займ срочно

Ini kisah Zahid Quraishi yang jadi hakim pertama persekutuan Muslim AS pertama

f2
Ini kisah Zahid Quraishi yang jadi hakim pertama persekutuan Muslim AS pertama

Selepas 9-11, persepsi dunia terhadap masyarakat Islam semakin buruk. Orang Islam selalu dikaitkan dengan bom, keganasan manakala agama Islam tu sendiri selalu cuba dilakar begitu buruk sekali di dunia Barat. Islamofobia melanda dunia, dan kadangkala, kita sendiri boleh melihat perbincangan hangat di media sosial tentang Islam tu sendiri. Di Amerika Syarikat, diorang yang mengaku maju pun turut mengalami fenomena Islamofobia yang tinggi. Keganasan terhadap umat Islam di sana masih dilaporkan; masjid dibakar, keluarga Islam ditembak dan sebagainya.

728 X 90

Namun selepas 10 tahun berlalu… kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Biden kini mengorak langkah yang lebih besar, meletakkan orang Islam di tempat yang lebih tinggi khususnya dalam susunan kerajaan diorang sekarang. Salah satunya adalah dengan melantik sorang hakim persekutuan yang beragama Islam.

federal court us
Via Center of American Progress

Zahid Quraishi jadi hakim baharu, sememangnya layak dan dah berpengalaman luas dalam bidang kehakiman

Senat AS mencatat sejarah pada 10 Jun lalu dengan mengesahkan sorang hakim beragama Islam yang akan dilantik oleh presiden sendiri ke mahkamah persekutuan. Lantikan ni disahkan dengan undian 81-16, dan sedang tunggu pengesahan kehakiman sebelum mengambil kedudukan baharunya bersama Mahkamah Daerah untuk New Jersey.

Dia lahir di bandar New York, dan dibesarkan di New Jersey. Zahid ni anak kepada imigran dari Pakistan yang berpindah ke Amerika Syarikat. Dia jugak merupakan lulusan daripada sekolah undang-undang berprestij di Universiti Rutgers, dan pernah bekerja dalam sebuah syarikat perundangan. Tak lama lepas tu, dia sertai pasukan tentera AS pada 2003 dan kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Peguam kor tentera. Seterusnya dia diletakkan dalam bahagian infantri pertama, berpusat di Jerman.

zahid quraishi
Ni lah Zahid Quraishi.. -Via NYT

Quraishi jugak merupakan orang pertama berdarah Asia-Amerika untuk duduk dalam kerusi persekutuan di New Jersey. Selain tu, dia jugak pernah dihantar ke Iraq semasa dia jadi tentera dulu selepas dilepaskan dengan pangkat kapten. Selain tu, dia jugak pernah bertugas sebagai pembantu ketua pendakwaraya dalam Jabatan Keselamatan Negeri AS pada 2007, dan jadi pembantu pendakwaraya AS pada 2008 hingga 2013 sebelum kembali semula bekerja bersama firma perundangan New Jersey Riker Danzig.

Pada waktu lantikannya oleh Presiden Joe Biden, dia tengah berkhidmat sebagai hakim majistret dan merupakan calon ketiga yang dah disahkan oleh Senat untuk dilantik dalam jawatan utama kerajaan. Melihat jejak kerjayanya, kita boleh faham kenapa Biden melihatnya sebagai sorang calon berkaliber dan sesuai diangkat sebagai hakim persekutuan.

Mungkin untuk kita kat Malaysia, kita tak begitu merasai ‘kesan positif’ pelantikan tersebut. Tetapi untuk kemaslahatan ummah, khususnya masyarakat Islam yang hidup di AS… ni suatu berita yang penting. Secara tak langsung, ni memecahkan pelbagai stereotaip negatif mengenai orang Islam. Dengan mengetengahkan sorang calon Islam yang dilihat wajar dan sesuai dalam corak nilai-nilai penting sorang penjawat utama kerajaan, pastinya ia dapat memulihkan ketegangan Islamofobia di negara tersebut.

