займ срочно

Penemuan kubur 215 kanak-kanak di Kanada, ini kisah yang menyayat hati

f1
Penemuan kubur 215 kanak-kanak di Kanada, ini kisah yang menyayat hati

Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan. Tak kiralah dia bangsa ataupun berkulit warna apa sekalipun, kanak-kanak ni adalah harta keluarga yang paling berharga. Apabila kita dengar berita yang buruk menimpa sorang kanak-kanak, kita pun rasa sedih dan hiba dengar. Namun pada suatu masa lalu, segelintir masyarakat Barat khususnya para penetap yang baru je pindah kat atas tanah peribuminya tak peduli hal-hal macam ni. Sementara anak-anak berkulit putih disayang dan dimanjakan, anak-anak orang Asli pulak dibunuh diam-diam.

728 X 90

Penemuan terbaharu di Kanada mengejutkan seluruh dunia. Bukan satu, dua je kubur… ratusan kubur kanak-kanak ditemukan dalam sebuah kawasan bekas sekolah pendalaman British Columbia. Bahkan, penemuan tu jugak membawa kesimpulan bahawa memang ada terdapat percubaan ‘genosid budaya’ yang sasarkan kat orang Asli Kanada.

kubur kamloops
Via NCBC

215 kubur kanak-kanak ditemui di pekan Kamloops, mungkin murid-murid dari sekolah mubaligh Roman Katolik

Kubur-kubur tak bertanda milik 215 kanak-kanak Orang Asli ditemui di kawasan bekas sekolah pedalaman selatan British Columbia, iaitu di sebuah sekolah berdekatan pekan Kamloops. Sebenarnya orang-orang Asli yang tinggal di sekitar tempat tu memang dah tau ada sesuatu yang berlaku di kawasan tersebut, tetapi belum dapat bukti sehinggalah sekarang.

Penemuan tersebut diumumkan oleh wakil orang Asli Tk’emlups te Secwepemc selepas kawasan tersebut disiasat oleh sebuah kumpulan menggunakan radar. Sebahagian daripada sisa penemuan tu merupakan milik kanak-kanak semuda tiga tahun, tetapi setakat ni, punca dan masa kematian diorang belum lagi dikenalpasti.

cari radar kubur
Via The Star

Sekolah pedalaman Kamploops tu dibina pada 1980 di bawah jagaan gereja Roman Katolik, dan akhirnya ditutup pada 1978. Ia adalah sebahagian daripada jaringan seluruh negara untuk ‘paksa’ asimilasikan kanak-kanak orang Asli dengan memisahkan diorang daripada rumah dan komuniti diorang serta melarang diorang daripada berbicara guna bahasa peribumi diorang ataupun laksanakan amalan budaya. Penderaan fizikal, emosi dan seksual turut kerap dilaporkan dalam institusi ni. Buruh paksa jugak direkrut dari sini.

Sekurangnya 150,000 kanak-kanak menghadiri pembelajaran di sekolah tersebut, sehinggakan Truth and Reconciliation Commission menyebut perkara ni sebagai suatu ‘genosid budaya’ yang sengaja diwujudkan oleh kerajaan Kanada ke atas orang Asli. Dalam sesi pendengaran diorang sendiri, tersangatlah banyak cerita gelap yang dirahsiakan berdasarkan pengalaman diorang sebagai Orang Asli di Kanada. Suruhanjaya tersebut akhirnya senaraikan 94 cadangan untuk memperbaiki kesan buruk sistem diskriminasi diorang tu. Kebanyakan cadangan dalam laporan tu bermatlamat untuk baiki sikap terhadap budaya orang Asli di sana.

Selain tu, laporan tersebut turut menggesa siasatan awam terhadap nasib ratusan wanita orang Asli yang hilang atau dibunuh. Oleh disebabkan kewujudan suruhanjaya ni sendiri, ada melihat kerajaan persekutuan kadangkala sengaja nak ‘benamkan’ usaha penyiasatan ke atas kes-kes berkaitan orang Asli di Kanada. Ramai anggota awal diorang dah letak jawatan, dan pelbagai tuduhan sengaja halang siasatan dijalankan sepanjang 7 tahun kajian terhadap kes-kes keganasan ke atas Orang Asli Kanada.

