 masih tak menunjukkan penurunan. Macam kami kata awal-awal tadi, selagi kilang-kilang dibenarkan beroperasi, selagi itu kita akan melihat kes baharu Covid-19 akan meningkat.

kilnefelter syndrome chromosome
Via MalaysiaKini

Media sosial Kementerian Pertahanan mendapat perhatian rakyat apabila satu hantaran mengenai penyambungan (PKP) penuh palsu yang dimuat naik pengendali laman tersebut turut diserang netizen.

“Tak payah la sambung-sambung lagi, buang masa, benda gagal jangan diulang. Penat dah nak patuh, berapa lama lagi nak suruh orang duduk di rumah? Suri rumah kot,” – Seperti yang dilaporkan Kosmo!

Ada juga yang mempersoalkan; agak-agak berapa lama lagi nak suruh rakyat duduk di rumah, budak-budak pun dah naik bosan dengan PKP tak sudah-sudah. Budak-budak pun dah pandai tak percaya. Macam bodoh berkorban untuk benda yang sia-sia?

Via Giphy

Kita juga boleh lihat di Twitter; ada beberapa tanda pagar yang tular; antaranya adalah #kerajaangagal, #kerajaanzalim dan #kerajaanmembunuh. Keadaan ini membuktikan apa yang dilakukan kerajaan pada hari ini semakin ditolak oleh rakyat – dan terbukti juga ia tak berkesan. Kerajaan harus perbaiki strategi mereka dalam melawan Covid-19 ni, sebelum diorang perlu menghadapi penolakan besar-besaran dari rakyat.

Kerajaan masih memikirkan hari yang sesuai untuk umumkan bantuan kepada rakyat

Apa yang lebih memeningkan rakyat, nampaknya kerajaan tak tahu bila diorang nak umumkan bantuan baharu kepada rakyat. Mereka kata akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada pada hari ini atau Selasa.

Menurut pengumuman terbaru kerajaan, perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Ia dikatakan akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Secara jujur, kami pun tak tahu nak kata apa lagi. Sepatutnya kerajaan mengumumkan bantuan lebih awal sebelum mengumumkan apa-apa bentuk ‘lockdown’, memandangkan ia akan memberi kesan yang serius kepada kehidupan rakyat. Kita sedang bercakap tentang nyawa rakyat yang sedang melayang akibat jangkitan Covid-19 dan isu kesihatan mental. Masih belum terlambat untuk kita merancang strategi yang benar-benar berkesan untuk mengatasi pandemik Covid-19 ini.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top