Selalu kena TIPU ketika kereta rosak di tepi jalan? Kami ada solusi untuk anda

f1

Masalah rasuah di sesebuah negara umpama barah yang akan perlahan-lahan merosakkan pentadbiran kerajaan dan sistem bermasyarakat. Disebabkan rasuah, banyak undang-undang dilenturkan; menyebabkan sistem undang-undang yang digunakan untuk mendisiplinkan masyarakat menjadi cacat. Bukan mudah untuk seseorang itu menolak rasuah, lebih-lebih lagi jika dia ditawarkan wang atau harta yang banyak.

728 X 90

Ramai yang fikir hanya orang-orang yang mempunyai jawatan yang tinggi je boleh mengambil atau memberi rasuah. Disebabkan hal ini, orang awam selalu tak berminat apabila kita berbincang soal rasuah dan integriti. Usaha melawan rasuah sebenarnya bermula daripada ahli masyarakat. Jika masyarakat tegas menolak rasuah, orang-orang yang terkait dengan rasuah pasti akan ditolak oleh masyarakat.

Sebenarnya ada cara untuk ukur kadar rasuah di sesebuah negara, ini kedudukan negara kita

Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang bagaimana untuk mengukur kadar rasuah yang berlaku di sesebuah negara, sebenarnya ada sesuatu yang digelarkan sebagai Indeks Persepsi Rasuah [Corruption Perceptions Index – (CPI)]. Indeks Persepsi Rasuah ini adalah indeks tahunan yang dikeluarkan semenjak 1995 oleh Badan Ketelusan Antarabangsa.

photo 2021 06 03 21 18 03
Makan tebal warna merah, makin tinggi kadar rasuah. Via Global News

Pertubuhan ini menyusun senarai negara mengikut indeks rasuah dianggap wujud dalam kalangan pegawai-pegawai dan ahli politik. Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah sebagai “penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi”.

Pada tahun lepas, Transparency International Malaysia (TI-M) mengumumkan laporan kajian Indeks di negara kita jatuh dua mata, iaitu 51 peratus pada tahun 2020 berbanding 53 peratus tahun 2019.
Penurunan itu menyebabkan Malaysia jatuh ke tangga 57 daripada 180 negara, berbanding tangga 51 pada 2019.

corruption index
Ia hakikat yang amat menyedihkan. Via Selangor Journal

Menurut laporan beberapa akhbar, ada beberapa sebab yang menjadikan kedudukan Malaysia merosot. Antara sebab-sebab yang dinyatakan adalah;

i. Pembaharuan kepada institusi (institutional reforms) yang tak terlaksana.
ii. ‘Melepaskan Tanpa Membebaskan’ sebilangan mereka yang didakwa dalam kes berprofil tinggi telah memberikan persepsi negatif tentang bagaimana proses kehakiman dilaksanakan.
iii. Akses terhad kepada maklumat mengenai kepentingan awam.
iv. Kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah berterusan oleh pegawai awam walaupun telah diambil tindakan oleh SPRM.
v. Kerajaan belum membentangkan Rang Undang-Undang Perolehan Awam.
vi. Laporan negatif berterusan mengenai salah laku dan tadbir urus yang tak baik oleh pegawai kerajaan dalam laporan Ketua Audit Negara yang tidak diambil tindakan disiplin.

Ketika pandemik sedang melanda negara, kadar rasuah di negara kita semakin meningkat

Salah satu perkara yang menyedihkan kami, ketika pandemik sedang melanda dunia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan peningkatan kes rasuah berskala besar membabitkan sindiket jenayah dan kartel serta penjawat awam. Cuba bayangkan, betapa banyak orang yang memerlukan bantuan yang akan terjejas kalau orang yang sepatutnya memberikan bantuan menerima rasuah ketika pandemik?

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, peningkatan itu disebabkan dari kesan kegawatan ekonomi akibat penularan pandemik dan menyebabkan semakin ramai individu berada dalam keadaan terdesak. Keadaan ini diburukkan lagi dengan semangat berasaskan nilai dalam kalangan penjawat awam yang semakin longgar, ia menyebabkan semakin ramai bersekongkol dengan sindiket dan kartel untuk melakukan rasuah.

“Antaranya kes kartel tender kerajaan, sistem imigresen digodam dan penangkapan bersiri pegawai kerajaan terbabit rasuah secara bergerombolan atau daripada agensi penguatkuasaan. Sekali tangkap 30 hingga 40 orang,” – Azam Baki ketika ditemubual pada program Soal Rakyat yang disiarkan di TV3

Azam turut akui semangat nilai dalam kalangan pegawai kerajaan dilihat semakin longgar apabila ramai yang mengutamakan kebendaan berbanding semangat berkhidmat kepada rakyat dan negara. Malaysia hakikatnya memiliki sistem tadbir urus yang baik, namun dikhianati dan dirosakkan segelintir penjawat awam yang tak berintegriti.

azalina othman speaker 250720 fb
Via Berita Harian

Dia turut menambah, sistem tadbir urus negara sudah melalui banyak perubahan dan transformasi. Cuma, sistem yang baik tak akan ke mana jika pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem itu tak berintegiriti. Sudah sampai masanya kerajaan buat pelaburan yang banyak untuk meningkatkan modal insan atau integiriti pegawai kerajaan sebelum terlambat kerana mereka tulang belakang negara.