Persatuan Peguam Muslim Amerika tak puas hati, kenapa tak tanya diorang dulu sebelum lantik

Walaupun khabar baik ni sememangnya suatu yang dinanti-nantikan, hal ni tak berapa diterima baik oleh segelintir orang. Salah satunya adalah Persatuan Peguam Muslim Amerika. Diorang kata diorang masih lagi ragu dan gusar terhadap ketidaktelusan yang berlaku tentang penglibatan Zahid Quraishi dalam tentera AS sebagai penasihat undang-undang untuk operasi penahanan di Iraq dan bersama ICE. ICE ni bukan ais biasa, atau aiskrim ye… ICE ni singkatan kepada Immigration and Customs Enforcement.

muslim ice us pork
Antara dakwaan layanan buruk.. -Via Wisconsin Muslim Journal

ICE ni selalu berhadapan dengan dakwaan tak layan migran yang rentas negara dengan baik, dan pada masa Trump dulu… dilaporkan kanak-kanak migran dipisahkan oleh keluarga diorang. Kanak-kanak ni jugak diancam akan dihantar pulang, tanpa ibu bapa diorang. Pelik jugak tu, nak hantar kanak-kanak sedangkan diorang bukan tau apa sangat pun…

Tambah lagi, Persatuan Peguam ni turut mendakwa kerajaan gagal nak bincang dengan aktivis perundangan terkemuka dalam komuniti Islam berkenaan pencalonan Hakim Quraishi. Ni dilihat sebagai suatu peluang yang hilang bagi membina kepercayaan dan mencari titik persamaan dalam melantik sorang hakim beragama Islam yang dapat menyelesaikan isu undang-undang secara adil dan saksama.

“Cair masih berasa gusar tentang kekaburan terhadap pengalaman profesional terdahulu Hakim Quraishi yang berkhidmat bersama pasukan tentera dalam menyediakan perkhidmatan perundangan tentang penahanan di Iraq semasa penyalahgunaan kuasa tentera AS (di Iraq) dan tempoh perkhidmatannya di ICE semasa tahun akhir pentadbiran Bush.

Tiada seorangpun termasuklah Hakim Quraishi, Rumah Putih, atau Kongres menyebutkan pengalaman kerja lalunya mahupun mereka tidak menyaring dirinya tentang pengalaman kerjaya lalunya. Cair akan terus menyeru Quraishi untuk menjelaskan pengalaman profesional terdahulunya dan sementara itu, kami berharap agar dia memenuhi tanggungjawab seorang hakim dengan menjulang hak semua rakyat Amerika, termasuklah Muslim”-  Robert McCaw, pengarah bahagian hal kerajaan Majlis Hubungan Islam-Amerika (CAIR), seperti yang dilaporkan The Guardian

muslim group package
Via VOANews

Ni suatu hal yang patut dibimbangkan jugak. Dikhuatiri bahawa pencalonan (dan lantikan) hakim Zahid Quraishi ni hanyalah suatu gimik politik daripada Demokrat dan bukanlah atas alasan benar-benar nak perbaiki hubungan komuniti Islam dengan rakyat Amerika yang bukan Islam. Selain tu, sejarah kerjaya dia jugak merunsingkan ramai sebab boleh jadi dia ni pun bersubahat dalam kekejaman tentera AS (dan AS) sendiri terhadap ura-ura layanan buruk ke atas tahanan beragama Islam dan minoriti lain.

Sementara kita boleh gembira tentang khabar ni, kritikan-kritikan ni harus dipertimbangkan jugak. Jangankan hanya kerana dia beragama Islam, orang lain tak boleh kritik atau sekurang-kurangnya mintak dia menjelaskan dirinya sendiri. Salah satu perkara yang dapat kita pelajari jugak adalah bagaimana jawatan utama kerajaan tu sendiri kena melalui proses terbuka dan boleh dibincangkan ramai.

Hal ni berbeza sangat dengan di Malaysia; kita hanya tau seseorang tu dilantik apabila dia dah sah jawatan. Kita cuma boleh mengkritik, dan menerima hakikat bahawa kritikan kita berkemungkinan besar tak bawa apa-apa impak terhadap proses lantikannya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top