Komuniti orang Asli dah lama tau kewujudan kubur tak bertanda, jumlah keseluruhan sebenar mungkin takkan dapat diketahui

Dalam sebuah dokumen yang dihantar kepada suruhanjaya tersebut, bekas murid Kamloops menceritakan betapa teruknya keadaan sekolah tersebut. Sekolah tersebut jugak tak dapat dana yang secukupnya daripada kerajaan untuk kos pentadbiran dan pengurusan. Salah sorang bekas murid sekolah Kamloops tu berkongsi lagi, setiap murid orang Asli ‘berbau’ lapar.

kanada kubur genosid
Kamloops Indian Residential School pada 1937.. -Via NYTimes

Sekolah tersebut jugak diceritakan amat sejuk pada musim sejuk dan tak bersih. Dokumen yang sama turut menyatakan para pelajar turut terdedah kepada jangkitan campak, batuk kering, influenza dan beberapa penyakit berjangkit lain hingga mengorbankan ramai murid. Malah dalam sebuah laporan pada 1953 tentang jangkitan campak di sekolah, sorang ejen mencatatkan bahawa;

“ruang tidur 285 murid dalam sekolah terdiri daripada lima asrama, yang sesak dan sempit. Semasa epidemik, ia menjadi mustahil untuk asingkan pesakit dan kontak rapatnya”-seperti yang dipetik oleh The Guardian

kamloops sekolah
Via National Post

Keganasan terhadap sekolah Kamloops berterusan hingga tahun ia ditutup. Suruhanjaya turut menyatakan bahawa pada 1960-an, pengetua sekolah di Kamloops sengaja letak kanak-kanak lelaki yang lebih tua untuk bertumbuk dalam sebuah gelanggang tinju khususnya buat kanak-kanak yang bergaduh antara satu sama lain. Pastinya ni untuk hiburan satu sekolah lah, biarkan diorang bertumbuk hingga penat.

Komuniti Orang Asli dah lama sebenarnya percaya bahawa murid sekolah yang tiba-tiba takde khabar tu sebenarnya dah lama mati dan dikuburkan tak bertanda. Penemuan ni membuktikan bahawa benda ni pun memang dah berdekad lama. Suruhanjaya menganggarkan sekurangnya 3,201 kematian murid dalam sekolah-sekolah orang Asli ni, dan mengakui ada kemungkinan jumlah sebenar tu tak dapat dipastikan akibat kematian yang tak direkodkan dan fail-fail yang dah dimusnahkan.

Memandangkan rahsia ni dah terbongkar dan dikuatkan lagi dengan penemuan kubur tak bertanda, Kanada kini terpaksa memperbetulkan sikap diorang sendiri kepada orang Asli dan merombak mana-mana sistem yang mendiskriminasikan diorang. Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dah mohon maaf pada 2008, disusuli dengan Gereja Roman Katolik pada 2009. Namun begitu, kerajaan Kanada masih lagi menafikan bahawa hakikat penemuan murid-murid sekolah tu adalah suatu bentuk genosid.

Ni berbeza sangat dengan pengakuan beberapa bekas pelajarnya. Misalnya, sorang bekas murid yang diambil dari rumah ibubapanya pada 1972 ingat sangat penderitaan bersekolah di sistem sekolah Orang Asli yang ditadbir oleh gereja tu. Masa tu dia baru je 7 tahun, tapi macam-macam dia hadapi. Selain dipaksa untuk tak bercakap guna bahasa ibundanya, dia turut dirogol dan dipaksa untuk makan sayur buruk.

Walaupun Kanada digelar antara negara bangsa pertama (First Nation), tetapi realitinya, diorang sendiri tak peduli sangat tentang nasib orang Asli di tempat diorang sendiri. Justin Trudeau yang dulunya pernah memikat hati ramai sebenarnya hipokrit jugak, menurut para pengkritik. Diorang iktiraf dan maklum, sibuk pasal genosid tempat lain, kecuali dosanya sendiri terhadap orang Asli kat sana.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top