Melawan rasuah adalah tanggungjawab bersama, kini ada badan korporat yang ambil pendirian yang tegas

Untuk membendung rasuah di Malaysia, kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Macam yang kami kata awal-awal tadi, ramai yang mempunyai kesedaran yang kurang tentang kepentingan membanteras rasuah. Ada yang beranggapan kerja-kerja untuk membanteras rasuah ini hanya perlu dilakukan oleh SPRM.

Malangnya, kita boleh menjadi mangsa kepada masalah rasuah di negara ini. Tak kisahlah dengan insiden secara langsung seperti penjawat awam mintak duit kopi dengan kita atau terkesan kerana negara yang menjadi mundur kerana rasuah.

photo 2021 06 03 21 18 03
Moga kita terlindung dari rasuah. Via UTUSAN BORNEO

Beberapa bulan lepas, Kumpulan Karangkraf telah melancarkan Sinar Rasuah Busters yang diharapkan dapat membantu untuk membanteras rasuah di Malaysia. Menurut Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub gerakan ini bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung masalah rasuah.

Sebenarnya, jarang kita melihat ada syarikat korporat yang secara terbuka melakukan kempen besar-besaran secara terbuka terhadap rasuah. Nampaknya, kumpulan Karangkraf tidak bersendirian apabila usaha murni ini turut disertai oleh sebuah syarikat pembekal produk perlindungan kewangan, Allianz Malaysia Berhad.

photo 2021 06 03 21 18 03
Via MalaysiaKini

Pada April lepas, diorang umumkan kerjasama dengan gerakan Rasuah Busters untuk membanteras amalan rasuah. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakri Khir berkata, dengan memperkenalkan slogan #RasuahBusters dalam syarikatnya, ia diharapkan dapat menggalakkan kakitangan syarikat berkenaan menolak kegiatan tidak bermoral tersebut.

“Hari ini syarikat kita mengambil langkah penting untuk mengecam rasuah. Kami mahu menjadi tanggungjawab moral dan sosial untuk memerangi jenayah sosial ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub serta pasukannya. Ini bukan hanya memulakan perubahan, tetapi untuk memberi rakyat Malaysia platform yang telah lama dan sangat diperlukan untuk mengambil pendirian tegas dan moral terhadap rasuah,” – Zakri Khir, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Seperti yang kami katakan awal-awal tadi, memang agak unik syarikat seperti Allianz Malaysia menyertai kempen yang begitu tegas menolak rasuah. Salah satu sebab yang menjadikan Allianz Malaysia unik adalah mereka memberi peluang kepada bengkel-bengkel memperbaiki kenderaan melalui kaedah tender terbuka. Allianz Malaysia mengambil langkah sebegini untuk memberi peluang kepada bengkel-bengkel lain supaya pemilihan ini dijalankan secara saksama dan kompetitif. Secara logiknya, persaingan yang sihat akan meningkatkan ketulan dan kualiti.

Selain daripada bengkel yang ingin memohon perlu diperakukan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia, bengkel-bengkel ini wajib memberikan jaminan dua tahun untuk kerja-kerja pembaikan. Bagi bengkel-bengkel yang berada di luar Kuala Lumpur dan Selangor pulak, diorang mesti mampu memberikan perkhidmatan bantuan kemalangan secara terus di kawasan kemalangan. Allianz Malaysia memang ada standard tersendiri untuk pastikan bengkel-bengkel di bawah mereka mampu melakukan tugas dengan baik.

azalina othman speaker 250720 fb
Gambar File

Untuk memastikan pengguna produk perlindungan Allianz Malaysia tak kena tipu oleh bengkel memperbaiki kenderaan, diorang ada sediakan 7 langkah yang boleh dilakukan setelah mengalami kemalangan. Kami akan ceritakan apa langkah-langkah itu untuk artikel yang lain, yang pastinya korang akan dapat bantuan bermula dari tempat kemalangan, sampailah tuntutan insurans dilakukan.

Seiring dengan program, kami diberitahu semua pemegang polisi perlindungan Allianz Malaysia akan menerima pelekat Rasuah Busters dengan slogan ‘Saya Anti-Rasuah’ pada kenderaan mereka. Ia bukan sekadar pelekat je, ia adalah simbol yang diharapkan mampu memupuk semangat anti-rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagipun, kita menggunakan kenderaan untuk ke tempat kerja. Moga dengan adanya pelekat di kenderaan, kita datang dengan mentaliti anti-rasuah di tempat kerja dan di jalan raya.

Membanteras rasuah adalah tanggungjawab kita bersama, ia demi masa hadapan negara

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berusaha untuk memastikan amalan rasuah di Malaysia akan hilang. Jangan pernah lihat pada jumlah semata-mata; ada orang yang lihat jumlah rasuah yang kecil tu sebagai hal yang ringan. Korang kena ingat, setiap bentuk rasuah merupakan hal yang jijik, tanpa mengira nilainya. Boleh jadi jumlah yang kecil merupakan permulaan kepada skala rasuah yang lebih besar.

Kita juga harus berikan kredit kepada kumpulan Karangkraf dan Allianz Malaysia kerana berani ambil pendirian yang tegas terhadap isu rasuah di Malaysia. Bagaimana pulak pandangan korang? Apa lagi yang sepatutnya dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi yang ada di negara ini untuk menjadikan Malaysia lebih baik? Berikan pandangan korang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *